Thursday, 11 March 2021

Korean Foods dengan kakak kegemaran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Badan rasa sihat dan ringan, alhamdulillah. Sempat lagi bergambar sekeping dua di tangga spa Nur Jannah, ketawa tetaplah ketawa, hendak turun tangga pun ada sahaja yang dijadikan bahan ketawa. Kami terus sahaja ke MrDIY, seawal booking spa lagi kakak sudah menyatakan hasrat untuk ke MrDIY, memang dekat sangatlah hanya berjalan kaki sahaja sambil mengisi masa dengan perbualan entah apa-apa. 

Bila dalam MrDIY aku berpusing tanpa hala, sendiri tidak tahu apa yang harus dibeli ditambah dengan suasana dalam tu agak kecil, tidak seperti MrDIY di The Store Sg. Buloh. Aku mencari mini shredder, tiada. Benda biasa yang mesti aku beli di MrDIY ialah, double sided tape dan stickers. Mesti! Lain halnya dengan kakak, apron lah, sarung tanganlah, senduk, sudip habis di beleknya. Keluar MrDIY masuk pula kedai serbaneka, lebih kurang sahaja barang niagaanya. Sama macam tadi juga, still kakak yang shopping, hahaha. Parah dengan kakak ni, ada sahaja yang hendak di shopping.

Keluar kedai serbaneka, kakak mengajak makan. Lama juga bercadang hendak makan menu Korean, jomlah kita. Uiiishhh! ini kali pertama dan terakhir aku makan ramen Korean ni, pedas ya Allahuakbar! Begitu juga dengan ayam goreng Korean, manis namun sama juga pedasnya. Berasap telinga, tergelak besar kakak melihat gaya aku makan. Rasa hodoh benar wajah ku dikala itu. Pedasnya kus semangat. Patutlah teh hijau yang kami pesan sampainya dua kali ganda size yang biasa. Padanlah kawan baik aku pernah kata, "ini bukan untuk kau Syasya, aku rasa kau memang takkan ulang makan bila kau dah rasa sekali." Ye betul!





Melihat betapa strugglenya aku hendak makan Korean Dishes, kakak menyuruh selesaikan tteobokki sahaja. Ye itu sahaja yang mampu ditelan selain kimbap. Itupun baru setengah, aku sudah mengah walhal berkongsi dengan kakak. Marilah kakak, tidak mampu kuhabiskan semua ini, tapau bakinya. Kami singgah pula ke SpeedMart, hahahaaa kakak lagi yang sakan bershopping. Daripada tidak mahu ambil bakul kononnya, bakul aku juga penuh dengan barang dia. Habis semua diletaknya, apa dia beli mesti dua, 1 untuk aku, aku bayar. Adoiii sabar Syasya, sabar. 

Setel di Speedmart, kakak mengajak ke nurseri jual munga-munga pula. Daripada usha-usha aku ikut beli juga walaupun sedar, tangan aku ni bukan terer sangat part bercucuk tanam ni. Jenuh telinga dengar dia membebel cara menanam daun kesom, aku beli daun kesom itu yang dibebelnya daripada bertolak dari nuseri sehingga ke rumah aku. Aku meminta dia menghantar sehingga ke pagar rumah, kan ke aku ke rumahnya tadi dengan dihantar tuan asben. Kakak sambung lagi, tentang menanam pokok, habis dibeleknya pasu, baldi, polibag tempat aku bercucuk tanam nanti. 
"kamu gemukkan dulu pokok ni, nanti kakak bagi pokok lain. Kamu hendak pokok apa?" that's my kakak.
"nantila, ini pun belum tentu hidup laie ni." aku menjawab  memang tidak konfiden langsung tapi hendak cuba juga.
"jangan kasi mati, misi gemukkan kan pokok daun kesom." adeih!

Sehingga di situ sahajalah pertemuan antara kami dan jika ada masa serta rezeki, kami akan repeat untuk dating sekali lagi. Mudah-mudahan murah rezeki kami semua, insyaaALLAH. Terima kasih kakak.

Anything is POSSIBLE when you have the RIGHT PEOPLE there to support you.- by: Misty Copeland.

