Sunday, 24 March 2024

Andai Sudah Tersurat Rezeki.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku sedang bergelumang dengan membaik pulih sarung sofa, seorang demi seorang penghuni rumah memberi pesanan untuk ku beli di bazar Ramadhan nanti. Almaklumlah, hari ini hari bazar kerana semalam dapur sudah berasap. Sebelum keluar mengambil Adli, aku meminta Auni membersihkan ruang tamu dan dapur, kerana tuan suami akan pulang hari ini. 

Aku memandu perlahan kerana melalui jalan yang bukan biasa aku lalu setiap petang, ini kerana salah seorang teman ku, Ita membuat sedekah membahagi bubur lambuk secara drive thru, dia meminta aku mengambilnya sendiri. Memandu sambil memerhati membuatkan otak melayang entah ke mana, diikuti dengan kereta belakang yang mengekori bagaikan mahu menyondol sahaja menjadikan aku ingin lekas sampai. Tahu-tahu aku sudah meletak kereta di ruang parkir SRA. Eh? mana Ita yang katanya sudah menunggu di hadapan tadi? tidak mengapalah bukan rezeki bubur lambuk Ita hari ini.

Setelah mendapat isyarat ke bazar daripada Linda, aku bersegera keluar daripada kereta. Memandu kereta tuan asben ni, ibarat bersauna. Hangat! ditambah dengan kehangatan cuaca di luar, pergh! garing. Kami bertiga berpusing bazar, aku hanya membeli kiriman-kiriman penghuni rumah, lengkap dengan kiriman tuan suami.

Selesai bershopping, kami bertembung dengan Ida, seorang lagi teman menunggu anak balik sekolah, inilah penghibur aku. Ada sahaja telatah dia buat aku ketawa.
"eh Sya, ni Ita kighim bubuq kat hang!" loghat utara pekat dia. Tercengang juga, bagaimana Ita boleh kenal dengan Ida namun ku pendam sahaja kerana begitulah kami, selagi punya anak satu sekolah yang sama. Perkenalan bersilang memang tidak dapat dihindari.
"waaah, ada rezeki aku. Ita kirim pada hang ye, thank you mek. Terima kasih" ujar aku.
"eh Syaaa je ke?" tanya kak Midah pula.
"takkan la Ida nak lupakan kakMidah, kita ambil la seorang satu. Hoq dia ni ja special dapat dua." aku sengih sahaja melihat situasi pembahagian bubur lambuk di bawah pepohon yang daunnya seperti sudah tidak ada, cuma redup la sikit.
"uiii banyaknya shopping." Ida sudah mula hendak start mengusik. Jagalah sekejap lagi lagi rancak usikkannya.
"hari ni hari bazar, semalam dah masak." jawabku sambil kami berempat bergerak mencari tempat teduh. Ke kereta masing-masing menyimpan barang.
"abang dia balik hari ni, tu yang dia sakan shopping." eh, kakMidah tiba-tiba bersuara. 
"ooo patutla, malam ni tutup lampu awalla ya." haaa dia mula sudah. Lepas tu mereka berpakat bertiga menyakat aku non-stop sehingga anak-anak keluar daripada pagar sekolah.

Aku menanti Adli, sambil menanti mata memerhati anak-anak tahap satu yang bermain di sekitar pagar sekolah, ada yang menghirup air, ada yang telah jatuh tadi, ada yang memanjat, ada yang bergurau, macam-macam hal. Kadang-kadang melirik jam, peluh yang keluar usah dikata, segenap liang roma berpeluh, aku dengan kaftan dan bawal ringkas pun teramatlah hangatnya.

My bubur lambuk, aku seorang ja yang suka.

Dalam pada keriuhan dan kekalutan di hadapan sekolah tersebut, aku terpandangkan tuan suami yang menunggang motosikal berkuasa besar dalam keramaian orang yang berkenderaan, eh? dia sampai rumah dahulu, hahaa! Teruja betul bila berselisih dengan suami sendiri begini. Sebaik sahaja nampak Adli, kami terus bergerak pulang ke rumah. Terpaksa menahan telinga mendengar bebelan Adli kerana memandu kelisa, tidak cukup sejuk katanya. Alahaiii bersabarlah sekejap, bukan lama pun.

Cuaca panas ni, kena banyak minum air. Namun berpuasa, kena banyak bersabar. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Us: Ida, kakMidah dan Linda.
Alhamdulillah!

