Monday, 23 January 2017

Memburu waktu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeonghaseyo! School day 2, we call it memburu waktu why?

Pagi yang luar biasa semestinya, maklum la untuk membiasakan waktu baru memerlukan permulaan yang penuh dgn percubaan. Jam sudah ke angka 7pg, Auni telah di leter oleh aku dalam keadaan separuh mamai. Arrizqi yang aku paksa suruh mandi buat muka, argh! aku berasa pagi ini schedule aku bakal huru-hara.  Enjin tobot w aku panaskan dan Arrizqi berlari naik kereta.

Hari sudah bertukar terang, Arrizqi tidak mahu berjalan sebaliknya minta aku dukung, mamat ni kan! Patut aku tinggal sahaja tadi. Disebabkan hari ke dua persekolahan, suasana sekolah bagaikan pesta, ibubapa masih lagi menemani anak masing-masing untuk darjah 1 yang telah disama sesikan semula dengan darjah 2 dan 3 bebanding tahun lepas. Aku juga antara ibu bapa yang menyibuk pada hari ini, bertujuan untuk membayar yuran sekolah agama di mana abi Erwandi tidak berbuat demikian pada hari semalam. Hari semalam aku sibuk uruskan Adli dan Arrizqi di tabika, hal sekolah sya2kids, memang di bawah kawalan emak.

Aku menjeling jam. 7.25pg, guru kelas Auni masih lagi belum berada di kelasnya, kelihatan juga ibu bapa masih memancing mood anak-anak. Aku resah memikirkan perlu balik rumah supaya dapat  menyiapkan Adli dan Arrizqi. Abi Erwandi ku dail, supaya dia boleh menyiapkan Adli dahulu. aku akan uruskan Arrizqi bila balik nanti. Sekali dail - tiada jawapan. Dua kali dail - sama seperti tadi. Dail kali ke tiga, dijawab oleh operator menandakan panggilan tidak dijawab. Sampai hati, aku perlu bertindak juga, jika tidak Arrizqi dan Adli tidak bersekolah pula, baru hari kedua persekolahan.

Aku tinggalkan Auni dahulu, dan balik rumah untuk siapkan brotherhood, hari kedua mood aku tungganglanggang. Bertempur dengan masa bermula, jam 7.35pg aku keluar daripada sekolah Auni. Tobot w aku tinggalkan sahaja di luar, masuk rumah ngam-ngam 7.45pg, macam lipas aku uruskan brotherhood serentak. Adli yang masih lagi tidur aku heret ke bilik air dengan separa sedar dia basah dek air suam. Arrizqi membebel-bebel, "kenapa abang tidak bangun mandi dahulu, kalau tidak kan dah siap". Mengalahkan emak pula.

Arrizqi bersiap sendiri membiarkan aku menguruskan abangnya. Melihatkan Arrizqi yang hanya bertshirt putih dan treksut, Adli yang telah beruniform mintak baju sama dengan adik, argh! buat perangai lagi. Sah-sah uniform adik belum dapat, hendak dan tidak aku tukarkan juga satu set tshirt putih sama dengan Arrizqi. Arrizqi bawakan beg abang ke pintu, siap dengan susunkan kasut supaya mudah dicapai abang. 
"cepatlah abang, jam da nak pukul 8, nanti kita lambat" that's my Arrizqi.
Adli duduk memakai kasut, emak sudah hidupkan enjin tobot W, nampak pula tali seluar Arrizqi warna hitam, dia hendakkan seluar yang sama. Aaarrrghhh! apa kejadahnya pagi ini encik Adli oit! Jam sudah sipi-sipi hendak ke angka 8pg, keluar rumah pun tidak lagi. Arrizqi masuk kereta, aku sibuk dengan Adli lagi, lelah.

Sampai di sekolah brotherhood #sya2bros tepat-tepat jam 8pg, fuh! pening, terus sahaja aku ke sekolah agama Auni semula untuk membayar yuran yang tertangguh. Kembali semula di sekolah agama, suasananya sangat tenang tidak seperti kesibukkan awal pagi tadi. Betul-betul tenang dan hanya kedengaran keriuhan suasana sekolah, rindunya sekolah. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan pada hari ini, semoga sampai petang nanti. Balik daripada sekolah agama, rutin harian bermula macam biasa namun pada minggu pertama ini, aku tidak sempat untuk masak pada sebelah pagi, sekejapan masa berlalu aku perlu keluar untuk mengambil Auni-Thaqif balik daripada sekolah agama, bersiap macam the flash, tiba masa untuk ambil sya2bros. Adeih! Untuk malas berulang alik ke rumah semula, aku terpaksa angkut Auni-Thaqif terus ke sekolah kebangsaan pula. 

Balik hantar mereka berdua barulah dapat menarik nafas lega sedikit, melayan sya2bros. Rindu hendak bergolek-golek dengan Arrizqi, rindu hendak berlawan cakap dengan Arrizqi, tetapi bila Arrizqi balik lepas hug emak, Arrizqi busy hendak main, Arrizqi busy hendak mewarna, Arrizqi kata "rimasla umi, jangan kacau adik" huaaa...
Kadang-kadang, aku tertidur sama-sama dengan sya2bros, kadang-kadang aku dengan drama Korea sya2bros main berdua sahaja. Kadang-kadang lepas aku suapkan mereka makan tengah hari (ini je masa yang ada) mereka terus ketiduran. Sunyi.

Di hujung petang, aku perlu bertempur memburu tempat letak kereta pula, menunggu Auni-Thaqif balik sekolah petang. Mereka perlu di tunggu kerana, sekolah kebangsaan tidak seperti sekolah agama yang jauh daripada jalan besar. Berhadapan dengan jalan besar bermakna risiko nya juga sangat besar. Dua tahun sahaja, sudah 4 hingga 5 kali (termasuk aku kena sekali) kemalangan berlaku di jalan besar depan sekolah, aku ngeri. Maka, biarlah aku tunggu mereka selagi aku terdaya.


Gambo yang tidak ada kena mengena dengan sekolah, so?

Sekian cerita untuk hari kedua, yang siap dikarang selama 2 minggu dan di publish pada jam 2ptg, hahaaa. Hendak tengok my encik rockers: Jung Joon Young kejap. Jumpa lagi entry lain kali... daaa.

5 comments:

eima said...

tudia kalutnya urus2 anak .. hahah
sabar-sabar bila dah biasa nanti semua kembali terkawal ...

puanstoberi said...

rutin seorang pengurus rumah tangga :)

Jue said...

penuh jadual...
yg baca tumpang penat sama

LYAfrina said...

mmg penat bila terkejar camni cha...

lya pom setiap pagi rushing... nk sedaikan bekal semua tu lg.. lg pom skarang rmh jauh drp sek, mmg kna siap awal..bertempur jgk lah... klo tlwat sikit..alamatnya terkandaslah...

ch@ said...

Manja: hari kedua beb, stres jgn kata la...

kekDa, kakJue: ahaaa, sorry kalau tak suka, saje la hendak cerita betapa huru-haranya.

Lya: pagi2 mmg sgt pack, kalo anak2 buat hal, lagiii la...