Assalamualaikum, selamat sejahtera. 안녕하세요!
Macam mana hati emak sensitif, macam itu jugalah hati kepada 'hati' emak yang seorang ini. Seminggu awal baru persekolahan sudah pun berlalu. Auni dan Adli masing-masing bercerita galak tentang sekolah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Auni sudah pun betah dengan kedua-dua sesi persekolahan cuma, Adli. Hari pertama, hari kedua dan ketiga Adli, tuan Erwandi yang hantar.
"Adli menangis, tak mahu masuk sekolah" kata tuan Erwandi sebaik sahaja pulang menghantar Adli. Aduhai hati emak runsing, berharap janganlah dia menangis sepanjang masa berada dalam sekolah.
Apabila aku yang turun menjemputnya di pintu pagar, senyuman lebar. Sambil memakai kasut dia menjerit...
"Abang tak cuka cekolah" omo... ottoke?
Cikgu Ain memandang kami berdua, menanti apakah reaksi emak dalam menangani Adli.
"Alaaa, sekolah kan best" aku menjawab pendek sambil menanti dia memakai kasut.
"Ecok, abang taknak cekolah" raut mukanya, mulut, mata kemain comel mempamer merajuk. Adli so cute tapi setakat itu sahaja.
Dalam kereta, dia tidak sudah-sudah bercerita tentang cikgu, tentang makan, tentang nyanyi, tentang tobot x.y.z, untuk mengambil Auni pulang sekolah pula. Hari ke empat, urusan aku dan Auni habis awal dan aku berada di rumah mengikut waktu sepatutnya, Adli baru bangun dibangkit tuan Erwandi.
"Hari ini biar saya hantar Adli pula. Tengok macam mana" aku gegas ambil Adli daripada tuan Erwandi yang masih juga mamai awal pagi. Seorang sedang mengorek telinga seorang sedang menggaru kepala. Kelakar pula tengoknya. Adli aku pujuk, badannya keras, melayan kerenahnya sehingga dia bersiap lengkap berbaju sekolah.
Dalam kereta, dia ok... turun sampai pagar sekolah dia mengeras. Aduh! Ottokaji dan 'hujan' pun turun sebaik sahaja masuk dalam kelas. Ada tiga orang lagi sedang sama-sama berhujan memegang kaki bapa memasing. Pelukan Adli pada aku makin melekat kuat. Mujurlah aku dan tabika tu bagai isi dengan kuku, tidaklah aku terlalu segan.
"Dia mula-mula je ni. Kejap lagi emak dia balik dia ok je. Mulut potpetpotpet abang tu, abang ni, kita lak rasa geram ngn dia. Tadi nangis beria" aku gelak mendengarnya. Aku tinggalkan sahaja Adli yang masih menangis dengan Cikgu Ain, balik rumah.
"Ayang je la hantar Adli lepas ni, tak gagah saya tengok dia nangis macam tu" aku berkata dengan hati aku hambar.
Aku tanya dia kenapa dia mesti menangis bila masuk sekolah. Ini jawapan Adli...
"Abang taknak cekolah kecik tu, abang nak cekolah kakak" terburai gelak aku.
"Baiklah abang Adli, kalau da setahun tak ok kat tabika, tahun depan saya masukkan abang ke pra di sekolah kakak ye." Bila Auni ada dengan kami, aku buka cerita. Auni kata,
"Eh mana boleh, abang kena sekolah kecik tu dulu. Best sekolah kecik tu ada mainan. Sekolah kakak takde mainan" syabas Auni, you did a great job.
"Kakak pun sekolah kecik tu dulu kan umi?"
"Ne, majayo..." aku tunjuk isyarat bagus pada Auni. She is my bestfriend now.
Itu kisah minggu pertama persekolahan, hari kedua minggu kedua sekolah, macam biasa rutin aku stat on 5.00am- snooze 15min- snooze lagi 15 minit and wake up call, bangkit daripada katil, muahaha. Pun macam rasa terpaksa namun satu yang best mandi awal pagi ialah air tangki rasa hangat. Setel urusan, uruskan Auni then hantar Auni, memastikan dia sampai sekolah awal daripada sepatutnya biar dia biasa. Balik rumah uruskan Adli. Hari ini tuan Erwandi berkerja waktu sama dengan Adli, jadi aku tidak tahu drama awal pagi di sekolah. Aku kerjakan rumah dan melayan Arrizqi.
Tengahari betul aku jemput Adli dahulu, soalan pertama ialah 'nangis tak?' Aku hanya guna isyarat sahaja.
"Nangis kejap je, eh jap... rasanya dia tak nangisla hari ni. Aha ye la, dia letak kasut terus masuk duduk." Jawab cikgu Ain, sambil menyatakan tarikh mesyuarat pertama akan diadakan. Dalam kereta Arrizqi melayan Adli bercakap, tobot tu- tobot ni- tobot- tobot- tobot tak sudah, janganla ko bergaduh budak, susah mak.
Sebelum turun, aku tukarkan baju Adli kepada yang lebih ringkas, cuaca panas membuatkan telinga aku panas dengan bebelannya, rimas-panas-melekit. Sambil tunggu Auni keluar kelas. Syabas Auni, hari ini dia sudah cam di mana tempat selalu aku menunggu. Semakin mudah. Dalam perjalanan balik rumah Adli cerita...