Catatan: Jumaat - 11 Ramadhan 1445

Thursday, 21 March 2024

Kerenah anak AL-PUASA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Puasa hari ke sepuluh, selamat berpuasa dan salam Ramadhan. Alhamdulillah. Seminggu berlalu, baik-baik sahaja. Menjelang hari ke sepuluh, kesabaran aku makin tipis nampaknya. 

Dengan penuh bersemangat aku mengelap pintu luar peti ais sebaik sahaja bersahur pagi tadi. Bersinar terang pintu itu tanpa lekatan fridge magnet dan tanpa apa-apa pelekat. Hilang kisah aku hendak menampal wallpaper bagi menutup kecacatannya. Selesai mengelap, aku mengejut Arrizqi. Macam biasa, matanya sungguh berat untuk dibuka, aku heret sahaja dia naik tangga sehingga dia bangun berjalan sendiri. Protes. Gaya hendak memonteng sekolah.

Sambil aku bersiap, aku mengejut Auni pula. Anak dara seorang ini mudah sahaja, dia bergerak sendiri, aku hanya guide daripada jauh. Kami selesai bersiap bersama, dia turun dahulu sebelum aku. Pulang daripada hantar mereka berdua, aku mengejut Adli pula. Entah Subuh ke tidak sepanjang aku pergi menghantar kakak dan adiknya. Perangai Adli ni, sukar dijangka, kadang rajin terlebih, kadang dia ignore kan sahaja. Sudah nampak gaya anak bujang sangat, suka buat aku ketawa dengan cerita tak betul dia. Suka benar meng'auta' aku macam aku tidak tahu langsung apa yang dia cerita. Kadang aku pun sama, menambah rasa cuak bila bercerita, sehingga dia pandang aku dan ketawa dengan muka tidak percaya.

Aku beralih mengelap sliding door pula, pergh! feeling hendak raya sungguh ni, sambil mengelap main handphone. Selesai mengelap, aku housesweaping, tingkat atas tingkat bawah, tekak sudah merasa haus, alamak. Untuk rasa lebih segar, aku mandi lagi sekali, sebelum menyuruh Adli bersiap untuk ke sekolah.
"umi saya taknak sekolah?" eh, dah kenapa? bagi 10 sebab kenapa taknak sekolah, ewah-ewah! main game hang rancak, ke sekolah hang tidak mahu. Aku membebel daripada rumah sampai tiba di sekolah, apabila dia membuka buku kerja sekolahnya yang belum siap.
"dah umi, dah siap" dah letih dengarkan aku.
"aik? bukan tadi kata banyak ke?" dia abaikan seoalan aku, hulur tangan dan berlalu masuk sekolah. Isk! aku pantas sahaja buat laporan ke Pahang. Tuan Asben hanya balas dengan icon ketawa, aku hendak menuntut bonus lebih cenggini.

Letak Adli diganti dengan Auni. Auni keluar pagar jam sudah pun lewat 1tgh hari, bermakna pelajar SK juga sudah keluar sekolah. Aku harus menjemput Arrizqi pula, elok dia sudah menunggu dan kami terus sahaja balik ke rumah. 

"saya pening kepala" aaargh! drama again. Hang jangan la buat perangai nak oiii. Semalam sudah rekod ponteng, takkan hari ini hendak bercuti lagi, aiyooo. Aku sambung berceramah, sampai Arrizqi tidur. Hantar laporan ke Pahang lagi sekali sambil menceritakan hal semalam, sudah sampai pagar sekolah namun Arrizqi tidak jadi turun kereta. Dia tidak jadi ke sekolah dengan alasan dia boring, argh! temperature aku memang sudah hilang kawalannya. Mendidih! Aku syak Arrizqi ni, tidak bersemangat, sebab Adli tidak bersama dengan dia.

Tahun lepas, mereka berdua akan berganding masuk sekolah bersama, balik sekolah bersama, ke kem juga bersama, jadi tahun ini semuanya kena uruskan sendiri-sendiri. Ooo come on kids! we do it together, SRA tu sekejap je, hadaplah 2 setengah jam sahaja. Aku pula rasa hangat seiring dengan kehangatan cuaca diluar. Aku ini punya agenda lagi petang nanti, janganlah kacau perancangan. Akhirnya Arrizqi turun kereta dengan muka mencuka.

