Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku sudah pun mengamankan diri atas katil sambil membelek Instagram, entah bila aku aku terlena aku tidak sedar, tahu-tahu sahaja Arrizqi panjat katil dengan bau yang sangat wangi. Aku cuba besarkan biji mata sambil membantu Arrizqi naik katil, terdengar Adli merayu minta aku bangkit daripada tempat tidur.
"umi, abang nak acuh tang" sambung lagi
"ni, dah lekat-lekat umi" sambil sua-sua tangan ke depan muka. Aku pegang baju Arrizqi, sudah pun basah bahagian depan dan bangkit daripada katil untuk melihat projek apakah yang dibuatnya hero nan dua ini.
Hrmmm, memang aku mengucap panjang bila sahaja kaki terpijak sesuatu yang licin, lekit berwarna putih. Hendak ku marah, mamai lagi pasal sudah lewat pagi. Jadinya, aku heret sahaja Adli ke sinki, cuci kaki dan tangan serta memaksanya tidur. Boleh pula terus tidur selepas itu, perlu dipaksa dahulu baru tahu hendak tidur. Arrizqi sudah pun pura-pura pejam matanya, ketakutan tengok aku marahkan Adli. aku seperti hendak ketawa sahaja melihatkan keletah Arrizqi, Dia memang reti buat muka lucu begitu.
Esok paginya, barula aku selidiki apa yang dimain anak berdua tu, satu botol kecil bedak, dengan sebotol sederhana lotion bersama setengah susu digaul menjadi entah apa, bertebaran satu meja kopi rumah tok mama. Pening kepala, dengan bau wangi masam yang sudah bercampur, aku mengelap kusyen bertompok putih dengan kain basah. Lotion kepunyaan tok mama baru guna dua kali, habis clean and clear. Memang sel otak sedang berhubung, pasal lotion tersebut di tempat memang sepatutnya, tinggi dan disangka mereka tidak akan terfikir untuk main. Jangkaan tidak boleh sangka-sangka, memang semua tempat boleh digapai sekiranya hati mereka hendak main juga.
Ok, tutup part 1 buka part keesokkan harinya pula. Wataknya masih lagi dua hero, penat bergaduh pen, pensel, kertas dengan kakak, bertengkar jerit pekik menconteng dinding rumah tok mama, masuk bilik tutup pintu. Aku sudah pastikan keselamatan barang-barang terjaga dengan elok, sudah juga aku pesan kepada encik suami supaya tidak menyepahkan barang-barang peribadi sendiri. Kan namanya sel otak sedang berhubung, sekali lagi beg make-up aku diselongkar. Buat kerja lagi apabila tertangkap bermain shampoo yang juga baru sahaja dibeli. Aku memang belum bawa masuk ke bilik air. Kosong. Lekitan wangi di sebelah katil terkena pula beg tangan encik suami dengan wang kertas bertaburan dalamnya serta wallet. Aduhaiii. Shampoo, memangla wangi tapikan ke kena bilas. Tidak pasal-pasal encik suami pun mandikan wang kertasnya sekali.
Dibaginya juga dua das seorang sehingga nangis dengan tidak banyak cakap dengan harapan hero akan serik. Tegas. Hendak denda lebih-lebih kena behave kerana bukan berada di rumah sendiri. Serik? jangkaan silap, tutup part 2 buka part seterusnya. Salji.
Definisi salji dalam rumah ini bersamaan bedak atau polisterin atau kekabu bantal. Ruang tingkat bawah sudah berselerak, tunggang langgang, seorang yang sudah terdampar letih, Arrizqi. Auni sudah pun masuk bilik sendiri bersama dengan Adli, adalah tu projeknya. Aku mengemas sedikit ruang bawah ala-ala sedap mata memandang sebelum Auni menjerit.
"umiiii Adlikan, main bedak". Ini part memang aku stres.
"kakak simpan la bedaknya" aku menjawab sambil berfikir, bedak botol besar tempatnya sangat tinggi. Macam mana dia boleh dapat? Ah, masakan Adli boleh panjat jika tiada yang membantu, Auni. Senyap sebelum Auni sendiri turun dengan muka putih melepak dan baju bertompok bedak. Ok, ini aku kena bersegera naik.
Surprise, master bedroom, menempatkan satu katil queen size, satu tilam queen size, 2 almari baju warna coklat gelap, almari solek dan iron-board dimana kesemua inventory tersebut sudah pun diselaputi salji. Lantai sudah pun licin. Ah, tidak perlu aku huraikan dengan lanjut, cukup menyatakan aku menangis melihat suasana tersebut. Fine, aku halau semua turun mandi di bilik air bawah, aku bersihkan master-bedroom. 2 kali lap, 3 kali mop, buka kipas dan tingkap. Berdebu uols...Kerjaan Auni dan Adli. Setel atas lebih kurang, aku siapkan mereka selepas mandi. Bagi susu, buka rancangan kartun dan aku sambung lagi mengemas ruang atas. Masakan encik suami pulang hendak mengadap bilik berdebu? bersihkan. Tutup part 3.
