Wednesday, 20 August 2014

Terakhir kali.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam Aidilfitri, masih lagi tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum masuk ke bulan yang baru. Aku mohon ribuan ampun dan maaf sekiranya sepanjang penulisan aku, sepanjang perkenalan kita, sepanjang pembacaan kalian, sepanjang kita pernah bertemu, sepanjang pembacaan follower rahsia, terdapat kekasaran bahasa, terlajak kesalahan tatabahasa, terlebih panjang penggunaan ayat yang bisa mengganggu emosi pembaca semua, yang menjadikan hati pembaca terguris, yang menjadikan perasaan pembaca tersinggung. Aku minta maaf.

Aku tidak mungkin bisa dapat update bloghijau sekerap hari Rabu-biasanya selepas ini untuk hari-hari seterusnya. Oh, I love my blog. Berikutan laptop dan netbook telah pun kong, zero, rosak dek kerana Auni, Adli dan Arrizqi yang gemar sangat mengeksplore Frozen. Ahaaa...siapa sangka mereka bertiga mampu menyanyi Let It Go dengan versi masing-masing.

Selain daripada blog, aktiviti art juga menjadi terhenti sementara, jika ada dan jika sudi aku hanya buat menggunakan 100% tangan. Handmade. Tiada lagi sebarang cetakan berkomputer.

Aku rindu sangat hendak menulis tentang anak-anak. Mereka bertiga sudah bisa jadi peneman emak paling setia. Mereka bertiga sangat rapat dan tidak saling mahu berpisah. Bila di tanya orang, sama ada boleh ambil salah seorang daripada mereka, jawapan yang mereka beri dengan menggelengkan kepala atau taknak atau jangan atau tidak boleh meskipun mereka baru sahaja bercakaran sesama sendiri, mereka baru sahaja selesai saling cepuk mencepuk, air dicincang takkan terputus melainkan masuk dalam tupperware atau bekas.

Akhir kata, aku minta maaf atas segala-galanya. Semoga perhubungan kita kekal hingga ke syurga. In shaa Allah. Salam sayang untuk semua. Jumpa pada entry akan datang. Daaaa...

8 comments:

nad said...

selamat hari raya ! :)


alaaaaa kak nad la org yg paling sedih camni.. :'(

syawalsimpsons said...

windu kat mung mek..lama tak da kat blog ni

Masya said...

harap² abi belikan netbook baru.. bolehlah bloghijau terus terupdate huhuhuhu ....

i.z.m.a said...

format jela syasya. skang ni dah senang nak format, bukan macam dulu2. yang penting back up!

sal ya said...

selamat hari raya aidilfitri ch@.

Unknown said...

selamat hari raya beb,maaf zahir batin.....0-0 :)

ch@ said...

kakNad- kita cuba yg terbaik utk kakNad ok? kita pun x boleh tinggal terus blighijau ni. syg.

Sue- esok lusa ko main kutu, jgn sombong ngn aku ek?

sisYana- amiinnn...

i.z.m.a- nnt aku usahakan.

kakSal, Suzie Aleeya- salam aidilfitri (eh, da habis raya lah! hiiii)

eija_sweetmama said...

Dpt rasakan bila notebook rosak mmg tension dibuatnya...tp k.eija ni ada pc depan mata pun blog x terjaga..huhu, mmg kalau nak tinggalkan terus rasa sayang plk..,