Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Ahaks, cakaplah apapun aku is takde hal, umur-umur sekarang ni, malas sudah hendak ambil pusing cakap-cakap orang lain, biarlah depa hendak kata apapun, dorang punya mulut. Aku tetap aku. Pusing-pusing hanya beberapa kerat je kawan yang aku boleh hangout dan masuk air.
One day, aku orderkan kek marble jelita untuk kak Miza dan kak Su yang seperti biasa membuatnya kak Ziela. Bila dah siap, kak Ziela yang biasa aku panggil dengan panggilan penuh 'kakak' mengajak aku mengopi sambil bergosip. Dengan spontan perjanjian aci redah jam 8am. Huarrrgh! get ready to wake-up early la gamaknya.
So project on, jam 6.30am aku bangkit macam biasa waktu cuti, jika waktu sekolah aku akan bangun lebih awal. Selesai bersiap hampir sahaja kepada pintu aku di tanya tuan asben.
"balik pukul berapa?" ahaaa aku mula rasa hendak mendidih. Pantang betul jika aku hendak keluar, ada sahaja benda yang mengacau hati aku sehingga rasa tidak tenteram. Bengang!
"hrmmm, kita belum keluar lagi sudah ditanya baliknya. Sampai hati betul. Ye, kita tak jadilah hendak balik lambat. Lepas jumpa member nanti kita balikla."
"abi hendak pergi Sabak Bernam." aku mula rasa mendidih.
"ye la, pergila kejap lagi kita balik." aku sudah mula merajuk.
"takpela, keluarlah. Takpe-takpe." tuan asben mula berbolak balik.
"tak payah la, dah tak seronok pun, perasaan tu dah tak sama." aku terus tutup pintu start enjin kereta dan berlalu pergi. Kang lagi lama, lagi tak boleh kontrol kepala otak aku ni.
Sementara tunggu kakak tiba, aku menaip menyusun ayat balik semula, menghantar kepada tuan asben. Memandangkan rancangan tidak dijangka, aku menaipnya baik-baik. Setelah dapat balasan aku mengalihkan kereta bersebelahan dengan kereta kakak. Kereta kami besar gedabak, kena parking elok-elok. Kakak turun dengan selipar Jepun dan palazo. That's my sister. Kami ke kedai makan Che Bunga. Normal baru, berface-mask, mengisi buku laporan dan scan suhu sebelum masuk untuk makan.
Pagi-pagi pekena roti canai sarang burung, nasi lemak dan teh ais madu. Alhamdulillah, rezeki kakak kali ini, aku bayar. Apa adahal! Kami berbual dan ketawa daripada Che Bunga lengang sampai menjadi sesak. Melihat jam hampir ke angka 9pagi dan makanan di tapau juga sudah ready, kami berangkat pulang. Aku sempat singgah di kedai untuk membeli keperluan masak tengah hari nanti. Anak-anak ramai menunggu di rumah tu, tuan asben pula akan keluar sebaik sahaja aku tiba di rumah. Memang tidak beri peluang langsung untuk aku keluar berlama-lama. Aku jadi geram pula, hahaaa.
Memang elok aku sampai tuan asben sedang berjalan ke garaj keretanya. Sabar sahajalah! Apapun, sempat aku singgah di rumah kak Miza untuk menghantar kek yang dia tempah. Alhamdulillah selesai urusan untuk hari ini, lain kali kita lepak lagi kakak! mudah-mudahan.
biar tudung senget janji perut kenyang, haha!
Petangnya, kak Su pula datang ambil kek di rumah aku. Sampai juga dia di rumah aku yang nun jauh di pedalaman, hahaaa. Yang lagi bestnya, aku juga baru dapat tahu bahawa rumah kak Su sangat berdekatan dengan rumah kak Conie, malah simpang tempat aku ambil dan hantar kak Conie bila hang-out merupakan simpang utama untuk ke rumah kak Su, ya Allah! kami sungguh berjodoh untuk bersahabat. Syukur!
True friends are always together in spirit.
1 comment:
Adoi.. emmang panas bila belum keluar dah ditanya bliknya bila.. hahaha.. sabar jelah..
Kenapa tak dibubuh gambar roti sarang burung tu.. hehehe..
Post a Comment