Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ada seorang kawan pesan pada aku untuk update blog seminggu sekali, satu entry satu minggu, jadila untuk dia mengetahui khabar berita aku dan anak-anak. Katanya lagi, dia gemar sangat cara aku menaip dan menyusun tatabahasa dalam entry, bagaikan membaca novel. Wah gittu! Bagus punya pendahuluan.
Masuk pula bahagian isi, kisah kali ini ialah pertuturan anak-anak aku yang semakin membesar di rumah. Arrizqi, sudah pun 18bulan. Cergas, bijak, peramah, kuat mengusik, suka menggoda dan pandai buat muka minta kena gomol. Dia ialah tempat abang dan kakaknya melampias geram, jangan disangka dia kecil dia hanya mengalah, Arrizqi akan balas balik apabila kakak atau abang sedang leka atau tidur. Modalnya? tidak ketuk dengan mainan yang dipegang, dia akan gigit. Confirm yang dua tu akan melalak dan mengadu.
"Aki gigit aye (Arrizqi gigit saya)"- Adli.
"Umiiii, adik gigit saya"- Auni.
Perkataan yang paling pandai Arrizqi sebut dengan nada mengejek "hahaa, tak tahu", bila orang tanya dia, itu sahaja jawapan yang boleh dia beri dengan muka minta gomol. Masih pelat dengan sebutan 'akak (kakak)' dan kedengaran jelas bunyi sebutan 'Aie', kakak love him so much but Arrizqi love abang so much, ahahaha. Perkembangan lain, dia sudah boleh disuruh dan berdikari, gemar akan buku juga menumpu sepenuh perhatian terhadap satu permainan. Suka berangan, suka bercakap, suka menjerit, suka melempar barang, suka mengusik Adli, suka mengorek telinga sendiri dengan apa sahaja benda yang dipegang siap dengan memek muka cemberutnya sekali.
Adli, orang melihatnya seperti dia anak emak. Iya, dia memang anak emak, manja, suka minta dukung, suka minta peluk, kadang aku pun konpius siapa yang adik kerana, bila dalam kereta adik dengan kakak dibelakang tetapi emak pangku Adli duduk di depan. Kan...? bila aku duduk belakang, situasi sama juga. Adik tidur di bawah yang atas pangku harus Adli. Dia memang sudah pun pandai request bila pandai bercakap dengan nada sedikit pelat. Bahasanya, sama juga seperti kakak, bahasa kartun.
"Umi, nak coh tang (umi nak basuh tangan)". Aku je yang paham cakap Adli ni. Abi, langsung satu dia tak paham.
"Nak do, umi (nak tidur dengan umi)". Ini kes, sampai bergaduh dengan abi dia, berebut aku kadang sekali Arrizqi masuk campur. Adli sedang belajar, sambung dan susun perkataan untuk jadi satu ayat. Perkataannya tunggang terbalik namun boleh difahami. Bila bergaduh, dia paling lekas menangis. Sangat sensitif dengan kehilangan bantal busuknya, lagi-lagi bila diambil Arrizqi. Itu kalu memang rasa hendak roboh rumah dengan jerit pekik Arrizqi kesukaan, Adli yang menangis ketewasan. Sangat kurang dengan buku, tetapi bila berbaik dengan kakak, secara automatiknya dia boleh jadi kawan baik. BFF. Gelak, makan, tidur, main everything is kakak. Pantang kakak ajak, Adli pasti tidak menolak.
My little superheroin, ahahaha. Macam biasa, seorang yang cakap banyak, cekadak pun banyak, cakap coner-coner pun dia boleh, pakar memujuk, banyak pertanyaan, banyak idea, banyak emosi, pokoknya segalanya banyak. Auni, boleh jadi penyanyi, penari, cikgu, doktor, pengalih bahasa, chef dan pengajar yang baik. Ye, she is only 5 years old. Bila aku tanya, Auni belajar apa di sekolah?
"saya baru 5 tahun la umi, hari ni saya tak belajar ABC, saya belajar nombor"
"Afifah pukul saya kat sini tapi saya tak nangis pun, saya pukul dia balik". See? anak siapa?
"hari ini Iman kena diri atas kerusi"
"hari ini Shaza pakai cekak rambut"
"umi tolong angkat beg saya ye" Bila dia tengah makan aiskrim.
