Monday, 23 January 2017

Memburu waktu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeonghaseyo! School day 2, we call it memburu waktu why?

Pagi yang luar biasa semestinya, maklum la untuk membiasakan waktu baru memerlukan permulaan yang penuh dgn percubaan. Jam sudah ke angka 7pg, Auni telah di leter oleh aku dalam keadaan separuh mamai. Arrizqi yang aku paksa suruh mandi buat muka, argh! aku berasa pagi ini schedule aku bakal huru-hara.  Enjin tobot w aku panaskan dan Arrizqi berlari naik kereta.

Hari sudah bertukar terang, Arrizqi tidak mahu berjalan sebaliknya minta aku dukung, mamat ni kan! Patut aku tinggal sahaja tadi. Disebabkan hari ke dua persekolahan, suasana sekolah bagaikan pesta, ibubapa masih lagi menemani anak masing-masing untuk darjah 1 yang telah disama sesikan semula dengan darjah 2 dan 3 bebanding tahun lepas. Aku juga antara ibu bapa yang menyibuk pada hari ini, bertujuan untuk membayar yuran sekolah agama di mana abi Erwandi tidak berbuat demikian pada hari semalam. Hari semalam aku sibuk uruskan Adli dan Arrizqi di tabika, hal sekolah sya2kids, memang di bawah kawalan emak.

Aku menjeling jam. 7.25pg, guru kelas Auni masih lagi belum berada di kelasnya, kelihatan juga ibu bapa masih memancing mood anak-anak. Aku resah memikirkan perlu balik rumah supaya dapat  menyiapkan Adli dan Arrizqi. Abi Erwandi ku dail, supaya dia boleh menyiapkan Adli dahulu. aku akan uruskan Arrizqi bila balik nanti. Sekali dail - tiada jawapan. Dua kali dail - sama seperti tadi. Dail kali ke tiga, dijawab oleh operator menandakan panggilan tidak dijawab. Sampai hati, aku perlu bertindak juga, jika tidak Arrizqi dan Adli tidak bersekolah pula, baru hari kedua persekolahan.

Aku tinggalkan Auni dahulu, dan balik rumah untuk siapkan brotherhood, hari kedua mood aku tungganglanggang. Bertempur dengan masa bermula, jam 7.35pg aku keluar daripada sekolah Auni. Tobot w aku tinggalkan sahaja di luar, masuk rumah ngam-ngam 7.45pg, macam lipas aku uruskan brotherhood serentak. Adli yang masih lagi tidur aku heret ke bilik air dengan separa sedar dia basah dek air suam. Arrizqi membebel-bebel, "kenapa abang tidak bangun mandi dahulu, kalau tidak kan dah siap". Mengalahkan emak pula.

Arrizqi bersiap sendiri membiarkan aku menguruskan abangnya. Melihatkan Arrizqi yang hanya bertshirt putih dan treksut, Adli yang telah beruniform mintak baju sama dengan adik, argh! buat perangai lagi. Sah-sah uniform adik belum dapat, hendak dan tidak aku tukarkan juga satu set tshirt putih sama dengan Arrizqi. Arrizqi bawakan beg abang ke pintu, siap dengan susunkan kasut supaya mudah dicapai abang. 
"cepatlah abang, jam da nak pukul 8, nanti kita lambat" that's my Arrizqi.
Adli duduk memakai kasut, emak sudah hidupkan enjin tobot W, nampak pula tali seluar Arrizqi warna hitam, dia hendakkan seluar yang sama. Aaarrrghhh! apa kejadahnya pagi ini encik Adli oit! Jam sudah sipi-sipi hendak ke angka 8pg, keluar rumah pun tidak lagi. Arrizqi masuk kereta, aku sibuk dengan Adli lagi, lelah.