Kejadian men'sagat' kereta.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Masing-masing teruja dan tidak sabar tanpa mengetahui kejadian apakah yang bakal terjadi pada hari pertama ke sekolah. Semua biasa sahaja, menguruskan anak dan rumah pada awal pagi untuk hari pertama, biasalah huru-hara. Mencari barang yang diperlukan dalam suasana kelam-kabut dan tidak dijumpai, itu biasa. 1st day Adli, tidak mengapalah tidak bersongkok, awak sudah ke sekolah kebangsaan bukan sekolah agama, akan tetapi memikirkan petang nanti dia akan bersekolah agama, alamak! aku  terpaksa mencari juga songkok itu.

Hari pertama Adli ke sesi pagi, Arrizqi dan Auni masih macam tahun lepas, Adli junior tahap dua, Arrizqi senior tahap satu. Keadaan kedua sekolah  pada waktu habis persekolahan sangat sesak, aku perlu ambil Arrizqi balik sekolah agama untuk trip kedua hari ini. Kononnya keluar lambat sedikitlah supaya keadaan sekolah tenang dahulu, baru masuk ambil Arrizqi namun kedegilan mengatasi segalanya apabila melihat Arrizqi sudah pun keluar dari kelas, aku memandu masuk macam biasa, tengok segala cermin yang ada. Tepi depan belakang, kenderaan sebelah kiri. Namun, kun fayakun- apabila Allah swt kata jadilah sesuatu, maka jadilah. Aku menghentikan kereta sebelah kiri apabila cermin tempat duduk aku di ketuk, Arrizqi sudah  pun melompat naik dari sebelah kiri.
"Sya, hang sagat reta oghang naaa..." maklong bersuara kuat memberitahu apa yang terjadi.
"hah! ye ke maklong. Alaaa kereta apa?" aku jengah cermin pandang belakang dan sisi sebelah Arrizqi. Nampak seseorang sedang membelek bumper depan keretanya. Aku hendak berhenti turun namun kereta belakang sudah menunggu.
"Sya tak dengaq bunyi kaaa? tak perasan?" tanya maklong lagi.
"takde pun, ada dengar tapi ingat takde apalah." 
"cer tengok reta sya, calar dah tu." 
"kejap maklong kita nak parking, tengok depan ni sesak. Kereta belakang dah tunggu."
"haaa tu la." maklong tinggalkan aku dan aku mencari parking dengan hati jantung semua rasa nak tercabut. Aduhai.

Sebaik aku meletak kereta, aku dapati kereta yang menyagat dan tersagat tadi sudah tiada, eh? dia sudah balik. Aku hendak minta maaf pasal aku tidak sengaja menyagat keretanya. Aku beritahu maklong semula. Maklong kata mungkin keretanya tidak ada apa-apa masalah, tu yang dia tidak tunggu aku. Jika keretanya ada problem, mesti dia tunggu. Alahaaai, aku pula kena menjawab dengan tuan asben nanti, huaaaaaaaaa! I hate 1st day school, haaa tetiber! Aku balik rumah dengan hati tidak keruan dengan rasa bersalah yang menghantui. Aku menghantar dan mengambil daktiga macam biasa, waktu petang aku nampak kereta yang sama namun ia sedang bergerak atas jalan raya, aku juga masih dalam kereta. KakWan kata, takpe Sya kereta tu keras, tahan. Tahan pun rasa bersalah tetap ada. Esok aku  cuba cari empunya kereta tersebut, minta maaf. InsyaaALLAH.



Love. Heart and Soul.

