Friday, 21 October 2022

Hari yang agak sibuk: Hari Kad Laporan Prestasi Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Pepagi buta sudah menunggu di SMK Auni ni, buka tingkap nyamuk kelaparan menyerbu masuk, berbintat-bintat tangan dan muka dibuatnya, lebih parah aku memakai baju dan seluar hitam. Haih! Bertepuk tampar aku dan Auni membunuh nyamuk. Hendak masuk sekolah, kaunter masih belum buka. Awal pula kami tiba sebaik Adli dan Arrizqi, aku turunkan di SK sebelumnya. Elok sahaja Syafikah dan mamanya sampai, mereka mengajak kami berdua masuk ke dalam sekolah. 

Kali kedua aku masuk ke halaman sekolah si Auni ni, sebelum ini sempena hari sukan sekolah, kali ini hadir untuk Hari Kad Laporan Prestasi 2022. Entah apalah yang hendak di auta dengan guru kelas nanti, hahaaa. Galau juga hati memikir purata markah Auni kali pertama di sekolah menengah. Sempat selfie seketul dua sambil beriringan dengan kak Ani- mama Syafikah. Aku baru bercadang hendak melawat sekeliling sekolah dengan Auni kononnya menghabiskan masa.

Selesai berbincang, mengambil keputusan, aku membawa Auni dan Syafiqah bersarapan merangkap makan tengah hari. Memandu perlahan mencari kedai makan yang belum pernah aku jejaki. Kedai makan pesara tentera ala-ala vintage sikit suasananya. Selepas mengunci kereta berhadapan pintu masuk kedai, kami disambut pemilik kedai sendiri, sangat mesra dan sedikit bergurau. Ceria hariku pada hari ini hendaknya, mudah-mudahan. Membuat pesanan dan menunggu. Roti bakar gaya cafe, oh! sungguh rasa have-have, hihiii!

Selesai bersarapan, terus sahaja pulang ke rumah dengan hati senang. Dua orang masuk cyber cafe, aku sambung layan Netflix- Little Woman. Khayal menghabiskan masa aku terlupa untuk membaca Al Kahfi, stop Netflix naik bilik tunaikan Sunat Dhuha dahulu baru Al-Kahfi. Sedang ralit membaca, terdengar sayup-sayup bunyi alarm handphone di bawah, alamak itu reminder ambil Adli dan Arrizqi. Bergegas bersiap, berdesup, tahu-tahu sahaja sampaidi hadapan sekolah. Auni mengirim susu fullcream sekotak, mujurlah dihadapan sekolah ini segala gerai dan kedai ada. Mudah.






Aku turun kereta, membeli sepuluh keping apam balik crispy kesukaan Adli dan pergi membeli susu. Adli dan Arrizqi balik awal daripada biasa. Balik rumah, Khaida pula sampai. Alangkah terkejutnya melihat keadaan Khaida, dia tidak sihat. Hari ini kami akan keluar makan bersama dan dia akan menemankan aku berjumpa kakak Ziela yang juga sudah lama tidak berjumpa. 

Selesai aku bersolat Zohor dan menghabiskan bacaan Al-Kahfi yang ku tinggal pagi tadi, aku dan Khaida keluar. Ke bank dahulu dan barulah makan. Sambil makan bercerita, sambil memandu bercerita. Allahuakhbar, Khaida, aku mendoakan kamu kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini. 
"Ya Allah swt, permudahkan setiap urusan Khaida Mokhtaruddin, lapangkanlah hatinya, ringankanlah langkahnya dalam membuat kebaikan. Dia sahabat aku paling istimewa dalam hidupku. Kembalikanlah Khaidaku yang sebelum ini, jadikan dia lebih baik untuk mengajar aku, Amiiin Ya Robbal Alamiiin.

Kami menghabiskan makanan dan Khaida mengajak aku membeli ayam golek sebelum ke rumah kakak. Kami sampai di rumah kakak hampir ke waktu Asar, kakak menyambut kami dengan ramah dan senyuman gembiranya. Aku memberi separuh ayam golek yang dibeli tadi. Aku mendengar sahaja cerita Khaida dan kakak, sesekali menyampuk. Rezeki datang rumah kakak, dapat macam-macam petua. Dia bukan sahaja sahabat, kakak malah terkadang aku berasakan dia semacam emak-emak, penuh dengan petua, penuh dengan nasihat. Pengalamannya banyak untuk di ambil pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih kakak. Nanti lapang-lapang, kami datang lagi. Love you.

Aku terus memandu pulang ke rumah, tuan asben sudah balik, Syafikah juga sudah balik apabila aku  bertembung dengan kak Ani sewaktu singgah di kedai Acheh tadi, daktiga sudah hilang keluar bermain. Sekian hariku satu hari. Alhamdulillah!

Saturday, 15 October 2022

Hari Kelahiran 2022: Auni. Adli dan Arrizqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Just for memories:

Bouquet buat sendiri dengan gift. Kek daripada kakak Ziela.

Just wanna cocopie.

Get a lot gift from his classmate. Bouquet tempah dengan Wina kawan Juju.

Kek daripada Chocolate Delight, beli dengan Adli dan berhujan sangat lebat.

Bouquet by Wina kawan Juju again.

Tuesday, 4 October 2022

Budak huru-hara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Hujan turun, sekejap lebat sekejap reda. Aku bersiap, mencapai kunci kereta dan memastikan ada payung di belakang kereta. Payung baru, masih belum rasmi digunakan lagi, hasil wang main kutu, ahaks! Sampai diperkarangan sekolah agama, hrmmm masih lengang dan dapat parkir elok-elok je tidak menghalang jalan pengguna lain.

Adli masuk, Thaqif masuk dan lagi seorang Arrizqi masuk, let's go home. Dalam perjalanan balik rumah, bertukar-tukar cerita macam biasa. Adanya si Thaqif kawan kepada Adli yang rumahnya sehala dengan rumah kami, maka aku bawa sekali, suasana tambah meriah. Semakin hampir ke rumah, hujan turun mencurah-curah. Wah! Ini maunya basah lencun si Thaqif masuk pagar rumah.

"kena payung ni Thaqif. Ersyad ambil payung, payungkan Thaqif." 
"saya mana pandai." balas Arrizqi sambil memegang payung.
"adik buka payung tu dulu, payungkan la Thaqif." aku memberi arahan lagi, cakap memang senang.
"abang buatlah." Arrizqi bersuara keras menyuruh abangnya pula. Budak ini memang skema sungguh. Tapi dek nak balik cepat, dia gigih juga. Belum sempat payung pass pada Adli...
'Zapppp' entah macam mana payung terbuka dalam kereta, haruuuu wei. Jahanam payung baru aku. Yang lagi haru Thaqifnya sudah keluar kereta duduk dalam hujan. Adoiii! terburai ketawa aku dalam keributan. Dua berpayung pintu kereta ternganga, kau rasa??? basah wei seat belakang belah penumpang tu. Arrizqi masuk dengan payung sudah dilipat dan basah lencun, serupa takyah berpayung. Dan lepas tu aku pula yang kena marah dengan dia, hahahaaa! 

Daripada rumah Thaqif sampai ke rumah aku ajarkan skill-skill berpayung dan mengeluarkan arahan seterusnya satu persatu untuk Arrizqi. Bila kenangkan jadi gelihati part payung ternganga dalam kereta.

Arrizqi bila ada yang tak kena, memang bawa masalah bagi dia.