Seterusnya, aku sudah pun tidak boleh tahan, aku perlukan bantuan superman untuk melepaskan emosi sedih berterusan. We-chat encik suami dan mengadu apabila part seterusnya berlaku, main bedak di ruang bawah pula, satu botol habis. Sudahnya aku buang semua bedak yang ada dalam rumah. Tension tahap maksima. Betul bila sel otak berhubung, camnila jadi. Aku marah masa tu je, lepas melihat mereka pose tidur keletihan, aku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Mereka sahajala yang aku ada, yang paling rapat dan paling dekat.
Abang Adli dan Arrizqi.
Abang ni, rajin juga layan Arrizqi. Ajak main, gomol-gomol, kejar mengejar. Jika boleh, Adli mahu sama apasahaja dengan Arrizqi.
Abi tiada, makanya umi la belanja.
Cahaya. Kesyukuran-Kehormatan-Petunjuk. Keadilan-Ketenangan-Rezeki.
Semoga aku miliki sifat yang ada pada nama mereka bertiga ini, in shaa ALLAH.
Penat? hahahaaa, bohongla jika aku kata tidak. Aku bukan robot, aku bukan mesin like I said before aku menangis dan bila tahap aku sudah mengadu tandanya aku sudah tidak tahan. Sekali lagi encik suami pergian untuk bertugas lama, aku perlu membawa Arrizqi untuk pemeriksaan, tiada pilihan aku perlu membawa Adli bersama juga yang kebiasaannya tinggal dengan encik suami. Entahlah, aku belum terbayang lagi bagaimana keadaannya esok. Wait and see sahajalah, muehehe. Harap-harap semuanya berjalan dengan baik. Owh! hero ku...
Jumpa lagi di lain entry, daaa...
8 comments:
ada je akal dia orgkan ... bila ada pakatan mcm ni .. mak kenalah pasrah sbb dia org mmg lbh kreatif
kamu bertiga suka umi kamu jadi huru harakan...hahahahaha
Huhu... huruhara kan, tapi tandanya mereka sihat, ceria dan bijak! Terbyg2 akak disituasi cha, confirm nangis gak senyap2..hukhuk... emak gitulah kan..herm...
Skrg masa anak2 byk di rumah pengasuh...mlm je ada kt rumah, n weekend, itu pun dh kasi emaknya temperature asyik naik jer..ngee... klu pi sopink skrg lagi la...huu.. anak2 sedang berhubung sel otaknya..sabo jerlah...huu...
In sha Allah, besar jd anak2 yg berguna ni.. amin.... ^_^
Owhhhh adik2 abg Aqil.. Cepat benar kamu membesar mcm abg jgk.. Bezanya ibu dgn umi kamu dia ada 3 bundle ibu cuma 1 sahaja rezekinya.. Apapun keletah kalian perasaan kami ttp sama.. Dlm tiap peluh yg mengalir saat kalian membesar hati penuh dgn bunga kesyukuran.. Alhamdulillah!! Kalian membesar dgn sihat.. Salam syg dr ibu & abg Aqil yg jauh dimata namun sentiasa dihati..
Nota: Ibupun berpeluh2 nak menghayati entry umi ni.. Sungguh!! Dh rasa mcm replay semula keadaan episode2 tu.. Hihi miss u cha & anak2 so much!!
adehhh..smbil baca smbil terbyg keadaan cha..smbil tu smbil teketawa jugak melihatkan pakatan anak2 bertiga tuh..hihihi..ada je akalnye yek..klu akak yg kena mcm ni mau kena jerit ngn mama agaknya,huhu..setakat ni pakatan zara zareef biasanya suka sepahkan mainan..yg 'ekstrem' mcm ni lom lagi..tak taulah nnti kalau baby dah besar mcm mana lah plak rupe kerjaan nya kan..=p
ehh..lupe nak komen..comelnyaaaa 3 beradik tido ngan baju sedondon tuh..tenang jek tgk..^_^
anok2 bijok ni...;D
sis Yana: betul sgt la tu. kadang emak pun tak terfikir apa yg dorg buat tu.
kak Jue: semput emak, baru tiga. tambah lagi esok, mau pitams.
kak Ieyna: gi shopping mmg huru hara, jerit pekik dorg mmg mengundang perhatian. terkekek-kekek bertiga.
ibu Aqil: tu la, hari tu abg dtg, Arrizqi blm ada. andai ada rezki, bergabung berempat, pastu kita soh abi ngn ayah layan. hahahaa. havoc.
kak Lily: ini sebab Arrizqi da besar la ni, yg jadi dasat canni. dia yg mengeksplore dulu, Adli tak usik sangat brg2 emak/bapa sbb dia penakut. Arrizqi berani, dia buat dulu baru abg Adli join.
Fizah: in shaa Allah.
Post a Comment