Sampai di sekolah brotherhood #sya2bros tepat-tepat jam 8pg, fuh! pening, terus sahaja aku ke sekolah agama Auni semula untuk membayar yuran yang tertangguh. Kembali semula di sekolah agama, suasananya sangat tenang tidak seperti kesibukkan awal pagi tadi. Betul-betul tenang dan hanya kedengaran keriuhan suasana sekolah, rindunya sekolah. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan pada hari ini, semoga sampai petang nanti. Balik daripada sekolah agama, rutin harian bermula macam biasa namun pada minggu pertama ini, aku tidak sempat untuk masak pada sebelah pagi, sekejapan masa berlalu aku perlu keluar untuk mengambil Auni-Thaqif balik daripada sekolah agama, bersiap macam the flash, tiba masa untuk ambil sya2bros. Adeih! Untuk malas berulang alik ke rumah semula, aku terpaksa angkut Auni-Thaqif terus ke sekolah kebangsaan pula. 

Balik hantar mereka berdua barulah dapat menarik nafas lega sedikit, melayan sya2bros. Rindu hendak bergolek-golek dengan Arrizqi, rindu hendak berlawan cakap dengan Arrizqi, tetapi bila Arrizqi balik lepas hug emak, Arrizqi busy hendak main, Arrizqi busy hendak mewarna, Arrizqi kata "rimasla umi, jangan kacau adik" huaaa...
Kadang-kadang, aku tertidur sama-sama dengan sya2bros, kadang-kadang aku dengan drama Korea sya2bros main berdua sahaja. Kadang-kadang lepas aku suapkan mereka makan tengah hari (ini je masa yang ada) mereka terus ketiduran. Sunyi.

Di hujung petang, aku perlu bertempur memburu tempat letak kereta pula, menunggu Auni-Thaqif balik sekolah petang. Mereka perlu di tunggu kerana, sekolah kebangsaan tidak seperti sekolah agama yang jauh daripada jalan besar. Berhadapan dengan jalan besar bermakna risiko nya juga sangat besar. Dua tahun sahaja, sudah 4 hingga 5 kali (termasuk aku kena sekali) kemalangan berlaku di jalan besar depan sekolah, aku ngeri. Maka, biarlah aku tunggu mereka selagi aku terdaya.


Gambo yang tidak ada kena mengena dengan sekolah, so?

Sekian cerita untuk hari kedua, yang siap dikarang selama 2 minggu dan di publish pada jam 2ptg, hahaaa. Hendak tengok my encik rockers: Jung Joon Young kejap. Jumpa lagi entry lain kali... daaa.

Friday, 6 January 2017

Sekolah pertama Arrizqi dan tragedi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anak yang akan bersekolah, emak yang risau tidak bangun pada jam yang ditetapkan, apatah lagi jadual harian tahun ini tidak lagi sama seperti tahun lepas, 100% berubah. Simptom emak-emak macam biasalah, bangun pagi terus sibuk tanpa henti. Pada tn Erwandi aku minta hantarkan Auni ke sekolah agama, tiga kali aku pesan jangan hantar ke sekolah kebangsaan, tapi sekolah agama lengkap dengan pesanan "tolong carikan kelas Auni". Dahulu, dia di bangunan lain, tahun ini sudah tentulah berbeza, apatah lagi dia juga naik ke kelas pertama. Kawan-kawannya berubah keseluruhan.

