Wednesday, 18 August 2021

Memori di Axiata Arena, Bukit Jalil II.

In my friend, I find a second self.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Usai Solat subuh, aku bangunkan hero nan dua orang itu Adli-Arrizqi~ Auni bercuti lagi, untuk solat Subuh sambil baca AlQuran. Turun ke bawah sambil angkut baju kotor sumbat dalam bakul. Pelan hari ini, kemas rumah sambil tengok Sakuragi Hanaminchi lalu meminta tuan asben tapau dan pergi vaksin kali kedua bersama Khaida.

Biasalah, kita merancang Allah swt yang menentukan segala, aku memunggah seisi rumah mencari remote tv tak jumpa. Seingatnya malam tadi, Arrizqilah orang paling akhir menonton tv, sudah di kejut Arrizqi yang sangat liat membuka mata selepas solat Subuh tadi namun matanya masih tidak mampu untuk terbuka. Mencari remote tv masih tidak berhasil sehinggalah kedengaran deruman enjin kereta tuan asben yang sudah  pulang setelah dia bermalam di pejabatnya semalaman. Bila tuan asben pulang, peluang untuk Sakuragi Hanamichi juga takkan ada dek kerana dia akan main ps5 menggunakan tv yang sama, grrr~ 

Sebaik sahaja pintu pagar utama berbunyi, Adli menjumpai remote tv dicelah sofa. Siyeslaaa... aku cari ditempat yang sama tiga kali kot! 
"Apalah umi ni, rasalah dengan tangan. Umi tengok je memanglah tak jumpa." kata Adli sebaik dia campak remote tv atas longgokan kain baju kering yang berlambak depan aku.
"cisss...abi korang dah balik tak dapatla tengok Sakuragi!" aku menjawab sambil bergegas bangun ke dapur lagak isteri misali, membancuh teh o dan mengambil penyapu, ahahaaa baru nak tuang kerja.
Selesai membersih ruang depan dan dapur, buang sampah lalu membelek pepokok yang kehujanan, kebasahan dan keterlebihan air. Stay stronglah pokok, ujar aku dalam hati sebelum disergah tuan asben untuk menu tengah hari. Aku mengirimnya tadi sebelum dia sampai rumah, kedai makan tutup katanya lalu mahu Foodpanpan (Foodpanda) sahaja. 
"kita nak set yang vegi tu ayang..." ujarku sambil mengorek tanah.
"vegetarian delight ni?" tanyanya untuk kepastian.
"ye pasti" aku menjawab.
"makan sayur je? ceh!" sambil memilih dan membebel dia masuk ke rumah bertanya daktiga pula. Aku menyambung mengorek tanah semula sehingga selesai.

Masuk waktu Zohor, da selesai dengan Subway aku bersiap sebelum Khaida datang nanti. Khaida ke Axiata Arena bersama dengan aku, suaminya outstation. Cuaca masih elok, sehinggalah kami memulakan perjalanan hujan mula turun, sepanjang jalan hujan tidak berhenti, mudahkanlah urusanku pada hari ini. Meskipun tuan asben yang memandu, rasa cuak tu tetap ada. Khaida senyap sahaja, letih hendak terjerit-jerit bercakap sebab tuan asben tengah dalam meeting, dengan bunyi hujan, dengan bunyi radio- rasa sesak kepala dan situasi dengan bermacam bunyi. Kelisa memang tak sama dengan Alza meskipun keluaran yang sama, haaahaaa!