Aku pulang sahaja ke rumah, singgah di kedai membeli beberapa keperluan untuk masak berbuka nanti. Walaupun rajin ke bazar namun tiada apa yang hendak dibeli sangat, ikut permintaan daktiga biasanya. Balik ambil Arrizqi dan Adli baru aku sambung memasak untuk menu berbuka. Begitulah rutin setiap kali Ramadhan datang. 

Tuesday, 12 March 2024

Ordinary mother.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, diberikan rezeki bertemu dengan Ramadhan lagi kali ini, mudah-mudahkan diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa, juga semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Emak ialah manusia paling sibuk bila menjelang Ramadhan, lagi-lagi aku memikirkan bagaimana situasi anak-anak balik sekolah petang nanti, mudah-mudah berjalan dengan lancar hendaknya, merupakan tahun ketiga anak berada di dua sekolah berlainan dan balik serentak. Semalam sahaja sudah huru-hara, mujur ada yang memberitahu info anak balik awal, jadi aku cuba berlagak tenang sahaja. Petang nanti pasti lagi sibuk, kerana ada bazar Ramadhan berhadapan dengan SK, ntahlah malas aku memikirkannya, pimaipimai aku kena menghadapinya jua, kita redah sahaja. Sebagaimana tahun lepas, aku hanya menunggu di SRA sahaja, semua balik bersama. Tahun ini, hanya Adli-Arrizqi sahaja ajomlaaa kita jalan bazar.

Yang terakhir sampai ke rumah semalam ialah Adli. Auni pulangnya tengah hari, Arrizqi keluar awal satu setengah jam daripada Adli dan Adli paling terakhir, dia baik-baik sahaja sudah agak biasa balik dengan kakak, kadang-kadang azan Maghrib baru sampai rumah. Selepas Isyak, aku terdengar pintu grill di buka, eh??? tuan asben muncul, tapi aku tak dengar bunyi motosikal pun?

Dia balik dengan Ford Ranger kerana bawa motosikal untuk adiknya di kampung, alang-alang sudah balik, dia balik terus ke rumah. Rindu aku lah tu! hahaa. Dua minggu berkampung di Pahang-Terengganu, tidak sempat hujung minggu sudah muncul di Selangor. Alhamdulillah dapat berpuasa bersama di hari pertama Ramadhan. 

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Salam Ramadhan.

1st day school. Yang kanan tu, asyik tanya bila hendak ke sekolah. Member tidak biasa sekolah petang.




Sunday, 10 March 2024

ADLI KE SEKOLAH: Daftar Tingkatan 1.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adli di bilik bawah aku kejut, tidak berkutik.
Aku tepuk bahunya, lebih erat pelukannya bersama bantal golek. 
Aku terbalikkan badannya mengadap aku, tepuk lagi sekali sambil membebel. Aku baru teringat hari ini pendaftaran darjah satu SK serentak dengan pendaftaran tingkatan 1 SMK. Walaupun sekolah yang berlainan namun melalui jalan yang sama, jika lambat pasti tersangkut dan aku tidak suka untuk berebut tempat letak kereta. Aku ke dapur membasah tangan, kembali ke bilik menyapu muka Adli yang sudah terlentang mengadap lampu terang berderang, haaa puas hati mak!

Adli bangkit aku berhegeh hendak menggosok shawl. Permulaannya aku sudah berkemeja, skirt dan bawal namun bertukar kepada baju kurung dan shawl pada saat akhir, lebih selesa dan tidak terlalu panas. Adli bersiap aku sudah berada di bawah menyiapkan keperluan dan beg yang perlu di bawa. Sambil memanaskan enjin kereta, aku pergi membuang hajat menghilangkan rasa gemuruh. Beginilah bila jadual lari daripada biasa, gemuruh tu boleh merudung murung.

Tiba di SMK, tempat letak kereta sudah setengah dipenuhi, aku lekas sahaja meletak kereta dan menunggu Linda, teman baikku daripada anak di tabika sehingga hari ini, Alhamdulillah. Aku sudah berhajat jika di luar penuh, aku akan berlagak jadi cikgu, meletak kereta dalam perkarangan sekolah, hahaa. Sebaik sahaja Linda meletak kereta, kami masuk ke sekolah bersama anak masing-masing seraya mencari tempat untuk anak-anak berhimpun. Asyik sangat menuruti langkah Linda, aku jadi terlupa bahawa anakku lelaki dan anaknya perempuan. Lelaki di hadapan, perempuan di belakang. Linda menyimpan tempat untuk aku duduk dibangku yang disediakan berdekatan dengan Qaseh.

