Baik, Syasya mahu mula menaip entry dengan panjang lebar sambil tersenyum manis mengenangkan malam silaturrahim teman-teman persekolahan daripada tahun 1997-2001, alhamdulillah. Tahun ini kami semua menyambut ulangtahun kelahiran ke- 40.
Sejak masuk fasa menua ini, aku terasa lebih perlahan dalam mejebakkan diri dalam majlis yang melibatkan ramai orang. Aku berasakan lebih tenang berkerja di rumah, di sebalik tabir sahaja. Aku hanya menunggu aturcara program dan merangka perjalanan untuk ke majlis seperti yang dirancangkan oleh ahli jawatankuasa malam tersebut. Entah bagaimana, alih-alih dijemput presiden untuk sama-sama menjadi AJK selepas minggu ke-tiga barisan AJK ditubuhkan bagi menggantikan seorang AJK yang menarik diri. Aku diberi tugasan di bawah AJK Program bersama beberapa orang lagi. Baik!
Pada tuan suami aku khabarkan, walau apapun terjadi aku hendak juga menyertai majlis makan malam ini, bertekad membawa daktiga balik Johor sendirian kerana dia baru sahaja berkerja dengan Sime Darby Plantation. Hotel dan juga perancangan semasa di hari kejadian juga sudah aku dan adik iparku selesaikan. Persiapan untuk dibawa ke majlis juga sudah aku siapkan tanpa kompromi. Alhamdulillah, rezeki tuan suami dapat balik ke Johor bersama tetapi aku perlu memandu sendiri apabila pulang ke Sungai Buloh nanti. Tidak mengapalah, fikir nanti sahaja. Yang penting aku kena menyertai majlis makan malam tersebut.
Sampai sahaja di hotel, sudah ada beberapa AJK yang sampai, mereka sudahpun bersilat dengan barang-barang untuk Alumni dan persiapan dewan. Riuh, bila bertahun tidak berjumpa, bersua semula. Mereka di JB ada juga la berjumpa sekali sekala, aku ni jauh di Selangor memang ada acara besar sahaja dapat memunculkan diri. Sambil tangan kaki berkerja sambil mulut tidak berhenti berbual. Argh! terasa sangat zaman usik mengusik dan bergurau senda masa sekolah.
Selesai mengisi goodies bag, aku naik ke bilik bersolat Asar. Keluarga yang aku bawa ke hotel sudah punya agenda mereka sendiri, adik iparku termasuk tuan suami sudah hilang di bandar JB. Turun semula membantu AJK menyiapkan hiasan pentas. Berbelit dengan reben dibuatnya. Alhamdulillah terima kasih teman AJK Zulkarnain dan Hanafi. Aku pernah satu kelas dengan mereka berdua di tingkatan 4 Sains 2.
Aku naik bilik semula dan bersedia untuk majlis makan malam. Masa ni lah anxiety datang namun terpaksa aku layankan, yang akan aku jumpa nanti bukanlah orang baru, mereka yang sama-sama bersekolah di satu sekolah yang sama juga. Aku berfikir satu persatu, apa yang perlu aku bawa turun bersama, apa yang perlu aku pakai, apa yang perlu aku lakukan, aku cuba berdamai dengan diri sendiri, menarik nafas dalam-dalam supaya tidak gabra, argh! dada berdebar hebat, toloooonglah not this time. Inilah masalah bila bersiap seorang sahaja di tempat yang sangat asing. Aku minum air, solat Maghrib dan berdoa banyak-banyak. It's okey.
Aku jengah ke bawah, barisan pendaftaran sudah panjang. Argh! sabar. Sambil menyusun barang, aku berzikir banyak-banyak. Jangan relapse! Keep calm! Pakai kasut, angkat barang-barang, kunci pintu, kunci tinggal di kaunter sahaja kerana aku tidak tahu jam berapa majlis ini akan tamat. Nafas ku tarik dalam-dalam, dah mula rasa nak muntah, ayooo. Smile Syasya, smile! Aku menuju dewan, tidak melihat pun teman-teman yang sedang beratur untuk pendaftaran, aku berjalan terus masuk dewan, meletak barang-barang yang ku bawa, bukan sombong, aku tengah menenangkan diri sendiri sebenarnya. Terdengar nama aku disebut, namun sabar jap, aku perlu tenangkan bukan je hati tapi kepala juga. Mereka tak bersalah pun.
Melihatkan dewan belum ramai, aku kembali semula ke pintu tempat pendaftaran, ke buku tetamu bahagian aku ditugaskan, come on Syasya! speak loud! semua tu kawan-kawan kau, kau kenal dorang. Menyapa Syasya! ajak tandatangan buku yang kau dah buat dengan kasih sayang. Alhamdulillah! terima kasih pada Intan, Mem dan Haniza yang menyapa aku dengan lantang, hilang rasa segan tadi, hilang perasaan nak balik seperti petang tadi. Keriuhan mereka bertiga membuat aku lega dan satu persatu mereka yang lain menegurku, alhamdulillah. Aku menjadi lebih lega apabila Haniza menemankan aku bersama.
Majlis makan malam berjalan lancar, walaupun ada beberapa program terpaksa di potong, namun acara utama tetap berjalan dengan baik dengan kerjasama semua Alumni. Apabila acara santai bermula, aku mencari teman rapatku semasa di sekolah dahulu, Min, Noren, Rahiffah. Aku terlupa mereka datang bersama keluarga, argh! ini menjadikan aku berasa keseorangan dalam keramaian semula. Tolonglah approach aku. Dengan siapa lagi aku hendak berborak, aku mencari handphone, tangan aku shaking, argh! not again. Beberapa orang AJK yang bersama dengan aku tadi sudah menghilang menghantar tetamu paling atas pulang. Yang di dalam dewan bermesra sesama sendiri, berbual sesama ahli keluarga sendiri, oh my! I need someone to talk. Aku mengadap dinding, membelek handphone dan ditegur oleh teman kelas dari tingkatan 1 hingga 3 merupakan AJK tertinggi alumni, AlKhair.
"are you ok?" aku tengok dia, dia tengok aku. Errr...
"ok-ok!" mulut tak selaras keadaan badan sendiri, dasar betul. Oiii! aku masih ada sedikit rasa sedar diri. Selepas tu, aku cari air masak dan duduk je la di meja. Sudah masing-masing sibuk bergambar, bergelak ketawa. Aku berasa aku betul-betul dah tak sama dengan zaman masa sekolah yang mudah sahaja hendak masuk dengan mana-mana majlis.
AJK Aisha duduk disebelah aku untuk melepaskan lelahnya, kami makan kek berdua, inilah momen paling buat aku lega sekali, sambil berborak sambil makan, sambil memerhati situasi dalam dewan, alhamdulillah. Terima kasih memanggil dan menerima aku sebagai AJK untuk menjaya makan malam ini. Aku menghantar Aisha pulang sebelum naik ke bilik. Alhamdulillah, aku berjaya menghadapi satu malam bersejarah dalam kehidupan aku sepanjang aku bergelar surirumah sepenuh masa.
Terima kasih yang datang menegur aku, terima kasih yang sudi mendengar dan menerima pendapatku, terima kasih sudi menerima aku, terima kasih sudi berkerjasama dengan aku. Terima kasih kerana menghargai. Teman-temanku yang terbaik! Terima kasih untuk diri sendiri Syasya, U did it! Alhamdulillah!
in purple |
my art: guestbook |
d'AJKs |
d'ALUMNI |
ALUMNI with family |
meeting last before event. |
No comments:
Post a Comment