Thursday, 20 March 2025

Random Ramadhan 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dasar tidak rajin hendak menaip entry, sebenarnya aku hendak lipat pakaian, entah kenapa bermula daripada jam 6.30am tadi tergendala, muahahahaaa! Hari ini kepalaku terasa segar bugar sedikit setelah lemau beberapa hari kesan kekurangan minum air masak dan cuaca panas. Sudah rasa seperti gaya anak-anak belajar berpuasa.

Disebabkan hari Selasa lepas cuti, pada hari Isnin aku mengajak Adli temankan ke bazar, kali pertama ke bazar Ramadhan setelah 16 hari berpuasa. Saja hendak merasai vibe bazar Ramadhan. Keadaan juga agak lengang kerana anak-anak SK dan SRA sudah bercuti. Adli berjalan menemankan aku, gerai ke gerai.
"jalan dulu umie, nanti baru beli" katanya. Kami beriringan.
"adik tak kisah, kakak nak air biru, abang nak makan apa?" tanya aku.
"tepung pelita yang satu seringgit tadi, murtabak" jawabnya. 

Aku beli popia bigmac 3pcs RM10, air blue vanilla RM10 (2plastik), meatball small RM5, tepung pelita 5pcs RM5 dan murtabak daging RM6 dengan total RM41, mahaaal! Selesai berbuka semua menu hilang atas meja, alhamdulillah tiada pembaziran.
"umie, sedap lagi umie masak" alamak Arrizqi berbunyi. 
"alahaiii hari ni je, saya cuti. Esok saya sambung masak semula la"
"umie kata no bazar tahun ni?" kata Adli menghabiskan tepung pelitanya.
"hari ni je lah, nak try test" dan esoknya hingga ke seterusnya aku ke dapur semula. Sabar je la. Begitulah daktiga bila sudah besar, kehidupan di rumah begitu berharga.

Bersahur pun, menu sendiri-sendiri, Arrizqi dengan Vico buatannya dengan kurma, Auni dan Adli masih setia dengan bijirin dan susu segar setiap tahun. Aku? dengan telur separuh masak dan roti bakar, kadang makan je lebihan berbuka semalam. Tuan asben? itu lagi mudah, susu protein dan kurma. Jarang sangat makan nasi ketika bersahur. Masak berbuka, aku selangkan menu nasi dan mi, menu tempatan dan western, itu yang daktiga suka berteka-teka menu apa umie masak hari ni.

Seminggu lepas, Adli dan Arrizqi sibuk dengan kerja sekolah, Adli datang meminta bantuan buatkan jadual bertugas kelasnya, selaku bekas AJK keceriaan aku hanya bantu sediakan bahan sahaja, selainnya sila Adli buat sendiri. Eh, aku tak sangka mulut yang payah hendak bercakap tu bertukar jadi membebel sahaja sepanjang tangannya berkerja, dia hendak main game, aku memaksanya buat jadual sehingga aku sendiri yang menyiapkannya berikutan termakan dengan janji-janji manis si Adli. Halaaahai! Hari yang sama Arrizqi meminta bantuan menyiapkan buku skrap matapelajaran PSV. Awalnya Auni membantu Arriziqi, terakhirnya aku juga yang dicari, alahaiii. Aku mengajar Arrizqi mencetak gambar dan susun dalam buku skrap. Hampir ke tengah malam jugalah menemankan dia membuatnya.

Aktiviti lain, aku selesai mengemas kabinet dapur, tupperware mana yang tidak perlu, I can say goodbye!. Selesai juga mengelap kabinet buku tuan asben, putih berseri jadi seperti baru. Selesai buat deco-deco raya dan mencabut wallpaper kabinet tv, bila kabinet tu sudah seksi jadi tak cantik pula, lekas-lekas cari akal sarungkan alas meja makan, hahaaa! aku buat kerja paling mudah. Udah meja makan pula tidak berbaju. Sha offer wallpaper warna asal meja makan, hrmmm but I want white sebab sebab sarung kerusi meja makan warna cerah. Takpe, kita buat dulu nanti beli alas meja putih, aaa suka.

Jadi, itu sahajalah untuk simpan buat kenangan puasa tahun ini, semoga semuanya baik-baik sahaja. Amiiin.

Lap bersih setiap kotak.

Tadaaa...

Arrizqi dan buku skrap. Abaikan langsir cam dewan makan tu.

kerja tangan Adli.

memutihkan meja kerja.

dari alas meja makan ke kabinet tv. tuan asben approved.

melayan sakit kepala, comel la pulak tupat aku ni. ahah!

aaa suka kerusi meja makan ada baju, meja makan sabar jap.

Happy me. Happy home. Alhamdulillah.

Okey sambung nak lipat kain baju keringan, ahahaha! If not now then when? If not me then who? kaaan...

