Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Sudah menjadi tabiat bangun awal setiap hari walaupun pada hujung minggu pada tahun 2020 ini, aku cuba mengatur peraturan kehidupan dengan lebih baik. Jadi, macam biasa, selesai bersiap sebaik dua rakaat Dhuha, dapur dahulu akan dituju untuk make own breakfast sambil buka planner, susun jadual dan ke dapur lagi balik semula, hahaaa. Menu hari ini ialah roti sardin goreng tepung. Aku suka sangat roti kapit sardin ni, kapit ke, roll ke, asalkan intinya sardin atau sambal tumis bilis, aku suka. Buku resipi atas kabinet aku selak untuk mencari tepung bancuhan pisang goreng, tak jumpa. Handphone jadi mangsa, Google la kitaaa.
Sedap sibuk bersilat di dapur, tuan asben masuk dapur mengerjakan telur stengah masaknya,
"nak gi OU tak? taknak takpe, abi pergi seorang, kejap je". Eh! pelawaan jangan ditolak, rugi.
"jom, kejap setelkan dapur dulu". aku pun bersilat lagi, menyiapkan daktiga- menitip pesanan-pesanan sebelum keluar rumah. Aku berisiap dahulu macam biasa, baju sudah satu almari pun, masih pening lagi. Acu coba- acu coba, hendak pergi dating weih! macam dolu-dolu, haaa sweet tak?
Tuan asben bawa kelisa, menambah rasa kenastolgiaan zaman bercinta gitu, jika dahulu menunggu aku turun daripada rumah sewa, tapi sekarang menunggu aku di depan pintu pagar rumah kami berdua- ouch! baru bergerak aku tertinggal mask, maka berpatah pulang semula sambil digelakkan daktiga menyatakan aku cepat sangat balik, haha!
Jalan ke One Utama sudah mula sibuk, walaupun hanya beberapa kilometer daripada rumah namun aku masih belum pernah pergi sendirian, bukan tidak boleh, boleh cuma aku tidak suka untuk mencari parking. Kelemahan aku lagi ialah aku akan lupa dimana kereta aku diparking. Pergilah berapa kali pun, aku tetap tidak akan ingat. Kami berpimpin tangan, macam dolu-dolu, berjalan mengukur sekitar OU sambil mencari outlet UMobile, turun naik even sudah melihat peta. Pengunjung semakin ramai, sehingga aku sendiri yang jumpa. Norma baru, beratur dan sila check-in di My Sejahtera. Aku hanya menunggu di luar sahaja kerana hanya seorang sahaja yang dibenarkan berurusan, melihatkan aku yang kebosanan berdiri, pengawal keselamatan menawarkan aku kerusi untuk duduk, alahaiii baiknya.
Aku menolak sambil berbual dengannya, bukan aku tidak biasa menunggu, oke sahaja. Perbualan berakhir sebaik sahaja tuan asben selesai berurusan. Aku mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan UMobile tadi dan kembali mengukur OU mencari outlet Celcom pula. Lengang sahaja di outlet Celcom- Check-in. Aku melilau di dalam outlet sambil membelek Note4 kesayangan, dekat lima tahun juga aku dengan Note4 ni. Tuan asben memanggil aku, bertanya sama ada aku mahu Oppo atau Samsung. Jap-jap-jap ini untuk apa? untuk siapa? sempena apa? apa benda? aku is confused.
"untuk you la, you hendak yang mana satu?" waaah! aku tidak minta oke, aku berbelah bahagi.
"sama je function dedua". Tuan asben terus memberi keterangan. Hendak lekas habis urusan sebenarnya.
"Samsungla, Oppo tak biasa. Warna putih tu". Aku menjawab dengan tidak sepenuh hati, bukan tidak suka, tapi aku baru sahaja membuat costum casing baru untuk Note4. Aku baru sahaja menukar screen protector untuk Note4 malah aku membeli 3 warna berbeza untuk backcasing Note4, huaaaarghh! menukar yang baru bermakna aku perlu menempah semula costum casing. Nangis!
Urusan selesai, aku bertanya lagi tuan asben memberi aku handphone sempena apa. Anniversary sudah lepas malah ulangtahun aku lagi sudah lama berlalu. He just say, saja-saja. Hrmmm... selesai mendapat handphone baru, kami menuju parking kereta. Hendak shopping apa, hati sudah teruja hendak menukar handphone. Macam tidak mahu, tapi mahu. Bila lagi! hihiii. Tuan asben membawa aku ke Kedai Ustaz (UTZShop) di Damansara untuk mencari casing dan memasang screen protector A11, the new one. Yeay! Beli jugalah, sementara menunggu untuk menempah yang baru, I need my vitamin- Nu'est casing.
After shopping-shopping, manja-manja, marilah menuju jalan pulang. Anak-anak menanti di rumah, setelah berpusing-pusing sampai aku sendiri pun taktau mahu beli apa kami balik sahaja, menu makan malam pada hari tersebut tuan asben delivery KFC sahaja, syukur alhamdulillah. Selesai berdating-datingan pada kali ini. Ihiks! simpan sini buat kenangan, hehe!
Terima kasih menghadiahkan handphone baru, yes aku tak expected langsung pun, habis semua fail aku kena delete, aku pun memang sudah malas hendak menyimpan gambar dalam handphone, ada hikmah rupanya. Pening-pening aku hendak delete, dengan rasa tidak sabarnya tuan asben format terus, sekian terima kasih. Goodbye kenangan, bersambung handphone tersebut kepada Auni pula, budak-budak zaman alfa kan, semua dihujung jari sahaja.
uish gigi arnab da nampak tandanya aku happy! wiii...
Rezeki itu adalah ujian,Dimewahkan bukan bererti dimuliakan,Disempitkan bukan bererti dihina,Dua kunci yang membuat kita kuat ialah,BERSABAR dan BERSYUKUR.
5 comments:
Wah.. hp baru... tahniah cha... bila nk update guna gambar dr hp baru?
kak mim: ihik... terima kasih kak mim.
Alhamdulillah.. Itu namanya rezeki..
Kenangan perlu dilepaskan supaya dapat mencipta yang baru..
Suka aktiviti gini.. hehehe..
kak sha: pergi dating, siapa yg tak suka. haha! tul tak kak sha? spend time gittew.
Wettt!!! Wetttt!!
Xoxo
Post a Comment