Selesai mendengar taklimat dari pengetua, yang hanya aku dengar bagai angin lalu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, aku bangun berpisah dengan Linda untuk ke kelas anak memasing, dimana anak kami tidak berada dalam kelas yang sama. Aku bangun mengikuti barisan kelas Adli, ini adalah merupakan kali pertama aku menjejak kelas-kelas yang berada di SMK. Walaupun Auni sudah berada di tingkatan tiga, aku tidak dibawa untuk menjelajah kelas berikutan segala urusan rasmi kelas sesi petang biasanya hanya dijalankan di foyer sekolah sahaja, tempat berhimpun anak-anak tadi. Naaah, aras tiga daripada tiga tingkat, sado camni.

Sementara menunggu urusan pembayaran mengikut giliran selesai, aku berbual dengan dua orang ibu yang anaknya sama kelas dengan Adli. Iya, aku sahaja acah macam orang berkerja namun menjaga rumah sepenuh masa. Aku sudah menjangkakan aku menua kerana anak sulung mereka berdua baru tingkatan satu sedangkan anak sulung aku berada di tingkatan tiga, sesi pagi.

Aku jengah keluar kelas, ternampak dua susuk yang aku kenali, ibu dan kakak kepada kawan Adli merangkap jiran setaman. Aku mendapatkan kak Lin juga Sara yang baru sahaja selesai menduduki SPM, Thaqif tidak berada sama kelas dengan Adli, jadi kami hanya berbual dipembahagi antara dua  kelas 1B dan 1C. Macam-macam carita sampai Adli sendiri sudah tidak betah hendak balik awal.

Melihatkan barisan menunggu urusan kelas Adli sudah agak pendek, aku meminta diri untuk menyelesaikannya, menghantar fail peribadi dan bayaran yuran untuk sekolah. Alhamdulillah sebagaimana biasa, nama daktiga paling mudah untuk dicari, tambahan guru kelas Adli masih ingat pernah mengajar Auni semasa di tingkatan 1 dahulu, dan cikgu... ketahuilah bahawa jika ada rezeki kita bakal ketemu lagi pada tahun hadapan, apabila Arrizqi ke tingkatan 1 nanti. Allah swt is the best planner.

Selesai urusan di sekolah, aku ke bank dan mengajak Adli untuk bershopping mengikut seleranya, saja belanja dia pada hari ini, yang sangat mudah menemankan aku masuk kedai ke kedai dengan perut lapar. Iya, kami berdua belum menjamah makanan sejak pagi tadi. Masing-masing mengawal rasa gemuruh di tempat baru. Singgah mengisi minyak kereta, aku sedekahkan wang poket untuk kakitangan yang membantu aku mengisi minyak, sebaik aku masuk kereta Adli memegang duit, juga berhajat untuk memberi kakitangan yang membantu tadi. 
"Saya baru nak bagi sedekah, umi dah bagi dulu" haaa manisnya Adli, Alhamdulillah.

Kami terus sahaja pulang ke rumah sambil berbual-bual, bergurau dan makan. Berbual dengan Adli, akan diselangi dengan ketawa. Adli suka humor walaupun dia tidak banyak bercakap. Adli, jadi anak soleh ok. Sekian setengah hari yang penuh dengan berkat, mudah-mudahan, Amiiin.

anak teruna pertama.

vibes dalam kelas.

jom shopping.

darjah satu vs tingkatan satu.

tahun satu.

satu tahun.

Wednesday, 6 March 2024

SIAP SIAGA: KEMBALI KE SEKOLAH.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mata aku sudah kalut mencari jam dinding, hrmmm baru jam 5am, bangkit sahajalah, sahur. Ambil kesempatan berpuasa hari ini, bakal sibuk dengan persiapan membeli kelengkapan kembali ke sekolah daktiga. Bakal pusing tiga sekolah serentak, sengaja aku memilih hari ini agar semuanya selesai dalam masa satu hari.

Selesai Subuh aku mengejut Auni, dia paling hampir dengan bilik aku. Selesai bersiap, aku mengejut pula Arrizqi yang masih berselimut di ruang tamu. Pulas tidurnya, berpusing 360 darjah. Arrizqi bangkit dan bersiap dahulu diikuti Auni. Aku menuju bilik seorang lagi, Adli masih diulit mimpi memeluk bantal peluk erat-erat. Aku suka bermanja dengan si Adli ni, hahaa. Dia layankan je perangai aku yang kekadang diluar jangkaannya. Sebagaimana yang dijanjikan, mereka bertiga akan menemani aku membeli buku di sekolah masing-masing.

