Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
"Hai! Kum...."(memberi salam) kata dia. Gaya Arrizqi memberi salam. Panjang benar, last word je yang kedengaran.
"Hai! Assala (lidah bergulung-gulung) kum..." ahaaa ini gaya Adli. Part lidah bergulung tu yang aku tidak tahan. Demi hendak beri salam, dia buat muka selamba sahaja. Aku senyum dalam diam sebab nanti kena babab dengan Adli kerana gelakkan dia.
Auni is 5 years old, dia dah pandai beri salam dengan penuh bertenaga, bernada tinggi dan bermelodi. Beri salam pun boleh jadi lagu, itulah Auni.
Sejak aktiviti art berhenti, aku lebih banyak masa bergomol dengan dorang bertiga, terasa masa terisi dengan meladeni kerenah seorang demi seorang. Lelah juga walaupun memasing sudah pandai berdikari. Mereka hanya order sahaja apa yang mereka mahu, aku jugala yang ke hulu ke hilir bagaikan orang yang tidak cukup kaki tangan, lebih-lebih bila Auni mogok tidak mahu membantu. Sobs!
Aku sangat bertenang apabila mereka main bertiga, bergelak dengan galak, seorang jaga seorang. Auni usik Adli, Adli usik Arrizqi, Arrizqi usik Auni balik semula, hahahaaa. Rasa comel sangat. Bertuah dapat tengok depan mata. Rasa bertuah dapat berehat dan tidur dengan memeluk mereka bertiga walaupun memasing bersaing hebat berebutkan pangku aku, ihihihii. Sampaikan aku pun sudah keliru hendak menangkan yang mana satu.
Eh senang kata, aku gembira sangat. Sebenarnya, aku buntu ni tak tahu mahu tulis apa, ekekeke. Nantila aku upload gambar raya 2014, raya pun sudah melabuh tirainya. Jumpa lagi entry selanjutnya. Daaa...
4 comments:
sweet sgt gambar diowg =)
pendek je entry hari ni mcm tak puas pulak ..sbb dah terbiasa bila buka blog Ch@ mesti mcm baca cerpen
itulah bertuah dpt tgk depan mata, dapat gomol hari²..hehee, geram la tgk diorang 3 beradik ni sporting bergambar..comeyyy..
khumaera: eh? hai awak, terima kasih sudi singgah.
eima: alaaa, nnt aku taip panjang2 utk ko ye :)
kak eija: pantang lepas mandi, mesti nak suruh emak belanja bergambar sekeping dua :)
Post a Comment