Thursday, 13 March 2025

Random Ramadhan 1446h.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Uiii, terasa lama terbiar blogku ini tanpa cerita. Ceritanya banyak bertimpa, masanya terhad untuk diceritera. Ideanya hanya berlegar di ruang kepala. Mengambil masa lama untuk memproses kosa katanya. Dah, panjang pula mukadimahnya. 

Bila sudah mula beralih ke bloghijau maknanya aku sudah muak dengan medsos yang lain. Lagi-lagi The First Frost sudah habis ditayangkan, sana-sini bertebaran muka si Bai Jing Ting. Semakin banyaklah awek beratur untuk mencari calon pasangan seperti Sang Yan, korang... sesungguhnya Sang Yan tu hanyalah watak dalam drama, belum jumpa lagi ada di dunia nyata. Dan, Sang Yan hanyalah untuk Yi Fan, titik. Selain watak Sang Yan yang green flag, kita masih ada Lin Yi Yang dari Amidst a Snowtorm yang aku rasa paling green flag, dia berkenalan dan menjaga dan mengajar Yin Guo sampai Yin Guo jadi juara billiards. Oklah bulan Ramadhan, ajer citer sal drama lak kan? hahaaa.

Aku berharap Ramadhan semua baik-baik sahaja, aku mencuba join tadarus Al Quran untuk pertama kalinya, waktu pagi jam 8.15pm aku bersiap pergi bawa Al Quran memandu kereta mini gino tuan asben, habis tadarus aku demam, aduh! aku gagal berhadapan dengan orang ramai wei, siyesla. Masa aku sampai, dua tiga orang melirik aku, aku duduk je acik sebelah aku pun selesai membaca dua muka, terus aku di suruh baca. Aih! tidak sempat aku hendak warm-up walaupun aku dah baca sebelum Subuh pagi tadi. Aku rasa macam semua perkataan bergumam dalam mulut, baca tapi macam aku ignore panjang pendek tajwidnya, what's going on Syasya? oh my? aku macam trauma pula nak kena coral speaking depan orang ramai camni. Darah gemuruhku ikut kalut sama. Aku habiskan juga dua muka surat, tambah dua lagi muka surat, tambah lagi dua lagi muka surat habis juzuk empat masatu. Lepas tu aku sudah tidak tentu arah, tengok jam bila nak balik. Esok-esoknya, aku tidak pergi lagi, adeih.

Sejak aku jatuh sakit, aku terus trauma bila berdepan dengan orang ramai, hendak berkenalan dengan orang-orang baru yang gap umur jauh lebih senior, argh! aku merasakan semua orang sedang menjatuhkan hukum dengan kehidupan aku. Terawih, aku okey je ke surau berjemaah dengan daktiga, hari pertama aku buat penuh  20 rakaat, hari seterusnya 8 rakaat aku menghilang terus balik rumah. Ada dua tiga orang yang menjadi kawan, mereka lebih dahulu memulakan bertanya itu dan ini, aku hendak memulakan, tidaaaak! Perangai aku jadi terbalik dengan yang sebelumnya. Pasca kesan panic attack dalam kehidupan, jenuh!

Bazar? sampai semalam aku masih lagi belum menjejakkan kaki di bazar kerana aku sudah tidak menunggu Adli-Arrizqi di SRA. Jika dahulu aku sementara menunggu Adli yang berjalan dari SMK, aku ke bazar dengan kak Hamidah dan Linda. Tahun ini, aku hanya menunggu Adli-Arrizqi di SMK, hanya lalu bazar sedangkan aku sudah siap masak di rumah sebaik sahaja ambil Auni yang balik SMK jam tiga petang. Terkadang balik ambil Adli-Arrizqi jam enam petang petang baru aku masak untuk berbuka. Mereka suka yang makanan yang panas-panas.

Bermula hujung minggu ini, aku hendak mempersiapkan rumah pula, prepare baju raya bagai. Setakat ini, hanya rak buku yang sudah siap aku lap, bersinar seperti baru weih! tuan asben pun tidak berani lagi buat sepah, hahaa! hendak melapangkan rumah. Seterusnya lap kabinet dapur pula sambil cucun-cucun barang. Seterusnya sliding door dan tingkap. Seterusnya...........................

Jika kemalasan aku maksima, aku hanya mengadap quilling sahaja, sudah hampir penuh nampaknya, rasa cantik kaw-kaw (tiber). Aku kena susun penjalanan kehidupan aku setiap detik supaya aku tidak overthinking lebih-lebih, semoga semua berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH, mudah-mudahan. Selamat menjalani ibadah puasa.

dua hari sebelum Ramadhan.

busy layan tiga ketui ni Kopi, Krimer & Vico

moreh hari pertama.

the paper quilling