"hari ini kita tak payah beli jajan sebab saya dah dapat gula-gula"
Semua dia akan cerita apabila sampai di rumah, masuk stokin dalam kasut, tukar baju, mulakan operasi di rumah pula. Jika dia letih, minta susu terus sahaja tidur, jika tidak dia akan tidur lepas mandi petang sampai esok paginya. Sedikit sebanyak, Auni boleh diharap untuk ringankan sedikit beban. Like I said before, Auni love Arrizqi so much. Dia paling banyak bergaduh dengan Adli, well Adli pun sudah pandai lawan cakap kakak maka beremosila si kakak.
Satu yang aku nampak dia mewarisi emak ialah menghafal dan tahu nama kawan sekolahnya, bila hendak pergian meninggalkan sekolah, dia buat lambaian. "bye Iman", "bye Damia", "bye Hakim, kita jumpa esok" daripada dalam kereta. Bila aku tengok name tag mereka, ya betul, Auni tidak salah orang, kagum jugala sebab aku ingat nama kawan-kawan pun sudah masuk darjah 1, pasal masa sekolah tadika aku enam tahun dan tah, aku hanya ingat nama 2-3 orang yang betul-betul rapat dengan aku sahaja.
Jika aku hantar dia, ramai juga yang menantinya di muka pintu kelas, "hai, Auni", "hai Ayuni" dah bermacam nama pula. Seronok sahaja melihat mereka masuk beriringan berseragam sekolah masuk ke kelas. Comel. Aku sudah tidak risau lagi. Malah lega sebab hanya menjaga dua orang sahaja di rumah yang masih tidur.
Bagaikan itik dengan ayam. Boleh je nak Hi 5, gunala bahasa isyarat.
Nampak je bagaikan isi dengan kuku, hakikatnyaaaa...emak sahaja yang tahu.
Barula muafakat membawa berkat, buat emak membanting tulang hapus semut sebab makan atas tilam. Arrizqi-tu la namanya muka nak kena gomol.
Bagaikan aur dengan tebing. Berkerjasama, barula emak rasa aman.
Kesimpulannya, aku agak lega sedikit berbanding sebelum ini yang terkejar masa sana, terkejar masa sini hendak buat kerja sendiri pun rasa macam tidak cukup masa. Kata orang alah bisa, tegal biasa. Awal-awal kita redah je lepas tu kita susun la jadual lepas tu kita buat hari-hari, lama-lama biasalah. Maka, tidak hairanla berat aku naik sejak akhir-akhir ni. Hati senang maaa.
10 comments:
alah bisa tegal biasa kata org :)
masa awal2 je payah sket nak susun masa, lama2 dah lali dah ..
:)
betui2..
lama2 tu beransur ok
berkat kesbran Cha..
ank2 pon dh bsr..dorang raham kn
selalunya ibu2 yg akan fhm bahasa anak2 ni sis...
ayahnya lambat skit hehehehehe...
makin besar, makin ringan skit kerja tu...
nanti bila dah besar...
lagiiii senang and kita akan rindu lak suasana dorang kecil....
bagus auni nak bercerita apa yg dia buat di tadika, ermm zaquan jgn harap, ikut mood dia la nak bercerita.
ok la hati senang cha, jgn susah hati..hihi.
ko buat entry cam karangan
ejaan betui tak de suka hati je tulis... terbaik
aku suka baca entry2 ko Ch@
arrizqi nak kena gomol tu ketawa smp tak nmpk mata...comel sgt....;)
Seronok yer mereka bertiga. Arizzqi dan Adli dah macam kembar. teringin nak jumpa mereka bertiga
dah lama² makin serasi duduk rumah dgn anak².. tahniah cha membesar bagaikan juara macam anak² yg sedang membesar jgk... suka baca kisah bdk² ni.. ada jer keletahnya...
kakNad: terima akasih kerana sentiasa menyokong.
kakZura: inshaaAllah, tak sabar nak tunggu turn akak pula.
rasp: btlla, skrg pun mcm da rindu dorg masa baby2.
kakEija: anak lelaki payah sikit nak buka cerita, melainkan kena desak kita bertanya. Auni ni sgt la becoknya.
Eima: hahaa, karangan ye. aku buat sportcheck spelling sblm publish. thanks sebab sokong aku mek.
Fizah: muka minta gomol. haha.
Dilaz: ada rezki kita jumpa. Arrizqi kaki buli.
sisYana: takleh kembang sgt nnt tak larat nak buat kerja. bdn jd sakit dan manja.
Post a Comment