Esoknya tiba, siap aku dengan coklat dan nota minta maaf, aku salah-aku salah ye aku bersalah. Tak apalah, minta maaf sahaja. Kena marah  pun tahan sahaja, kita sebar benda positif kan. Aku keluar awal dan mendapati kereta semalam tiada. Eh! hrmmm takpe, aku tunggu. Tunggu-tunggu, kereta tersebut parking agak luar sedikit disebabkan aku dihalangi  hilux yang besar ini aku tidak perasan pemandunya yang mana satu. Menjengah ke dalam, empunyanya sudah turun, macam mana ni? Ok tidak mengapa, mari kita menunggu lagi. Habis kosong satu sekolah, pemandunya tidak juga muncul di kereta. Alahaaaiii macam mana ni? Arrizqi sudah pun merengek hendak balik rumah. 
"umi letak je la coklat atas kereta dia tu," kata Arrizqi.
"saya  nak jumpa drivernya tu."
"saya nak balikla umi." rengek Arrizqi dan aku menyuruh  dia meletakkan coklat minta maaf atas kereta tersebut lalu kami balik terus ke rumah dengan harapan selesailah segalanya tanpa prejudis. Doakan ye. 
meminta maaf tidaklah bermakna kau salah dan orang lain betul. meminta maaf bererti kau lebih menghargai hubungan lebih dari ego kau.

Sekian kejadian. Semoga Syasya lebih berhati-hati dan alert dengan keadaan sekeliling serta situasi. InsyaaALLAH!

Saturday, 6 March 2021

Ke SPA Nur Jannah bersama kakak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Yeay! akhirnya masa yang dinanti tiba jua, nervesnya ya Allahuakbar! benda yang pertama kali hendak dibuat ni selalunya bisa boleh buat nafas tersekat. Dua hari sebelum hari ini, aku sudah meminta tuan asben untuk menghantar aku ke rumah kakak. Ahaaa, kakak mana lagi. Kakakku nan seorang itulah satu-satunya. Kali pertama aku hendak jejakkan tayar keretaku di rumahnya, ehehe! Alhamdulillah, tuan asben sudi hantar tapi location yang kakak hantar ni sangat susah untuk aku hadam (ㅠㅠ!)
"ikut jalan depan senang sikit!" kata tuan asben. 
"ikut jalan depan senang tapi jauh!" kata kakak pula sebaik aku sudah dalam keretanya, ㅋㅋㅋㅋㅋ! Syasya memang ada masalah membaca peta, geografi gagal.

Jumpa kakak sahaja sudah ketawa, Allahuakbar! sudah lama betul merancang hendak dating hang-out berdua, today is the day itu pun terisi dengan pergi memanjakan diri terlebih dahulu. Aku berterima kasih sangat dengan kakak, dia sediakan semua temujanji dan tempahan ke SPA Nur Jannah yang terletak tidak jauh daripada rumahnya. Kakak pun rujuk waze sama hebat dengan tuan asben.

Kami sampai awal, memikirkan bakal menghabiskan masa lebih kurang dua jam nanti kami ambil sarapan lebih dahulu. Kakak dengan aku tidak banyak beza selera sangat, kebanyakan selera, pendapat dan idea selalunya sama. Macam hari ni sahaja, kakak setia dengan biru, aku setia dengan hijau. Kakak dengan botol air biru begitu juga dengan aku, botol air hijau. Kami sama-sama tidak banyak kerenah dan tidak banyak hal. Hendak ke restoran berdekatan, tiada. Hanya gerai nasi lemak sahaja yang ada. Kami hendak makan dalam kereta, asalkan boleh. Turun kereta pun ketawa, ada-ada sahaja. Sampai gerai kena halau pula. Bukan apa, nasi lemak dah habis. Bubar!

Kami ke gerai kedua, jauh sedikit. Walaupun jauh, tetap berjalan sebagai senaman pagi kononnya, walhal mata sudah tertancap dengan papan tanda MR DIY dengan pintunya masih belum buka. Awal pagi katakan! Kakak, hendak ke gerai nasi lemak pun cantik. Menyampah betul! tapi sayang sangat!

