Monday, 25 July 2016

Ceria Aidilfitri 2016.

안녕...

Tahun lepas dengan tema mak ko hijau. Tahun ini kita bersama tema, merahnya makNgah!

Malam raya yang agak menceriakan, juadah biasa hari Raya juga sudah dinikmati pada akhir Ramadhan setiap kali berhari raya di rumah mama, papa. Aku dan mama memasing berlengas di dapur bermula sejak pagi lagi. Sambil merendang, sambil mendengar cerita mama, hal-hal tetang persatuannya, tentang dirinya, tanpa aku yang mendengarnya siapa lagi telinga yang harus dia pinjam. Sekejap aku tersengih, sekejap terlepas ketawa aku, sekejap bergenang air mata aku, emosi pula pada akhir Ramadhan kali ini. Ye la, tahun lepas aku bersama dengan keluarga mertua, tahun ini aku berpeluang dengan mama pula.

Adli, Arrizqi macam biasalah, dengan aktivitinya sekejap bergaduh, sekejap baik, Auni diam sahaja kadang dia tidur, orang berpuasa katakan, jadinya tahun ini banyak kepada dia sahajalah. Kebetulan, result peperiksaan pertengahan tahun pun sudah keluar, kalau awal tahun tempoh hari habis dilibas semua A, kali ini untuk mata pelajaran UPSR ada satu B, Matematik. Sokeyla Auni, keep it up. Untuk result sekolah agama, dia meningkat dengan baik sekali, inshaaALLAH Auni, kita usaha sama-sama okey.

Malam Raya, takbir di peti televisyen bergema satu rumah, mendapatlah aku perlian daripada tuan Erwadi, eh! malam ni takde Korea? hampeh betul. Lantak situ. Sambil melepak, mama sudah siap sediakan jadual untuk Hari Raya pertama nanti. Tigaaskar, hrmmm bising oit! tolong tok Papa isi duit raya masuk dalam sampul, macam-macam hal disembangkan sampai tergelak besar orang tua tu, tidak cukup lagi, habis dipaw tok Papa. Sabarjela!

Pagi Raya, nah! sebeban Outfit Of The Day untuk keluarga aku dan juga papa. Terkial-kial aku menggosok dengan mulut membebel mengejut tigaaskar untuk bangkit. Balik sahaja solat Aidilfitri, kami makan dahulu kerana sudah kelaparan. Siap sahaja makan dan berkemas acara yang puncaknya ialah bermaafan di pagi Aidilfitri. Alhamdulillah, macam-macam drama. sampai naik terkedu tigaaskar tu yang selalunya bukan main berani dan ceria, kali ini bila suruh bersalam semuanya kaku malah saling tolak menolak. Aduhaiii! geram ada, gelihati pun ada. They was so cute! (takpe, ini memang perasaan seorang emak).

Selesai bermaafan dan berfotografi, kami berangkat ke kampung mama, rumah arwah ibu bapanya. Hari itu mama dan adik beradiknya akan berkumpul, masing-masing dengan menu, dengan busana, dengan keluarga sendiri. Boleh dikatakan hari keluarga jugalah, bertukar cerita dan bermesra setelah lama tidak berjumpa. Aku hanya sibuk dengan tigaaskar dan tuan Erwandi, mengenalkan dia dengan sepupu-sepupu, papa dengan biras-birasnya, kami membiarkan mama dan adik beradiknya, menyelesaikan misi-misi yang belum sudah.

Kenyang sahaja perut, selesai perbincangan kami hanya menunggu arahan mama untuk berangkat pulang, keluar daripada kekalutan dan kebelengasan badan. tigaaskar sudah siap aku tukarkan dengan baju lain yang masih lagi sedondon. Mereka tidur dalam kereta setelah seharian bermain. Agenda untuk esok, masih lagi mama yang pegang, haha! Oh, mama minta tolong tuan Erwandi untuk jemput adik aku di Lapangan Terbang, Senai. 

Tajuk da macam rancangan televisyen pula, back to normal routine, senyum-senyum raya kan sebulan, cuti nanti boleh sambung beraya lagi, hiii... mata mengantuk tahap maksima, tapi menaip gak entry untuk bloghijau ini, selagi bulan Raya jadi kita cerita pun tentang raya sahajalah. Jadi, tunggu entry selanjutnya, beraya di lapangan terbang, jumpa lagi. See ya, Salam Aidilfitri.

Jom, tengok album:

Tentang emak dan tiga askarnya.

It's not easy being a mother. If it were easy, fathers would do it. - The Golden Girls.

Bila anak tu lebih pada dua, nama nak pose ala potret dan ala skema, memang taklah.


 The love of a family is life's greatest blessing. - unknown.

 Every child is an artist.- Picasso.

Paling meriah raya kali ini diserikan dengan dua perangai bujang terlebih peramah ni. Songeh banyak betul.

Berhenti sini dahulu, puas belek album raya 2016? hiii, maaflah aku tidak pandai mengolah cerita part by part, biasanya memang aku pulun satu entry. Hiii, jumpa lagi, daaa.

4 comments:

eima said...

lawa merah uoll tu ...

mamaarifakeemaisy said...

selamat hari raya, maaf zahir batin..
singgah express.. Merah itu menawan ^_^

nad said...

ramai gak pakai merah tahun ni ;)

ch@ said...

Manja, kakNad, kakIeyna: merah terang berderang namanya.