Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Berhempas pulas mengerjakan carta organisasi, terima kasih tidak ada, ada sahaja yang minta menambah itu dan ini. Lemas aku dibuatnya. marilah lari sekejap ikut tuan asben pergi sunatkan Adli dan Arrizqi, today is D'Day setelah hanya aku seorang yang menghitung hari dan rasa gementar yang over. Baru sahaja tuan asben buat tempahan, aku punya pemikiran entah sampai ke mana, berserabut di tambah lagi dengan ragam manusia yang pepelik menjadikan aku, let's it go.
Awal pagi aku sudah bangun, mengerjakan rumah macam biasa, tidak sempat breakfast sebab temujanji sebelum jam 10am nanti. Tuan asben, Adli dan Arrizqi juga telah bangun dan mula bersiap. Aku menyiapkan milo dan kopi (rasa teringin sangat) cabut naik atas dan bersiap. Pilih-pilih baju beria, iron tudung dua kali sebab tidak jadi, hrmmm pipi aku naik lagi la nampaknya ni. Selesai aku bersiap, mereka bertiga sudah pun ready dalam kereta, amboi bersemangat sangat aku pula yang mula rasa hendak memerut la, hendak terkucil la, over.
Kami sampai betul-betul jam 10am tepat, hahaaa rezeki hari ini dapat parking petak pertama betul depan PMC. Masing-masing, mengenakan topeng muka dan ready to go. Tuan asben bertanya sama ada aku hendak ikut sekali atau di dalam kereta sahaja, tidak mahu ikut, nerves! Aku lebih suka di dalam kereta sahaja, mereka bertiga pergian. Ooohooo, aku sangat cuak benda-benda begini. Sebenarnya aku tidak berhasrat mahu ikut, tuan asben ajak pergi bersama juga maka kurela saja bila part berjalan.
Tuan asben temankan dorang berdua, menunggulah aku dengan perut berkeroncong sambil berbalas whatsapp, makin lama makin berkeroncong pula perutku ini, baru berhasrat hendak turun berjalan, aku teringat video klip kes ragut bermotor, berkereta, berjalan, menjadikan aku seram. But my perut, arghhh! aku tanya tuan asben lagi sekali, Arrizqi baru sahaja dipanggil masuk. Hrmmm, ku batalkan hasrat dan menunggu lagi, sehingga dapat whatsapp menyuruh aku mengalih kereta berhadapan dengan pintu masuk, haaa berguna juga aku rupanya.
Sementara Arrizqi masuk kereta, aku menunggu Adli pula, terharu bila pengawal dipintu membukakan pintu untuk kesayangan-kesayanganku ini. Aku mengalih kereta semula kerana rasa tidak patut pula menunggu tuan asben yang belum habis urusannya. Mengacu kereta ke parking elok, perbualan bersama Arrizqi tadi bersambung semula,
"doktor kata, kena banyak makan sayur, kena makan buah, kena makan ubat, makan nasi sup macam umi kata tu." that's my Arrizqi. Aku tanya lagi, doktor baik ea?
"best juga doktor tu, takla takut sangat." alhamdulillah, Adli sudah senyap sahaja. Menghadam suasana barangkali, aku menjangkakan dia menangis, rupanya tidak.
Kitorang singgah isi minyak kereta dan balik rumah. Kisah bermula. Masuk-masuk sahaja aku gegas mengemas hall, dan tuan asben membentang tilam, serta menyelaras tempat untuk dakberdua tu port, depan TV. Sebaik siap, dia ke dapur dan keluar dengan dua biji mangkuk hijau. Aku terpinga...
"nah hadiah, mangkuk ni untuk bila rasa sakit ketuk lutut kuat-kuat, nanti kurang sikit sakit tu." siap tunjuk demo pada dakberdua. Aku yang belum habis membersih, berhenti kejap dalam hati 'siyes la ayang?' muka dakberdua tu jangan kata la, dalam hati 'biar betul abi aku ni?'. Di update pula dalam whatsapp group family aku. Terburai ketawa mama dengan adik yang sedang dengan nasihat dan gurauan. Sepatutnya, kami buat di Johor cuti sekolah akhir tahun kan? rutin aku di Johor biasanya, namun tidak pada tahun ini.
Aku tinggalkan dorang bagi rest dan menyambung kerja rumah- tak habis-habis. Hari ini, abi order pizza hut atas permintaan dakberdua, entah selera entah tidak hendak telan, cuba sahajalah. Hari ini saja, esok lusa aku masaklah. Ok je, deberdua oke, makan ubat pun oke, mandi oke, siap pakej main game dah pun. Aku pula naik hairan, dorang ni bersunat ketidak. Arrizqi siap request hendak makan ubat.
Sedang berehat, elok pula jiran datang hantar kek. Aduhaiii dugaan! Mujurnya dakberdua ni memang tidak gemar sangat dengan kek. Jadi, depa ignore sahajalah, rasa hendak buat lempeng pisanglah esok since tuan asben ada beli pisang selepas dia berbasikal tadi. Dakdua tu pun sudah tidur, semoga mereka tidak melasak dan lupa mereka bersunat, hehehe. Sekian untuk hari ini, daaa.
selepas berkhatan. |
sebelum berkhatan. |
kisah tempurung, hahahaaa! |
"Jika kita tidak mampu tolong seseorang sekurang-kurangnya jangan susahkan dia."