Di rumah aku berperang dengan Adli dan Arrizqi. Adli ialah abang tapi yang paling tidak sabar untuk ke sekolah ialah Arrizqi. 
"adik nak mandi dengan umi" dia bagaikan cacing kepanasan, kejap ke hulu kejap ke hilir. Awal lagi dan aku pula sibuk dengan menyiapkan air milonya. Air untuk tn Erwandi. Pokoknya sibuk di dapurlah.
"umi, lambatlaaa nanti adik terlambat" aduhai dak kecik ni, tabika tu 10 minit je kot daripada rumah. Dan akhirnya dia buka baju sendiri, mandi sendiri. Hahaha! Arrizqi mandi sambil bernyanyi dalam bilik air, amboi happy sangat! Aku masih mengemas rumah sambil mengejut Adli. Terpisat-pisat bangun aku terus lebur dia dalam bilik air sebaik sahaja Arrizqi siap mandi. 
"umi, ubat gigi da habis. Adik sabun je, cepatlah umi, sejuuuk!" Arrizqi menanti tuala. Tinggalkan Arrizqi dengan pakaian sekolahnya. Dia pandai pakai sendiri. Sebaik sahaja aku siap mandikan Adli, Arrizqi sudahpun lengkap dengan kasut.
"cepatlah abang, kita dah lambat ni" aduhaiii dia sangat comel. Aku sampai terkeliru siapa abang, siapa adik. Lengkap keduanya, aku pula bersiap. Tahun lepas, Adli di hantar oleh tn Erwandi dan aku menguruskan Auni. Tahun ini, semua urusan aku selesaikan awal-awal dan hanya hantar sahaja mereka ke sekolah. 

Tiba di sekolah, brotherhood paling awal, di sambut teacher Ain dan teacher Khaida macam biasa sambil mereka mengemas kelas. Mereka sudah duduk sebelah menyebelah sebaik sahaja bersalam dengan teacher. Aku di luar sahaja mengambil udara pagi sambil berbual dengan teacher Khaida. Sebaik sahaja dua tiga orang penjaga tiba menghantar anak-anak mereka, aku menjengah Adli dan Arrizqi yang sedang bermain dengan lego. Bakul lego di antara keduanya, satu yang aku suka dengan brotherhood ni, dorang memang sebulu bila mood tu baik. Bila bergaduh pun, sekejap sahaja sudah berbaik. Bergaduh yang sekejap tu la yang aku pun hendak me'naga' sama tengoknya, memang man to man kata orang. 

Aku tinggalkan dorang dengan teacher, balik rumah dan beli sarapan. Alahaiii, da rindu Arrizqi. Terbayang dia bangun pagi, on laptop. Pergi dapur, "umi adik nak mandi sendirian", huaaa. (icon nangis-icon nangis). Jam 11 pagi tn Erwandi ambil Auni di sekolah agama, dia bersiap secara charlie chaplin, kerana aku akan membawa dia bersama ambil brotherhood dan hantar kakak ke sekolah kebangsaan pula, malas hendak ulang dua tiga kali ulangan. Letih!

Tiba di rumah semula barulah Arrizqi cerita tentang sekolahnya. 
"adik tak buat apa-apa pun, adik main je" hahaha...
"adik sukala sekolah, umi esok adik nak sekolah lagi" ok, no problem.

 brotherhood @ #sya2bros.

  
 
  
 Seminggu bersekolah, Arrizqi lebih disiplin banding Adli. Balik sekolah, susun kasut, masuk kad nama dalam beg, letak beg, hug umi dan terus salin baju.

 Duduk sebelah abang sementara belum dipisahkan.

 Sibuknyaaa...

Hug umi dulu, baru tukar baju.

Mujur ada tn Erwandi, jadi bolehla dia menunggu brotherhood yang ketiduran. Aku keluar secara senyap untuk mengambil Auni. Satu yang aku gagal bila sesak ialah, mencari parking. Konfiden level menjadi kurang di tambah takut di kecam orang bila parking sebarangan. Sedang menunggu, langit yang cerah bertukar gelap, sudahla harinya petang hampir maghrib. Ah sudah! setitik-setitik hujan turun dan akhirnya mencurah-curah. 2 kaki payung, ada dalam kereta. Hendak ke kereta semula sudah tidak sempat.

