Monday, 25 January 2021

Bila parent ke sekolah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Mula-mula dapat maklumat hanya parent sahaja yang perlu mematuhi prosedur memulangkan buku teks anak, aku oke je. Tapi bila masa dekat dengan hari kejadian, aku rasa macam gelihati pun ada. Parent kena beratur, ikut SOP masuk sekolah. Rasa macam, back to school balik semula. Zaman sekolah dedulu, hehe.

Aku tidak cukup tidur akibat menonton drama sampai larut malam, then bangun awal pula sebab bersahur maka paginya, mulalah badan rasa macam tidak boleh control. Aku memang tidak boleh langsung tidak cukup tidur sekarang ini, faktor kesihatan dan faktor umur sungguhlah! aku gagah juga cover mata tidak cukup tidur, iyalah sudahlah separuh muka kena tutup maka tinggal mata sahajalah yang boleh dikenali cikgu dan kawan-kawan nanti.

Sebenarnya, aku agak teruja juga, dapat keluar rumah, dapat jumpa kak Su, setelah lama sangat berkurung dek PKP ni, boleh kena gangguan mental dibuatnya asyik sedut udara dalam rumah ja, rindu hendak sedut udara kenduri kawen, kedai makan, padang dan shopping mall- hehe! argh... kobid ni! so dek sudah lama sangat tidak ke sekolah, tetiba pula aku terasa hendak menangis, rasa macam hendak pitam pun ada. Nerves tu tak payah cakap la, entah berapa kali keluar masuk tandas hendak menyampaikan waktu memanaskan enjin kereta. Resah betul.

Aku whatsapp dengan Sha'adah, I need her right now. She calm me as always, haih. It's just school Syasya, you can! Just take a deep breathe, keep calm. Kak Su ada nanti. Aku tinggalkan rumah dengan berat perasaan, libang libu. Entah apa yang kepala aku fikir susah-susah sangat, serabut. Aku meletak kereta bersebelahan kereta Linda, jengah ke dalamnya, tidak ada orang. Aku menunggu dalam kereta sahaja, kak Su lambat sedikit. Linda muncul dalam whatsapp, pantang teringat lekas sahaja capaian instinct tu sampai, dia bertanya aku di mana. Linda sedang beratur menunggu giliran untuk masuk sekolah. 

Tidak lama aku nampak motor kak Su lalu and aku berdoa banyak agar mudah urusan aku hari ini. Mengunci kereta, menjinjit 16buah buku teks Auni untuk dipulangkan dan mendapat yang tahun ini punya. Sedikit kuat suara aku menegur kak Su yang baru turun motorsikal. Memasing dah macam ninja, kena guna loud speaker sikit. Kami beratur, sempat aku menegur Liza yang sudah selesai urusannya. Walaupun bertopeng separuh muka, aku masih menegur jika kenal. Argh! lupa bahawa azam tahun ini hendak jadi pendiam. 

Berborak dengan kak Su macam biasa, dia di hadapan aku tah macam mana aku boleh masuk dulu pula, hahahaaa. Alhamdulillah mudah sahaja urusannya, berkenalan dengan guru kelas 2021 Auni yang sedikit tegas dan mengambil tugasan untuk PdPR dipondok pengawal. Sambil berjalan sambil masukkan buku teks ke dalam beg, Syasya dia memang ikut-dan saja. 

"anak kelas apa?" tanya pengawal menjaga kotak tugasan.
"6 Sinar" aku menjawab sambil mengorek pen dalam beg.
"ambik situ, tandatangan sini, buku sudah beli?" tanyanya lagi.
"aiii hari tu kan kita dah jumpa, beli buku." pengawal berbangsa India bertubuh besar, berkulit gelap itu memandang aku yang sedang menulis, atas bawah. Lama.
"buku boleh beli online, ooo kakak. u pakai mask I sudah tidak cam." pengawal tu lagi, hahahaaa... 
"aduhaiii, takpe nanti kita jumpa lagi. Terima kasih." aku tinggalkan pondok pengawal dan menunggu kak Su di luar pagar. Pengawal keselamatan itu memang sudah kenal aku sebenarnya, dia yang menjaga Adli dan Auni masa Arrizqi bersekolah jauh darjah satu lepas, tambahan pula dia kenal sangat dengan kereta kelisa tuan asben. Rare.



Kak Su keluar dan kami berpamitan untuk kali terakhir, hendak mengopi pun tidak boleh. Jadi hye-hye-bye-bye sahajalah. Alhamdulillah. Aku singgah ke kedai untuk membeli barang keperluan dapur, menghantar tart pesanan kak Miza dan balik ke rumah. Selesai tugasan hari ini, syukur.

2 comments:

Ako Retna said...

Darjah 6 dah si auni ye...
Ya allah besar dah anak dara sorang tu ye...

ch@ said...

kak Retna: darjah 6, dekat nak sama tinggi ngn mak dia.