Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Tajuk dua kali, hari ni tired benar. Dua hari lepas buku teks Auni, kali ini turn Adli. Halaaa Syasya, jenuh mikir outfit, sudah sedia malam tadi tapi lain pula yang diselongkar pada pagi ini. Hari ini banyak agenda meskipun dalam tempoh PKP. Bersiap awal lagi pagi ini sambil memikir siapa pula hendak ku ajak wefie hari ni, hehe. Ada, Linda.
Aku sampai di sekolah lebih dahulu dan menunggu dia. Hari ni beratur panjang tidak seperti sebelum ni. Mungkin kebanyakan parent mempunyai tugas lain, makanya mereka get ready selesaikan penyerahan buku teks anak-anak pada sebelah pagi, aku memang suka urusan awal-awal. Sekejap lagi bolehlah aku merayau sementara boleh keluar.
Kelas google meet Auni dan Adli terpaksa tinggal, phone aku bawa bersama. Tidak mengapa, balik nanti aku catch-up kan tugasan mereka semula. Berborak macam biasa, jaga jarak, wefie tetaplah- steady. Menunggu giliran belakang Linda, masuk dengan dia sekali dan berjumpa dengan guru kelas Adli. Aku masih belum dapat terima si Adli ni sudah masuk tahap dua, rasanya masih baru dia berada dalam darjah tiga. Selesai memulangkan buku tahun tiga, aku mengisi borang penerimaan buku teks tahun empat pula. Mengisi borang sambil berdiri menunggu giliran.
Aku menghampiri meja guru kelas Adli sambil memberi salam, owh... ini guru kelas Auni sebelum ini.
"emak Auni." katanya.
"ingat lagi ustazah, tapi kali ini adiknya pula Adli."
"nombor puan, masih ada lagi saya simpan. Saya memang suka membebel dalam whatsapp." hehe. Ustazah ini menjadikan aku tidak kekok untuk berbual. Aku membantunya mengira buku teks, mengisi borang lagi, dan berbual tentang satu dua perkara tentang pelajaran dan pembelajaran. InsyaaALLAH sama-sama kita harungi musibah ini dengan kental dan tabah.
Usai urusan, aku kembali ke luar pagar, mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan yang memang sudah biasa sangat nampak muka aku. Mendapatkan Linda yang sedang menunggu di tempat menunggu bas, kami bergagasan ke kereta masing-masing. Berpamitan dan memandu pulang meninggalkan ke sekolah. Berjanji akan ketemu semula minggu hadapan, jika ada rezeki.
Sebelum pulang, aku singgah di Elews Mart membeli sedikit keperluan untuk daktiga. Sejak membesar dengan jayanya ni, mulut perut memasing bagai tidak dapat di control. Makan sahaja.
Kami berkawan daripada anak pertama bersekolah tabika, sekarang mereka sudah 12tahun. |
Petang, Hani hantar frozen koci dan cho badak. Kak Maria juga datang menghantar coklat yang aku pesan. Tidak lupa semalam, Khaida datang hantar pop-corn. Alhamdulillah, syukur rahmat Allah swt. Aku masih ada satu hari lagi untuk berurusan dengan sekolah, menghantar buku Arrizqi pula. Oh my!
Aku suka sangat quote ni:
Rezeki itu milik Allah swt, semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain,
InsyaaAllah, Dia akan memudahkan lagi rezeki kita.
No comments:
Post a Comment