"Kakak, hari ni abang tak menangis pun" nadanya berbunyi lembut.
"Abang tak nangis? Siapa hantar abang tadi?" Tanya Auni.
"Abi yang hantar abang, naik motor" selepas tu aku hanya dengar Arrizqi membebel, tak sudah menyatakan diri dia ensem. Sabarjelah.
Sampai rumah, makan-uruskan Auni dan bersiap sedia untuk hantar dia ke sekolah agama pula. Selesai bersolat aku bersiap, tigaaskar sudah pun dalam kereta tidak sabar-sabar. Alahai dorang ni, pantang betul kalau berjalan naik tobot w. Ok kids lets go-lets go. Sudah pun setengah perjalanan melalui 10 bendul dan jalan berlubang serta jalan sempit tiba-tiba Auni seperti mencari sesuatu...
"Saya rasa beg saya tertinggalla". Omggggg!
"AUNI!!!!!!" Haih lah anak, keranamu kutahankan sajalah Jebat. Aku menjeling jam di dashboard, jam ni pun kenapalah lekas sangat bergeraknya, kelajuan tobot w dipertingkatkan, kalau tadi kemain perlahan bila lubang kecil dan bendul rendah tetapi kali ini tidak lagi, redah sahaja. Ambil beg dan berdesup... ngam-ngam 2.29pm tobot w sampai depan pintu pagar sekolah. Hang tawakal je la nak, masuk kelas lambat. Aku terus bergerak balik rumah. Sampai rumah sambung memunggah rumah, rest sekejap dan kena mempastikan aku tidak tertidur. Bila tertidur mulalah nak melajak, aku harus keluar awal menunggu Auni balik sekolah agama pula...
"Adik ensem kan umi?"
Layankan je la.
"Esok, abang taknak menangis, abang ada kawan-kawan."
"Esok saya sekolah lagi"
Sekarang ni, sesekali je dapat bergambar bersama.
They're beautiful kids, just beautiful children. It's just a blessing to see, and I thank God about it. - Mark Shook.
Now malam tiba, rumah riuh sekejap sebelum masing-masing masuk tidur. Yang hendak mandi, yang hendak makan, yang berebut mainan, nak tengok tobot, nak tengok robocarpoli, nak melukis... isk isk isk. Tepat jam 10mlm, Auni cari tempat landing. Arrizqi cari tempat mengempeng, Adli menanti aku sehingga masuk bilik. Sebelum tidur aku harus pastikan air panas, air masak, beg sekolah, baju sekolah disiapkan lebih dahulu. Jam 12am aku sudah lena sebelum menyambung tugas semula esok hari.
Jadual baru aku sempena 2016, hujung minggu ini menyuarat PIBG, hujung minggu depan mesyuarat JPTP. Masing-masing sudah membooking aku supaya hadir. Owh, ho... I need my privacy time please! Huhuuu. Sekian dulu entry hari ini, jumpa lagi. Daaa...
9 comments:
seronok bc kisah pengurus rumah tangga ni :)
moga trus bertabah!
bila sume dah skolah, rindu plak nak dengo depa gado2 huhu..
hidup sebagais eorang ibu, banyak liku2 dia kan cha...jom layan oh my venus lagi..hahahhaha
kekDa: terasa letih dan ngilu satu badan, tapiii bila tgk dorg hendak ke sekolah terasa lega ja.
kakNad: thanks kakNad. dorang da tak sempat hendak bergaduh skrg ni.
su: owh da tentu. habis da drama tu mek. tkr drama lain moroon school. mcm best gak, aku suka je drama school2 ni.
itu semua rutin biasa. sabar je la. nasib baik la cuma auni je yg sekolah dua sesi. kalau kena dua2 blh pengsan. haha...
kikikiki .. auni² mujo mak ko x jd hijau ...
pandai auni pujuk dan saiko adli eh.. mmg ciri² kekakak btl dia ni.. sungguh pun kdg gelihati baca keletah dia ...
biasalah lah bdk² mmg gitu suka berlari .. bkn turun kereta jer, dalam rumah pun nak berlari ...
Kakak Auni, u are the best..
Abg Adli, awak budak bijak jgn nangis2 lg ok..
Arrizqi memang handsome sgt..
Ummi, be strong bertabahlah ummi..
Ni antara nikmat Allah utk kita emak-emak ni.. ;D
riuhnya bertiga tu ....
seronok ...
aku aku ... alhamdulillah boss faham keluar awal msk lambat ke opis ... kalau tidak pyh jugak la nk berkejar2
kakSal: ye. anak2 la yg memupuk kesabaran kita. Aunilah yg paling busy sekali.
sisYana: hahaha, nak bertukar juga tapi kalo dia merajuk taknak gi skola, lg naya. tu yg lyn kan je la. skrg2nya buat ingatan pd emak jg.
ibuAqil: inshaaAllah, amin. thanks ibu.
eima: kecoh mek, jenuh aku nak dgr sorg2 punya cerita. mmg tak pyh pasang radio. dorg bercakap ja.
Post a Comment