Sampai sahaja di Axiata Arena, hujan masih lebat. Tuan asben tak dapat nak berhentikan kami berhampiran bangunan Axiata Arena berikutan jalan keluar dan masuk telah pun jem. Maka berlarian aku dan Khaida sambil ketawa sambil berlari, hahaaaa! terus mendapatkan khemah berdekatan pintu masuk. Aku nekad sahaja naik dengan Khaida, sempat juga bergurau senda dengan petugas yang mengawasi, sempat lagi aku ke tandas bila nampak pintu perpapantandakan wanita hampir sahaja dengan tempat aku duduk. Apalagi, sesejuk begini memang tandasla untuk membuang. Menunggu sambil selfie-selfie sampailah ke tempat pendaftaran. 
"Owh! puan... puan salah ni, ini HCO A. HCO B di bawah!"
"laaa ye ke, ingatkan sama je." 
"vaksin sama, tapi batch tu tak sama, ada siapa-siapa boleh hantar dia tak?" petugas bertanya pada seorang lagi.
"kena masuk daripada pintu depan semulalah." jawab petugas seorang lagi, alaaa sombongnya, kau datang menyibuk je pun, oh! sila positif Syasya, jangan buruk sangka.
"jauh sangat, sian pula nak pusing sampai ke luar." aku terus bangun sahaja. Menyampah pula dengan petugas yang ke dua tu. Takpe, aku tau... sedang aku berjalan, sambil beristighfar, aku ditegur lagi dengan seorang petugas yang lain.
"puan dah cucuk ke, puan?" lembut sahaja, dia pelik barangkali melihat aku melawan prosedur.
"belum cucuk, kena turun bawah. HCO B!" aku tunjuk slip temujanji.
"ikut sinilah puan, takpayah keluar. Sini saya tunjukkan." dia temankan aku sampai HCO B tempat aku cucuk kali pertama sebelum ini. 
"ni puan ni nak cucuk, dia pergi naik di HCO A tadi."
"laaa ye ke, takpe puan. Puan terus je duduk kerusi belakang yang ada orang baju putih tu." Gitu dia bagi aku arahan sambil duduk sahaja. Aku ni udahlah mamai kesejukkan, melihat di kejauhan pun sudah samar-samar sahaja.
"takpe puan, mari saya temankan. Mari saya tunjukkan." Pelawa petugas seorang lagi meninggalkan yang memberi arahan tadi menyambung sembangnya sementara yang menghantar aku tadi telah pun naik semula di atas. Aku ucapkan terima kasih dan ikut langkah seterusnya sambil berbalas mesej dengan Khaida yang telah pun selesai di cucuk. Khaida pelik bila aku hilang dari pandangan matanya kerana aku belakang dia sahaja tadi. Khaida menunggu aku sehingga aku selesai. 

Yeay! kita lupakan kesulitan tadi, biarpun sulit kita dapat eksplore ruang Axiata Arena. Sebaik sahaja aku keluar pintu, mataku mencari Khaida. Terjerit-jerit bila mata bertemu mata, riang bebenar sampai berpusing dua tiga orang yang menunggu berhampiran, hehe! Jom pose, bergambar banyak-banyak. Habis semua tempat bergambar kitorang pose, siap dengan monopod stick tu la. Sayangnya aku tidak dapat bergambar dengan keseluruhan bangunan Axiata Arena kerana hujan masih turun renyai dan lebat sekejap-sekejap.


Vaksin dengan best over the friends memang meriah.


Bukan senang ajak Khaina menumpang kereta yang sama.

Setiap lima minit dia cari aku. Apa-apahal yang jadi aku suka dahulukan dia dahulu, hehe!




Picture ni buat banyak spekulasi, almost menggelar macam budak universiti, ahahaaa. 
Aku pun tak belajar di universiti wei, aku belajar satu tempat yang sama dengan Khaida.

Sudah selesai barulah sedar diri untuk cari kereta tuan asben. Dia sudah pun beralih parking yang katanya dekat, sama jauhnya, kena hujan juga~ hahaaaa... tergelak-gelak majn hujan dengan Khaida. Indahnya memori dengan Khaida. Alhamdulillah, Allah swt... ku mohon pelihara persahabatan kami ini sampai jannah~ mudah-mudahan InSyaaAllah. Perjalanan waktu pulang lancar sahaja, tuan asben singgah membeli yongtaufu dan sate, skip masak lagi. Mataku hanya terbayang bantal dan tilam sahaja ni- indahnya baring-baringan sambil tengok Sakuragi. Aku menghantar Khaida hanya dengan lambaian berat, aku hendak lepak dengan Khaida lagi namun dia perlu pulang kerana telah meninggalkan anaknya yang berlima seharian. Terima kasih Khaida, lepas dua minggu kita jumpa lagi, shopping time!- mudah-mudahan, InSyaaAllah.

3 comments:

Ako Retna said...

alhmadulilah awak dah dapat full vaksin ye :) semoga kita semua dilindungi kan take care ch@

Azhafizah MN said...

Bila mencari pasti tak jumpa. Tak mencari tup tup muncul.
Cantik cantik booth vaksinasi kat situ. Sakanlah bergambar.

Alhamdulilah dah dapat cucuk vaksin. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminnn...

ch@ said...

KakRetna: &
Azhafizah MN:
mudah2an kita dihindar dari wabak bahaya dan sebarang penyakit berisiko.