Kami makan sebungkus seorang mihun goreng, sama sebab bila melihat menunya tadi, itu sahaja yang nampak menarik dan kurang berminyak. Kami agak menjaga pemakanan, cewah! ngam-ngam habis makan waktu temujanji sudah hampir. Aku fikir pintu spa tu yang besar di bawah, rupanya spa terletak di tingkat atas. Kami perlu mendaki tangga selepas habiskan sebungkus mihun goreng. Uuuuwarghhh! mengah. Ok, keluarkan handphone, pengalaman pertama perlukan video. 2 in 1, nak scan My Sejahtera pun ye juga, tapi berpusing cari QR Code, owh! memang tiada. Just kena tulis sahaja. Sedang tergelak kami disergah dipintu dengan orang memberi salam daripada dalam. Eh jap, bukan kami yang mendatang ke patut memberi salam, hahaaa. Staff comel hendak scan suhu.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam SPA Nur Jannah, waaah! inilah spa yang sudah lama benar ingin pergi. Tapiii, kami dikejutkan lagi dengan arahan staff.
"seorang ke sauna di sana, seorang lagi urutan di sini" kami berdua tergelak.
"eh? laaa... asing ke?" tanya kakak spontan. 
"ya lah kakak, seorang demi seorang" terang staff yang kedua agak berisi sedikit badannya dengan peramah. Kedua staff Nur Jannah sangat peramah. Rasa macam sudah regular customer sahaja walhal kali pertama. Kami tergelak lagi kerana tersalah merencana. Dalam fikiran sudah tentulah, duduk di mesen keluar kepala sahaja dan bergosip, Allah swt tu kan maha melindungi dan mengetahui, tidak memberi kami peluang berbuat demikian, hihiii. Bergosip tu kan tidak baik! Hendak bayang sauna ala Korean tu, memang tidaklah. Kami berpisah di tengah ruang pendaftaran, kakak ke kiri aku ke kanan. 
"eonnie, najunge bwayo" aku berbalas lambaian dengan kakak sambil menurut kedua staff tadi.

Pengalaman pertama kali masuk bilik sauna, omooo "musowoyooo!" (menyeramkan) bukan dalam mesen kuar kepala tu ye, no! ini adalah sebuah almari kecil disebelah almari pakaian dalam sebuah bilik. Haaaa sama besarnya cuma bersuhu panas. Bahang dia, boleh mendatangkan panik jika tidak sabar. Masa berlalu, makin suhu meningkat from 37 to 48 darjah celcius. Panas, garing tapi tak boleh hendak lari pintu autolock. Tangan aku meraba suis lampu, mencari cahaya. Rasa hendak nangis pun ada. Habis semua poster dan majalah ku selak. Tak boleh fokus dek suhu panas membahang. Uiiii, panas donia panas sauna, panas lagi api neraka, aku bayangkan itu sahaja. Suku masa pertama, memang kepala fikir yang bukan-bukan sehingga aku ternampak detik masa mengundur, alhamdulillah. Tidak sabar hendak menunggu masa tu ke zero. Staff datang bertanya khabar di 10minit terakhir. Lubang cermin tu kecil sangat.

Peluh usah dikata, memang menitik seluruh badan, bagaikan sudah berlari selama 15minit (haaa ni sempat aku baca kat dinding bilik sauna). Selesai sauna, mandi. Fuh! nyamaaan weih mandi kat spa. Selesai mandi bawa segala barang bertukar bilik dengan kakak. Kakak masih lagi berurut. Wah! boleh layan tidur ni, dengan suasana yang memang spa, musiknya, harumannya, cahaya lampunya. Indah!

Aku jarang boleh tidur di tempat asing selain tilam bilik di rumah, berserah diri diurut. Berangin seluruh badan. Angin aku semua pergi pada staff bernama Ain tu, muda lagi 22 tahun umurnya. Lembut je melayan daripada mula sampai hampir habis treatment. Sedapnya diurut satu badan, setelah hampir 9 tahun tidak diurut. Berbuku-buku urat sekian lama berkerja tanpa rehat yang betul.

Selesai berurut, aku bersiap menunggu kakak sambil menghirup teh halia. Owh! sedap juga teh halia, boleh buat rutin harian ni, hehe. Selesai membuat bayaran, bergambar untuk kenangan, bergurau dan jika ada rezeki kami akan datang lagi. Sekian sahaja aktiviti kami berdua untuk hari ini, kakak terima kasih untuk segalanya. Jangan serik berkawan dengan kita ye. Alhamdulillah syukur!

Bersambung ke entry berikutnya, kami making sweet memories.




MAKE A DATE WITH YOURSELF,
RECHARGE. REFOCUS. RELAX