Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kisah satu malam, aku sedang menonton rancangan kegemaran, biasalah drama Korea. Tn Erwandi sedang main ps3 nya, di bilik yang berlainan dengan ruang tamu, bunyinya kemain lagi, bergema-gema tahap aku rasa hendak pasang pintu kebal kalis bunyi. Adli dan Auni sedang bermain berdua, sekejap ketawa, sekejap berkejaran, sekejap menangis berebut mainan. Arrizqi sibuk dengan basikal roda tiganya, siap bunyi prem-prem-preeemmm lagi. Mulutnya macam bertih goreng, potpetpotpet tidak berhenti.
Tengah-tengah aku layan blues Arrizqi datang, mulanya minta ngempeng, ok aku layankan je dia main tangan, main rambut, main kaki, tidak lama lepas tu dia tunjuk sesuatu di sliding door.
"tu umi, tu umi...haaa tu" entah apa yang ditunjuknya aku pun tidak tahu. Bersungguh-sungguh. Aku bangun jugalah, tengok apa yang menarik sangat itu. Tiada apa-apa, semuanya biasa sahaja.
A for Auni, A for Adli, A for Arrizqi.
Arrizqi kayuh basikal abang Adli menuju ke tnErwandi di bilik sebelah, panggil-panggil tnErwandi yang bagaikan sudah melekat di sofa, tenggelam dalam permainanannya.
"tu abi, tu...tu...sini ar..." aku tersengih sahaja mendengar dua beranak tu beradu suara.
"ada apa, cakaplah. cicak ke?" tnErwandi menjawab, masih lagi bermain.
"sini abi, sini. cepat ar" dia turun dari basikal menuju tempat aku, tunjuk di tempat yang sama. Auni dan Adli juga berhenti bermain melihatkan Arrizqi bagaikan tidak tentu arah.
"tu abi, tu" Arrizqi berjaya membuatkan tnErwandi bangun daripada tempatnya. Pause.
"mana....? ada apa?" tnErwandi menuju ke arah aku duduk. Matanya penuh tanda tanya. Minta aku jawabkan. Aku hanya jungkit bahu, tidak tahu.
"eh? dah hilang...! haaaa, dah hilang" jawab Arrizqi dengan nada selamba, muka selamba, Arrizqi pusing balik kepada basikal yang di tinggalkan.
"ceh, adik main-mainkan abi!" tnEwandi terus mengejar Arrizqi, melambung-lambung Arrizqi yang ketawa gelihati. Aku apalagi, gelak berdekah-dekah, satu situasi orang dewasa dimainkan anak-anak. Adoih! sampai bila-bila aku akan ingat situasi itu.
Tiga ini bila bergabung, memang pening kepala aku.
Di hari lain, Adli dan Arrizqi sedang berlegar di dapur, ke hulu ke hilir dua beradik itu sampai aku pula pening menengoknya. Aku tuang cococrunch dalam mangkuk beri pada Arrizqi. Dia tinggalkan atas table top kabinet dapur. Datang pula abang Adli.
"abang, ambil tu-ambil tu, atas-atas" Arrizqi tunjuk cococrunch dan minta abang panjat naik untuk ambil.
"takyah naik atas tu, ambik je macam ni ha, kan dapat" abang Adli gagah berani, lonjat badan capai mangkuk cococrunch. Tergamam sekejap aku yang sedang sibuk di dapur. Aku bagaikan tersedar, anak-anak sudah mula pandai berdikari, sudah mula pandai berkomunikasi, sudah mula saling mengenali dan memahami antara satu dengan lain.
Auni, seperti biasa. Semakin membesar, semakin emosi, semakin perempuan, haha. Auni yang dikenali sebagai si lasak, si aktif, si kreatif, si luar biasa bakatnya. Baru-baru ini, cikgunya berjumpa dengan aku, minta aku perhatikan bacaannya di rumah. Cikgu hendak mencalonkan namanya ke pertandingan membaca hujung tahun nanti. Komik tnErwandi pun sudah dibacanya, apalagi aku mahu kata, adeih!
People wait all week for Friday, all year for summer, all life for HAPPINESS! so, be happy :)
Sampai sini dahulu, jumpa lagi, daaa.
7 comments:
seronok tgk anak2 kadang2 bahan kiter kan..hahahha..terkenang je....mmm..tgk anak2 membesar rasa sayu je hati ni
tentah kan cha.. mmg ada menda yang ditunjuk dek Arrizqi tu.. ha.. cena? cena??
Hikhikhik..
*Kidding*
wahhh cerdiknya auni .....
ch@ tah mmg ade hantu main cak cak riqki ... haaaaaa
arrizqi nampak sesuatu..? ;)
jengjengjeng!
gud lux auni, harapnya dpt ke pertandingan tu nnt..
Clever boy arrizqi kenakan umi abi hahaha
Sue: cepat sangat besarnya kan? cepat sangat pandai memacam.
kekDa, Eima, kakNad: kita baring tu da baca ayat Qursi sesiap. kotla dia nampak apa yg kita tak nampak. tapi tgk muka dia selamba kodok tu, jadi tak tahan hendak gelak. terburai ketawa.
Eima, kakNad: terima kasih. doakan ye, in shaa Allah.
kakNani: tu ar pasal.
"eh? dah hilang...! haaaa, dah hilang"
adui..pecah perut ketawa. hahahaha~
Post a Comment