Hujan sangat lebat memaksa aku mencari kelas Auni. Hari pertama, aku risau dia fikir aku tidak menunggunya pada cuaca buruk sebegitu rupa. Bukan hujan biasa-biasa, memang lebat dan air naik dengan cepat, ditambah kilat, guruh, petir, semua ada. Akhirnya aku berjumpa juga dengan kelas Auni, kami bergegas ke kantin sekolah, air mula naik di laluan-lauan utama ke pagar sekolah. Ah! sudah. Aku tidak lagi memikirkan parking di luar, aku hanya fikirkan berilah sedikit keredaan kepada keadaan dalam sekolah ini. Tersangat huru-haranya.  Akhirnya hujan reda sedikit, aku dan Auni bergegas meredah hujan yang sedikit ke kereta. Kesesakan depan sekolah yang sedia teruk bertambah buruk apabila melibatkan faktor cuaca, faktor pemandu yang tidak sabar, faktor dan struktur jalan yang licin, malah sudah dinaiki air. Aku beristighfar dalam kereta, menarik lafaz sedikit lega.

Jom kita balik rumah, aku hanya memandu dengan kelajuan yang sangat perlahan. memberi ruang kepada mereka-mereka yang hendak melintas. Keadaan sudah bertambah sesak, sehingga satu kawasan banjir dilepasi, barulah aku betul-betul lega. Keadaan tadinya cerah sudah pun malam, waktu maghrib sudah dilepasi. Alhamdulillah, tiba jua kami di rumah. Sambung cerita memburu waktu pada esok hari pula... da.

Tuesday, 3 January 2017

New chapter.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Dahulu. 

Adanya dia dalam rahim emak, tanpa pengetahuan sehingga minggu ke 26.
Adanya dia membawa rezeki kepada emak dan abi Erwandi yang melimpah ruah.
Adanya dia membuatkan emak berhenti kerja untuk menguruskan kerja rumah secara total.

Lahirnya dia pada minggu ke 36 betul-betul menggembirakan seisi keluarga. 

Lahirnya dia membuatkan emak membanting tulang, memerah kudrat untuk sentiasa ada disisinya.
Lahirnya dia, waktu emak bersama kakak dan abangnya menjadi singkat.
Lahirnya dia membuatkan emak langsung tidak boleh berbuat apa-apa melainkan sentiasa berada disisinya.

Dia di bawa masuk ke rumah baru, suasana baru buat pertama kalinya.
Dia di jaga sepenuhnya oleh emak menjadikan emak bimbang tentang kehidupan sosialnya.
Dia paling awal potty training, dia paling awal berhenti minum susu baby-baby.
Dia boleh uruskan dirinya secara sendirian.
Makannya suap sendiri, mandinya siram sendiri. Kebanyakan hal-halnya diuruskan sendiri.
Dia sentiasa menemankan emak walau di mana juga emak berada.

Apabila kakak masuk sekolah, belajar tentang sekolah dia masih ada dengan emak.
Apabila abang masuk sekolah, dia tanya tentang di mana kasut sekolahnya.
Kakak mengajar  tentang kehidupan, kakak mengajar tentang abang, kakak mengajar tentang kisah seorang yang bergelar kanak-kanak.
Abang mengajar tentang keadilan, abang mengajar tentang persahabatan, abang mengajar tentang insan-insan tersayang.

Kini, giliran dia pula untuk memulakan alam barunya, alam persekolahan yang dia sendiri tidak sabar untuk lalui sendiri.
Kini, emak tidak lagi mendengar persoalan mulut bisingnya:
“umi, hari ni bulan berapa?”
“umi, bila beg adik hendak sampai?”
“umi, bila adik hendak sekolah?”
Dia menyiapkan semua peralatan sekolahnya sendiri, dia kata:
“adik dah besar, adik boleh mandi sendirian”
“adik boleh buat la umi”
“adik dah besar tak minum botol susu lagi” 

2017. Januari 3: Selasa,  emak menanti Arrizqi pulang daripada sekolah dengan penuh keterujaan.

 Dia berangan je.

Ma boy...
 

Cheeky boy...

 Ensem...
 
 All the best #sya2kids. Have fun for the 1st day school! Annyeong!