Sementara mereka bertiga bersarapan, aku melayan sekandang 6 ekor kucing baru dihantar oleh teman jiranku, Mazlina. Dia hendak pergi bercuti, maka dihantar kucing tanpa bertuan rasmi itu untuk aku jaga. Bakal bermulalah episod menjaga anak bulu tahun baru ini, si Kenit sudah pun bermenung mengenang nasibnya dari atas sofa. Rilekslah Kenit, we all heart you okeh? Sementara menunggu enjin kereta panas, aku membuat pengumuman tentatif program hari ini. Ke sekolah kebangsaan (SK), sekolah menengah (SMK) dan patah balik semula ke sekolah agama (SRA) pula. Bismillahirrohmaannirrohim, let's go!

Perkarangan SK penuh dengan kereta guru yang mengajar di sekolah tersebut, ada menyuarat barangkali. Minggu terakhir sebelum sekolah di buka, masing-masing kalut dengan persiapan kembali ke sekolah. Kami berempat turun mengiringi Arrizqi, tinggal dia satu-satunya di sekolah rendah. Urusan pembelian buku sekejap sahaja, sampai Pak Guard yang memang peramah dengan aku menegur.
"aik? sekejap saja urusan kakak hari ini?" katanya.
"iya, sudah tinggal seorang sahaja yang bersekolah tahun ini. Terima kasih!" kami terus memulakan perjalan ke sekolah menengah pula. Hanya perlu jalan terus ke hadapan, lampu isyarat simpang empat dan dah sampai.
"masuk pagar ke tak ni?" tanya aku. Melihat tidak banyak kereta yang ada.
"ikutlah" balas Auni. Aku masuk sahaja, berikutan Pak Guard SMK ini pun sudah cam benar dengan kereta kami. Aku berhentikan kereta di kotak bertulis GPK, naaah! bagaikan tidak sedap hati, aku bertukar di kotak lain, yang biasa-biasa ja, hahaa! Jauh sikit, supaya daktiga berjalan.

Kali ini urusan belian buku untuk dua orang, tingkatan tiga dan tingkatan satu. Masing-masing cuba menghilangkan gementar diri masing-masing, rezekinya yang menjaga koperasi SMK merupakan teman setingkatan Auni maka beramah mesralah masing-masing. Urusan kedua selesai, ajoms yang ke tiga, bayar yuran sekolah rendah agama Arrizqi. Turun semula ke lampu isyarat simpang empat, jumpa SK dan masuk simpang kiri untuk ke SRA. Daktiga sudah mula merungut kepanasan, hanya hendak tinggal dalam kereta sahaja. Noway, sila semua turun.

Mencebik-herot mulut memasing, aku menggunakan kuasa ambil mood-pancing mood. Masuk sahaja pagar sekolah, terbantut kemurungan apabila nampak muka teman masing-masing yang sudah lama bercuti, hahaa. Aku terus masuk ke dewan dengan Arrizqi, mencari kelasnya di deretan tahun enam. Arrizqi tinggalkan aku di dalam dewan, dia keluar mencari teman, abang dan kakaknya. Mereka menunggu aku di luar sahaja.

Agak lama juga urusan kali ini, banyak sangat resit yang hendak ditulis, tambahan guru kelas Ersyad Arrizqi pada tahun ini, merupakan bekas guru kelas kakak dan abangnya juga. 
"adik Erfan kan?" tebak ustazah Fizah, mungkin berkat aku suka sangat dengan ustazah ni, Allah swt hadirkan dia untuk daktiga. Tahun lepas sewaktu mendaftar Erfan Adli dia menebak juga.
"adik Erdina Auni ye?" 
"macam mana ustazah boleh cam?" tanya aku. Aku masih ingat lagi.
"ejaan nama tu, lain daripada yang lain." lembut sahaja ustazah Fizah menjawab.
Sopan sungguh-sungguh ustazah ni. Bercakap pun macam tidak keluar suara. Suara aku sahaja macam halilintar. Selesai urusan, daktiga mengajak aku bershopping di SC-tempat biasa aku membeli barang dapur. Siap request hendak TeaLive bagai. 

