Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jumpa lagi pada hari Rabu, bersama hos anda ch@hijaucantik. Setelah hampir satu bulan Auni bersekolah, rata-rata pembaca bloghijau ini kenal dengan Auni, si peramah, si banyak tanya, si banyak kerenah, si banyak cekadak, si banyak akal dan segalanya banyak la ada padanya, mesti hendak tahu perkembangan aktiviti dan perangainya pabila sudah bersekolah.
Sebagai ibu bapa kita mesti hendak melihat perubahan positif mereka kepada sekolah. Auni memang seorang yang macam-macam, normal kerenah anak yang baru hendak lima tahun, mereka cenderung menggeledah dan menjelajah sekalian alam, aktiviti bermain memang tidak dapat dipisahkan baik di rumah atau di sekolah.
Minggu pertama dan kedua, jawapan kepada soalan yang sering aku tanya sudah menampakkan perubahan. Serius, aku memang alert sangat, antara sebab mengapa Auni lebih suka mengambilnya pulang ialah aku suka bertanya aktivitinya di sekolah. Soalan sama sahaja, "Auni makan apa di sekolah hari ni?" atau "Auni belajar apa hari ini" dan pada minggu ketiga dia sudah bercerita sendiri tanpa aku bertanya, haha.
Awal minggu lalu, jawapannya ialah "main, main, main dan main" sampai aku pun naik konpius, apakah dia hanya bermain sepanjang hari? Namun, mengikut intipati mesyuarat JPTP yang lepas, cikgu lebih utamakan anak-anak berumur enam tahun didapati hampir separuh masih tidak mengenali huruf ABC, makanya tidak hairanlah Auni hanya bermain sahaja.
Masuk minggu seterusnya jawapan "hari ini saya belajar ABC". Dengan selamba dan tidak menyempat-nyempatnya dia hulur segala kertas bertulis tangan kirinya kepada aku, bila dia menulis tanpa titik-titik dia memikir bentuk-bentuk huruf yang kebiasaanya terbalik ialah B dan D. Huruf M dan W. Setelah dikerah berkali-kali barulah nampak kebolehannya menulis ABC huruf besar dan kecil dengan cemerlang.
Now, jawapan kepada soalan aku yang sentiasa sama, "hari ini saya belajar anggota badan", "hari ini saya belajar nombor, umi", "hari ini saya makan cupcake", "hari ini saya makan nasi tapi ada daun, saya tak suka daun", "hari ini saya belajar anggota badan" dan perkataan yang dia sudah biasa sebut "thank you teacher", "tujuh hari satu minggu". Paling seronok dia sudah mengetuai meja makan dan bilik tidur dengan membaca doa untuk semua sebelum makan dan tidur. Hi5 Auni.
Mungkin, Auni juga mengikut jejak langkah emak yang suka art. Dia suka melukis rumah, pokok, matahari, tanah, awan, pelbagai jenis bentuk, merwarna dan menulis nama sendiri, wiii!
Ada titik-titik ni, jangan tertipu.
Usaha Auni, suruh buat bulat enam biji, tangan lenguh katanya.
No more titik-titik, buat sendiri hasil pantauan abi walaupun kertas sudah jadi seperti sampah.
Karya Auni, aku kata huruf A macam buai, betul-betul dia buat A jadi seperti buai. Rumah Auni tu salah, katanya lagi, "habis, rumah Henry Huglemonster macam ni". Ok, aku pun ajar buat rumah, sekali sahaja dia tengok terus dia boleh buat. Kertasnya? Jadi sampah sudah.
Owh! dia still suka buat ABC terbalik, ala-ala cermin. Sekarang, semuanya hampir berjaya ditunjuk ajar, anak-anak ni, sangat terang hati bukan...? Setuju tidak? Sekian sahaja bebelan hari Rabu, kekeke.