Wednesday, 30 April 2014

Feeling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, hehe. Maafkan aku kerana telah skip satu minggu punya cerita, alkisahnya aku sangat sibuk pada minggu lepas. Klise betul bunyinya. Mungkin kerana aku kurang sihat membuatkan masa dan keadaan sekeliling bagaikan mengejar sahaja, bila sudah buru-buru membuat kerja mulalah emosional. Hendak marah, hendak merajuk, hendak memberontak, hendak menangis, senang kata mood positif memang zero.

Apapun, ada juga dua tiga perkara yang membuatkan aku gembira yang bukan calang-calang, dalam pada aku merajuk masuk pula wassapp daripada penulis majalah ibu&anak, Fiza menyatakan bahan bakar aku telah pun diterbitkan. Terharu sangat sampai semua medium sosial aku update. Terharu sangat sampai semua contact listed aku beritau. Terharu sangat sampai saudara mara jauh dan dekat aku war-warkan, haha. Jakun. 

Kebetulan diterbitkan pada keluaran bulan keistimewaan aku, manalah aku tidak teruja, boleh jadi hadiah paling istimewa dalam sejarah hidup. Iya, walaupun ceritanya berkisar ibu dan anak, ceritanya tentang aku dan keluarga, sebagaimana yang diketahui aku hanyalah pengurus rumah tangga. 

Ok, boleh dapatkan dipasaran sekarang ye. Majalah ibu&anak keluaran Mei.

Minggu membawa Arrizqi mendapatkan imunisasi yang terakhir, 18bulan. Diam tidak diam, sedar tidak sedar dia sudah pun pandai segala macam benda, paling aku sangat geram bila dia merajuk, haih! dia akan pergi jauh daripada aku dan menangis sungguh-sungguh. Mujurlah masa ke Klinik Kesihatan, dia baik-baik sahaja. Kena cucuk pun tidak menangis cumanya dia mempamer riak muka cuak yang aku dengan nurse tu pun boleh ketawa. Muka cuaknya sangatla comel. Bila sudah dapat kaki, aku hanya heret sahaja dia, lekas sahaja kakinya ke arah tempat jual mainan, tunjuk bola tiga biji. Sebelah tangan heret bola, sebelah lagi pegang emak, berjalan keluar daripada klinik, cer bayang kejap, tidak ke comel dengan berbaju hoodie.

Upah sebab dia berkelakuan baik sepanjang di klinik, lagi-lagi bola yang ada di rumah pun sudah kempis dikerjakan. Aku pun confuse macam mana dorang ni main bola, kesian melihat keadaan bola tu yang telah lembik tidak bermaya. Bola sebelum ni, ada dua tiga biji. Teruja sangat melambung bocor terhiris bilah kipas. Ada yang bocor sebab masing-masing buat eksperimen, cucuk dengan hijabpin emak. Tahu-tahu sudah bengkok pin tudung berkepala bunga ros hitam aku tu. Mengganas sungguh.

 Heart, Love and Soul.

 Arrizqi mewarisi perangai suka tidur merata-rata kakakAuni.

Melayan ragam superkids ni, sangatla peluh ketiak.

Sudah masuk minggu kedua, bola masih elok tetapi mainan lain pula yang habis ranap tidak sampai dua hari. Hujung minggu lepas meladeni rasa tidak puas hati dengan si abi dorang, abi memujuk aku berjalan di uptown Kota Damansara. Happening jugala, dia berusaha memujuk aku bertanya aku jika hendak beli apa-apa. Aku, bila di aju soalan begitu, sangatla blur. Buntu. Lagi-lagi mood belum berapa hendak pulih, melayan pula si trio makanya semua ke laut. Beli untuk puaskan hati anak-anak sahaja. Tiga-tiga dapat, semuanya mainan berbeza, konon hendak bagi pelajaran supaya main bersama-sama. Hrmmm...harapan je la. Masuk kereta, Adli sudah berebut mainan Arrizqi, yang Arrizqi pun sama naik tidak mahu mengalah. Buat muka benci sungguh-sungguh orang hendakkan mainan dia. Gelak aku dengan abi tengok perangai Arrizqi. Yang Adli mereka macam-macam idea untuk ambil mainan Arrizqi, kepetahan dan pelat bercakapnya sungguh buat aku gelihati. Comel betul.

Bila kakak sudah masuk tidur, habis Adli kerjakan mainan kakak, mainan adik. Tercabut semua bateri mainan, kepala lori pecah kena pijak, kucing elektronik habis lemah, demam tidak bermaya. Sekejapan mainan sudah tidak berupa asalnya. Sabar je la.

Suka buku, suka novel, suka art, suka alat tulis.