Bila sudah sampai di SC, sudah rambang mata memilih, sudah penuh troli dengan bekalan, barulah teringat jalan pulang ke rumah. Ikutkan masih ada lagi rancangan seterusnya, namun cuaca sangat terik meminta untuk segera pulang. Adli juga sudah tidak kisah dengan TeaLive nya, hendak lekas-lekas sampai ke rumah. 

Agenda bersambung lagi, bila mereka bertiga di rumah, dapur harus berasap meskipun aku berpuasa. Buat sahaja apa yang mereka mahu, aku cukup suka bila habis menu yang disediakan. Usai Zohor, masa untuk berehat dan marathon CJKDrama, hehe. Netflix, Syasya dataaang. Layan tidur 30 minit, sambung jahit kaki seluar Adli, sambung tulis nama atas buku Arrizqi. Anak bujang ini memang tidak mahu menulis sendiri, hendak emak juga tuliskan. Alhamdulillah, selesai urusan yang dijadualkan pada hari ini. Syukur pada Allah swt kerana diberikan kecukupan dan urusan kami berjalan lancar. Alhamdulillah wa syukurillah!

sekandang enam ekor.

bookshopping.

my soul, my heart, my love.

Aiii, dak michelin sudah tukar uniform.

#sya2handwriting

Friday, 1 March 2024

Perjalanan Johor-Selangor: Terbabas Simpang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Bila kau merasakan kau sudah terror kononnya, Allah swt beri pengajaran cash macam tu sahaja. 

Bercuti di Johor kali ini sepertinya berdikari, seminggu yang lalu aku menyelesaikan urusan mengemas rumah sendiri, termasuk mendobi, menguruskan si Kenit (kucing), ikan di akuarium dan segalanyalah. Alhamdulillah, semakin rasa bersemangat nak balik Johor bersama dengan daktiga sahaja. Almaklumlah, jika tunggu tuan suami, makanya percutian akan menjadi pendek. Jadi, marilah kita belajar do it yourself.

Bertolak keluar rumah awal pagi dan sampai rumah mamapapa ngam-ngam waktu makan tengah hari. Perjalanan lancar dengan bantuan cuaca yang cerah sepanjang perjalanan. Daktiga juga tidak buat hal, masing-masing ketiduran kerana hari masih awal. Aku sahaja yang lapar dan layan karaoke sesorang.

Sepanjang sembilan hari di rumah mamapapa, kami hanya di rumah sahaja berikutan aku di jangkiti selsema dan batuk, ikutkan perancangan aku hendak menjelajah Johor Bahru, namun Allah swt maha mengetahui. Urusan shopping baju sekolah daktiga juga telah dibereskan.

Akhirnya, waktu keberangkatan pulang ke Selangor. Alaaa, kan dah pernah buat sekali sebelum ini, come-on! tiada masalah.

Awal perjalanan baik-baik sahaja, smooth sahaja. Setelah 4jam perjalanan, otak aku sudah hilang fokus. Tambahan co-pilot pun endah dan tidak sahaja membantu membaca peta. Erfan Adli sibuk dengan handphonenya. Tahu-tahu sahaja aku berada di tengah-tengah bandar Bangi. Udah! Gimana sih?

Ni macam mana nak keluar daripada kesesakkan ini? sambil mulut berzikir, aku membaca satu persatu papan tanda. Kena cari balik lebuhraya menghala ke Sg. Buloh. Aiyaaa! Jalannya biasa dilalui oleh tuan suami, bila aku yang co-pilot memang ignore sahaja part hendak membaca peta, bila sendiri yang memandu, hahaa padan muka!

Daripada Erfan Adli bertukar kepada Ersyad Arrizqi yang membaca peta, daripada tol LEKAS masuk pula leburaya LDP, daripada jumpa Paradigma Mall jumpa One Utama. Entahlah, kita redah sahajalah. huahahaaa!

Alhamdulillah, dengan bantuan Google Map, akhirnya kami sampai juga di rumah. Uiii! mencabar siot. Dengan kesesatan ini, dapat aku belajar bersabar walaupun rasa tidak sabar menguasai segalanya. Dapat aku belajar bahawa setiap masalah dan ujian itu ada penyelesaiannya. Dapat pengajaran bahawa, jika jadi co-pilot usahlah tidur sahaja. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka.

onway going back Johor.

ukur shopping mall.

dinner.

lunch.

onway back Selangor.