Adli di bilik bawah aku kejut, tidak berkutik.
Aku tepuk bahunya, lebih erat pelukannya bersama bantal golek.
Aku tepuk bahunya, lebih erat pelukannya bersama bantal golek.
Aku terbalikkan badannya mengadap aku, tepuk lagi sekali sambil membebel. Aku baru teringat hari ini pendaftaran darjah satu SK serentak dengan pendaftaran tingkatan 1 SMK. Walaupun sekolah yang berlainan namun melalui jalan yang sama, jika lambat pasti tersangkut dan aku tidak suka untuk berebut tempat letak kereta. Aku ke dapur membasah tangan, kembali ke bilik menyapu muka Adli yang sudah terlentang mengadap lampu terang berderang, haaa puas hati mak!
Adli bangkit aku berhegeh hendak menggosok shawl. Permulaannya aku sudah berkemeja, skirt dan bawal namun bertukar kepada baju kurung dan shawl pada saat akhir, lebih selesa dan tidak terlalu panas. Adli bersiap aku sudah berada di bawah menyiapkan keperluan dan beg yang perlu di bawa. Sambil memanaskan enjin kereta, aku pergi membuang hajat menghilangkan rasa gemuruh. Beginilah bila jadual lari daripada biasa, gemuruh tu boleh merudung murung.
Tiba di SMK, tempat letak kereta sudah setengah dipenuhi, aku lekas sahaja meletak kereta dan menunggu Linda, teman baikku daripada anak di tabika sehingga hari ini, Alhamdulillah. Aku sudah berhajat jika di luar penuh, aku akan berlagak jadi cikgu, meletak kereta dalam perkarangan sekolah, hahaa. Sebaik sahaja Linda meletak kereta, kami masuk ke sekolah bersama anak masing-masing seraya mencari tempat untuk anak-anak berhimpun. Asyik sangat menuruti langkah Linda, aku jadi terlupa bahawa anakku lelaki dan anaknya perempuan. Lelaki di hadapan, perempuan di belakang. Linda menyimpan tempat untuk aku duduk dibangku yang disediakan berdekatan dengan Qaseh.
Selesai mendengar taklimat dari pengetua, yang hanya aku dengar bagai angin lalu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, aku bangun berpisah dengan Linda untuk ke kelas anak memasing, dimana anak kami tidak berada dalam kelas yang sama. Aku bangun mengikuti barisan kelas Adli, ini adalah merupakan kali pertama aku menjejak kelas-kelas yang berada di SMK. Walaupun Auni sudah berada di tingkatan tiga, aku tidak dibawa untuk menjelajah kelas berikutan segala urusan rasmi kelas sesi petang biasanya hanya dijalankan di foyer sekolah sahaja, tempat berhimpun anak-anak tadi. Naaah, aras tiga daripada tiga tingkat, sado camni.
Sementara menunggu urusan pembayaran mengikut giliran selesai, aku berbual dengan dua orang ibu yang anaknya sama kelas dengan Adli. Iya, aku sahaja acah macam orang berkerja namun menjaga rumah sepenuh masa. Aku sudah menjangkakan aku menua kerana anak sulung mereka berdua baru tingkatan satu sedangkan anak sulung aku berada di tingkatan tiga, sesi pagi.
Aku jengah keluar kelas, ternampak dua susuk yang aku kenali, ibu dan kakak kepada kawan Adli merangkap jiran setaman. Aku mendapatkan kak Lin juga Sara yang baru sahaja selesai menduduki SPM, Thaqif tidak berada sama kelas dengan Adli, jadi kami hanya berbual dipembahagi antara dua kelas 1B dan 1C. Macam-macam carita sampai Adli sendiri sudah tidak betah hendak balik awal.
Melihatkan barisan menunggu urusan kelas Adli sudah agak pendek, aku meminta diri untuk menyelesaikannya, menghantar fail peribadi dan bayaran yuran untuk sekolah. Alhamdulillah sebagaimana biasa, nama daktiga paling mudah untuk dicari, tambahan guru kelas Adli masih ingat pernah mengajar Auni semasa di tingkatan 1 dahulu, dan cikgu... ketahuilah bahawa jika ada rezeki kita bakal ketemu lagi pada tahun hadapan, apabila Arrizqi ke tingkatan 1 nanti. Allah swt is the best planner.
Melihatkan barisan menunggu urusan kelas Adli sudah agak pendek, aku meminta diri untuk menyelesaikannya, menghantar fail peribadi dan bayaran yuran untuk sekolah. Alhamdulillah sebagaimana biasa, nama daktiga paling mudah untuk dicari, tambahan guru kelas Adli masih ingat pernah mengajar Auni semasa di tingkatan 1 dahulu, dan cikgu... ketahuilah bahawa jika ada rezeki kita bakal ketemu lagi pada tahun hadapan, apabila Arrizqi ke tingkatan 1 nanti. Allah swt is the best planner.
Selesai urusan di sekolah, aku ke bank dan mengajak Adli untuk bershopping mengikut seleranya, saja belanja dia pada hari ini, yang sangat mudah menemankan aku masuk kedai ke kedai dengan perut lapar. Iya, kami berdua belum menjamah makanan sejak pagi tadi. Masing-masing mengawal rasa gemuruh di tempat baru. Singgah mengisi minyak kereta, aku sedekahkan wang poket untuk kakitangan yang membantu aku mengisi minyak, sebaik aku masuk kereta Adli memegang duit, juga berhajat untuk memberi kakitangan yang membantu tadi.
"Saya baru nak bagi sedekah, umi dah bagi dulu" haaa manisnya Adli, Alhamdulillah.
Kami terus sahaja pulang ke rumah sambil berbual-bual, bergurau dan makan. Berbual dengan Adli, akan diselangi dengan ketawa. Adli suka humor walaupun dia tidak banyak bercakap. Adli, jadi anak soleh ok. Sekian setengah hari yang penuh dengan berkat, mudah-mudahan, Amiiin.
anak teruna pertama. |
vibes dalam kelas. |
jom shopping. |
darjah satu vs tingkatan satu. |
tahun satu. |
satu tahun. |
4 comments:
ya allah cpt nya dia membesar... rupanya dia sebaya anak buah kita la, abam aqeem...
rajin belajar adli.. semoga sentiasa hepi2 kat sek menengah heheh..
salam ramdhan cha... selamat menjalani ibadat puasa :)
KakRetna: haaa betul sebaya Aqeem. Semoga Aqeem juga happy di SMK. Selamat berpuasa kakRetna.
Lega selesai urusan pendaftaran sekolah kan. Kejap masa berlalu, dah form 1 dah. Semoga Adli belajar rajin-rajin dan cemerlang. Aamiin...
Azhafizah MN:
Persediaan untuk Ramadhan dan Syawal pula. Seperti biasa, anak-anak dahulu.
Post a Comment