Esoknya ke Tesco pula untuk menambah semula barang dapur, apa hendak buat di sinila tempat paling aku suka. Sebelum itu haruslah menyenarai penuh segala benda yang hendak dibeli. Soalan semalam di aju lagi dan seperti biasa aku menggeleng sahaja, aku tidak tahu apa yang aku hendak beli melainkan jika soalan itu diguna pakai di kedai buku. Ahaaa, aku suka stationary, aku suka bookstore, aku suka MPH, aku suka Popular dan impian aku ingin membeli belah di Kinokuniya KLCC. Ada duit berkepuk dalam poket, beli segala benda berkaitan art dan buku.

Koleksi fridge magnets untuk tiga orang customer. Ada dua customer lagi menanti. 

Aku dapat kejutan daripada abi ni, masih lagi mood terkejut dan tidak sabar, hehe. Kerja terkejut je la kan. #bukan pregnant. Makanya, aku akan berhenti seketika untuk membuat sebarang art. April, Mei, Jun, Julai, September, Oktober dan Disember merupakan bulan-bulan istimewa untuk aku. 

Kepada anak-anak ahli KuTuppy 2014, nanti emak akan updatekan barang-barang yang hendak di letgo, tunggu emak habis bayar dulu ye, hihii. Sebahagian barang shopping kalian, sudah pun emak pos dua hari lepas. Terima kasih kepada abi kerana sudi menguruskan mengeposan barang-barang kalian, sebagai upah dia menyuruh emak temankan dia ambil kereta kelisanya yang dicat 'skirt' nya menampakkan lebih sporty. Hrmmm, makin mudala abi trio tu, tidak boleh jadi ni, aku kena minum kolagen semula nampaknya, hahahaaa.

Kesimpulannya, perasaan pada minggu lepas sehingga ke hari ini ialah, bercampur aduk antara negatif dan positif. Sebolehnya, negatif tu tidak perlu ada pun namun kita hanyala manusia biasa, tidak lari daripada sedih, marah, suka, gembira atau menyampah, yang pasti mesti ada cara untuk mengatasinya, kan semakin hari semakin sayang, aku rasa aku sudah mahu mula perangai aku masa zaman bebujang balik. Siapla perangai gila novel dan kaki shopping sudah mula hendak mendatang ni. Isk!

Ajaran kakak Auni, Arrizqi is blue, Adli is green yellow.

Cukup tak cerita ni? ihihiiii...ooo kejutan daripada abi? tunggu entry menyusul. Follow la IG, sya2ablatib. Biasanya aku update IG dahulu kemudian bloghijau. Jangan lupa dapatkan majalah ibu&anak keluaran Mei, aku ada disana. Daaa and salam sayang. Yang feeling cam retis :)

8 comments:

nad said...

alaaaa...nak tau gak ni hehehe..
cer update blog dlu baru ig hahahaha..!
henpon baru? holiday?
walau apapun kejutannya, kak nad tau cha hepi n kak nad pun tumpang hepi bila tgk cha hepi...
haaa byknya hepi, penin sudaaaa haha

Masya said...

semua cerita rangkum satu entry xtau nak komen yg mana satu .. cuma tumpang rasa gembira glamour cha masuk majalah hihihihi

mamaarifakeemaisy said...

Lengkap semua kisahnya stok 2 minggu :-)
Waah kejutan? Cuti2 ke.. hehe.. yg pasti akak tumpang happynyer.. hehe..

Herm.. akak dh semakin menjauh dgn dunia buku2 ni,tp cha punya pasal, kena pi cari majalah tu jugak ni..terbaek..tahniah!

Humaaiih, hero2 cha, baguih betul la ajaran kakak oni nya.. hehe..

eima said...

wahhhh cayalah hebat .. akgum2

Fizah said...

waduhhhh retisss sudahhh kawanku ini...hehehe

Unknown said...

wow..lmk x masuk blog sha, masuk majalh rupanya.. tahniah..

eija_sweetmama said...

tumpang happy cha, masa baca di weechet cha terus cari majalah ibu dan anak keluaran mei ni, time tu outstation penang, xde la plak keluarannya lg, hope sempat dapatkannya sblm berakhir bulan mei ni..:)

kejutan daripada abi bawa g holidays kan, happy holidays cha..:)

ch@ said...

kakNad: so dah tau kan? kita pergi holiday, yeay!

sisYana: hahaha, bila diari update sminggu skali, mcm ni la jadinya. baca je sis.

kakIeyna: belila majalah tu, sbg hadiah hari lahir kita, kuikuikui...

eima: tq eima, kau tak sudah2 dok kagum dgn aku, ko pun tough jg apa, handle dua anak, berkerjaya.

fizah: ahahaha, nak autograph tak?

siti rokiah abdullah: wah, terima kasih tau sudi singgah.

kakEija: inshaaALLAH sempat beli kakEija. kuikuikui... tq kak.