Tuesday, 8 July 2014

Getaran hati bukan getaran jiwa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ha a, aku aci bubuh je tajuk tu sebagai penyedap jalan cerita yang bukan rekaan. Kenapa aku kata bukan rekaan, sebab ianya benar-benar berlaku tetapi aku tiada bukti kukuh yang aku ada bersama dengannya. Poyo. Tergelak sendiri aku taip ayat tadi. 

Beberapa minggu lepas, bulan lepas (menyelak balik entry bulan lepas-entry tiada) bulan yang agak sibuk jugalah sebab suami ke Sabah dan kebetulan adik aku bersama isterinya tumpang menginap tiga hari di rumah aku. Bagus juga, ketiadaan suami diganti dengan kedatangan adik aku. Jadinya, memang huru-hara sedikit jadual perjalanan kehidupan aku. Ok, adik aku ini dia memang ikut benar perangai mama aku yang sangat kasihkan anak-anaknya. Mama yang memelihara aku dan adik jadinya dia tahu bagaimana kekosongan dalam hati anak-anak apabila mereka mula mencari hiburan sendiri. Untuk memenuhi ruang kosong hati anak-anak yang sudah tepu di rumah, adik bermurah hati membawa kami berjalan ke IKEA. Bukan berjalan sahaja malahan siap membeli tiga buah meja kopi untuk trio ini, aku bayar kerusi je tiga biji, hihiii. 

Apa yang menariknya- ha ni baru berkaitan dengan tajuk tu, rezeki aku memakai sedikit cantik, biasanya bila keluar malam aku sempoi sahaja dengan treksuit, tshirt, shawl dan selipar jepun. Malam tu, aku beranggapan adik aku hendak pergi sedikit jauh, rupanya ke IKEA. Ok, fine. Apa perasaan pembaca sekalian, bila melihat seseorang yang anda sangat admirer, sangat kagumi dia, sangat bercita-cita untuk berjumpa dan berbual dan menjadi kawan, tanpa angin dan tanpa tahu dia berada di tempat anda berada tiba-tiba dia dihadapan mata anda? Ok, biar aku bagi jawapan yang sangat jujur, aku rasa nak pengsan. Pandangan mata samar-samar je, terasa kaki tidak jejak tanah masa berjalan, terasa macam senyuman aku sumbang dan senget dan tidak anggun langsung. Mata aku langsung tidak terasa hendak pandang lain hendak pandang si dia sahaja namun terpaksa juga aku sekat-sekat berikutan dia bukan seorang tetapi dengan kekasihnya, dan-dan itu jugala aku lupa nama kekasihnya yang cantik tu. Haih!

Lagi rasa hendak pitam bila dia betul-betul berjalan di belakang aku, terpaksa aku sengih jugalah bukan sebab si dia tetapi tersengih dengan perangai anak-anak aku dalam troli yang terjerit-jerit-jerit umi, umi, umi dan umi. Habis saham aku. Handphone aku genggam tetapi kenapa aku tiada keberanian untuk tegur dia. Aduhaiii, peluang sudah depan mata tetapi, why-why-why? kenapa aku rasa takut sesangat? terasa macam jantung aku hendak terkeluar daripada badan pun ada. Apakah sebab dia dengan kekasihnya atau sebab aku risaukan dia mengejar waktu atau aku akan susahkan dia, argh! kenapa aku keluarkan statement poyo begini. Aku pujuk hati sendiri, dia hanya manusia biasa. Sampai ke sudah hati aku tidak makan pujuk dan si dia berlalu pulang begitu sahaja. Menyesal? 

Terkilan jugalah, kenapa aku tidak boleh jadi peramah macam biasa. Walhal, adik dan isteri sporting habis, suami aku juga tiada. Aku pun pelik dengan perangai sendiri, ke sebab jawatan aku ni, membuatkan aku rasa rendah diri dan penakut. Ohoi! makan dua minggu jugalah aku terkenang-kenangkan si dia bersama kekasihnya tu. Kenapala aku boleh lupa nama kekasihnya masa tu juga sedangkan sebelum-sebelum nampak je dorang berlakon bersama dalam drama, kelakar tapi itula kenyataannya. Tiada satu pun photo kami, aku cuma teringatkan kenangan tu bila anak-anak aku main di meja masing-masing.

Masing-masing baik je perangai. 

Ok, seorang sudah mula. 

Seorang lagi menanti line clear.

Ahaaa, tertanya-tanya kah, siapa gerangan si dia yang aku suka itu, suka sahaja ya, tiada lelebih. Dia ialah, Nazim Othman dan Bella Dally. hew-hew-hew. Betul, mereka berdua yang aku jumpa semasa membeli meja kopi dan kerusi si trio ni, kecoh je kan? maknanya, aku ini tiadalah berani sangat pun, hehe. Baiklah, selamat berpuasa kawan-kawan :) Minta maaf, menyimpang jauh daripada cerita puasa (memang tiada kena mengena pun)

Handphone rosak, jadi beralih arah ke blog pula, tu yang tiba-tiba ada entry hari Selasa, takpe kot?


10 comments:

nad said...

nazim othman rupanya.....
hehehehe...
suka dia sbb dia ala2 kpop ke? :)

eima said...

peerrghhh ayat cam cerpen .. hihihi

aku dpt bygkan prasaan ko time tu hihihi

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

hoho...minat nazim othman rupenyer ye..nway, besar dh trio cha..ada harapan nk tmbah lagi tak..akak teringin nk bby gurl sorng lagi tp entah ada rezeki ke tidak kan..hihihi

mamaarifakeemaisy said...

Kihkihkih.... tersengeh2 akak baca la... cha ni mmg boleh menulis cerpen, buat pembaca merasai perasaan penulis...kikiki... rugi la takde bukti...hihi...
Tapi kalau akak pun sogan....ngee....

Masya said...

hahaha.. kan dah teringat² jer, tp salunya mmg camtu dah dpn mata mmg terkedukan klu jumpa org yg kita macam kenal, eh² macam minat .. tkt slh org pun iye..

LYAfrina said...

hahah.. igtkan dh x nak bgtau siapakah gerangan itu.. last2 bgtau gak..nazim rupanya.. encem tak dia kat luar?/ heheheh

alhamdulillah..rezeki trio, dpt 3 bijik meja..blh belajar sama2..

:: Mrs.SyahNia :: said...

ehh ehh ingtkan sape..jumpa retiss yea..hihi

dulu masa skolah jumpa retis depan mata mesti teringt2 smpai tido pastu terus jadi minat..harhar

Fizah said...

wahhh sorg satu meja and satu kerusi...comels!! :))

ch@ said...

kakNad: kpop ke? hahaha, kita mmg suka tgk dia berlakon kak. romantik gittu.

Eima: bajet penulis la kan, hahaha.

kakLily: inshaaALLAH andai ada rezeki, lagi seorang kak. girl.

sisYana, kakIeyna: kan...? mmg masa tu cam, isk la... kejang.

Lya: sangat ensem, dia senyum tu aduhaiiii...

Ain: hahaa, masa sekolah tak reti nak minat retis, sbb duduk asrama so taktau sgt perkembangan retis.

Fizah: bergaduh jugek...tah la.

eija_sweetmama said...

hehe..peminat nazim othman rupanye..mmg best baca penulisan cha ni, bersungguh baca nak tau siapa dia..

kalau k.eija pun terserempak artis, segan jgk nak tegur, tengok je la..huhu.