Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Haaa, dah macam trilogi pula tajuk tu. Anak tiga, tetiga berlainan hari dan berlainan kejadian. Malam tadi aku sudah start susah hati, kepala mula hendak overthinking. Esok, esok aku tidak ada geng hendak wefie, means tiada kawan hendak berborak. Hendak menunggu esok, kepala otak aku sudah berselirat. Aku whatsapp Sha'adah, kakak, Khaida dan Sha untuk dapatkan kekuatan. Berdoa agar perjalanan tugasan aku berjalan dengan lancar pada keesokkan hari.
Awal pagi aku sudah bersiap, jap 8.15pagi aku sudah bergerak untuk menghantar buku teks Arrizqi, buku tahun dua dan terima buku tahun tiga. Hari ini aku tidak berhasrat untuk merewang jauh sebab aku akan jumpa Khaida petang nanti. Aku parking kereta bersebelahan pagar kedua sekolah sahaja, barisan parent sudah pun panjang. Disebabkan dikelilingi dengan orang yang tidak aku kenali dan tidak peramah, tambah aku juga malas hendak beramah mesra hari ini, makanya aku main TownShip saja. Urusan sangat mudah pada hari ini, menunggu pun tidaklah lama.
"kakak lagi? hari-hari jumpa kakak." kata pengawal yang sedang menjaga pintu pagar. Ye, pengawal biasa tu la, yang bertubuh besar dan berkulit gelap. Dia yang biasa rajin benar menegur aku, hahaaa...
"nak buat macam mana." aku menjawab sambil menyambung bermain game, tidak berhasrat untuk memanjangkan perbualan.
Hari ini tiada tulis nama di meja, terus sahaja dipanggil masuk untuk pulangkan buku dan mengambil borang, sudah tiga kali aku menulis di borang yang sama tetapi berlainan nama pemilik buku. Famous sudah tulisan tangan emak ni di sekolah. Melihat kelas semasa Arrizqi kosong, aku gegas sahaja mendapatkan guru kelasnya. Owh! ini teacher BI Arrizqi tahun lepas, jadi guru kelas pula pada tahun ini.
"good morning teacher!" sapa aku beramah pada awal pagi begini. Lama betul tak wish sejahtera dengan cikgu kan? zaman sekolah dah lama berlalu.
"ye good morning puan, nanti sekejap. Ini emak atau kakak?" tanyanya.
"emakla." aku menjawab dengan tangan masih sibuk menulis borang lagi. Guru kelas meja sebelah sudah melirik sama. Aduh!
"saya pun dah pening dengan sistem tu, kenapa nama dia tidak ada. Tak apa, nanti saya minta boss buatkan. Jika ada apa-apa saya inform puan." ini hal disebabkan nama Arrizqi tidak muncul dalam sistem sekolah sebagaimana sekelompok dengan Adli dan Auni.
"baiklah, jika ada apa-apa teacher info je la saya, thank you teacher." aku terus menonong balik, berterima kasih pada pak gard.
Melihatkan gerai nasi lemak singgit Arrizqi ada buka, aku singgah sebentar dan ke rumah kak Maria untuk mengambil stok coklat kiriman pelanggan. Sampai rumah, macam biasa berlengas dengan kerja rumah dan memantau daktiga dengan kerja sekolah mereka. Siap aku masak tengah hari, Khaida call mengajak aku temankan dia mengisi minyak kereta. love you Khaida.
Elok tn asben ke tempat kerja, Khaida sampai. Kami keluar untuk mengambil barang-barang dagangan dan diagih kepada pelanggan setia, hahahahaaaa! Kelakar, sempat pula singgah beli takoyaki, walhal tempat duduk belakang kereta sudah penuh dengan makanan. Alhamdulillah! bercerita dengan Khaida tanpa berkesudahan. Dia menghantar aku balik, dia ke sekolahnya semula. Alhamdulillah. Selesai tugasan hari Jumaat yang berkat ini, semoga semuanya baik-baik sahaja menjelang esok hari dan hari seterusnya. Thank you Khaida! LOΛE.
clingy girlfren, thank you darling! |
dah tak clingy, seorang darjah 3 seorang darjah 4. |
Cari kawan biar macam cermin,
kita gembira, dia pun gembira,
kita sedih, dia pun sedih,
jangan cari macam duit syiling,
depan lain belakang lain.
6 comments:
Ooo dl bc drg x dpt sek yg sama.. Kali ni semua dah satu sekolah ye? Alhamdulilah..
kak retna: sekejap je x satu sekolah tu, tak boleh lama-lama berpisah. penat nak menjawab persoalan.
Waa dah sek dah anak ko Cha hehehe cepat masa berlalu yaa..
sis lin: ahaks, ye la sis. sudah nak skolah menengah pun.
sempat beli takoyaki ye hehe
syaz rahim: sempat, gerai tako sehala je jln kuar masuk rumah, hehe.
Post a Comment