Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Minah ni, kalau YM ngan aku tidak sudah-sudah aku digelaknya. Pasal apa? Pasal termengandung Arrizqilah. Hehe. Pecah sejarah betulkan? Now, Arrizqi 4th month already. Membesar bagai juara, mewarisi kakak dan abang juga. Emak, pening-pening-pening.
Then, semalam sambil menunggu Auni dan Adli mandi kolam, aku buka peti surat. Dah duduk rumah sendiri, hari-hari menjengah peti, pantang ada motor posmen lalu. Hahaa. Jakun. Sebesar kertas A4 ni pun dia main sumbat bubuh dalam peti. Tertanya-tanya juga aku, sebab kiriman untuk aku tapi apa?
Koyak dengan rasa tidak sabar. Oh, daripada Yana untuk Auni. Adli buka juga, just tengok gambar je la. Auni sudah busy mengerah emak cari pen atau pensel. Adli hendak dekat tengok pun dilepuknya. Geram-geram.
Bila dapat sahaja pensel, mulala dia eksplore. Lupa dengan abi yang baru sahaja mengurung dia dalam bilik gara-gara melepuk Adli. Depan mata abi dia buat perangai, memang siaplah. Abi hendak masukkan dalam bilik air, aku pula yang membebel sebab baru sahaja aku mandikan dia. Kalau masuk dalam bilik air, Auni memang suka. Duduk berendam dalam besen, siap buih-buih lagi. Saja, menaikkan darah emak.
Adli jeles dapat sampul surat je. Adoiii la anak.
Terima kasih aunty Yana for the gift. Auni like it. And surprise nya emak apabila Auni sudah tahu nombor, wahahahaaa... aku sebut satu, dia sebut one. Rupanya, dia sudah pun tahu one to ten. OMG, bila Auni belajar ni? Orang putih la sangat. Warna pun dalam BI ok. Emak punyala jawa, sebut bahasa melayu. Auni speaking. Aduiii advance.
Nota hijau: So far, Auni hampir bebas drypers. Cuma tidur sahaja dia pakai drypers. Akan diusahakan. Turn Adli pula.
7 comments:
Auni dapat gift buku ye dr aunty yana , exsited nmpknye auni dpt buku baru..
wah clever girl la auni :)
alhamdulillahh.. dah selamat sampai.. auni suke yer.. dah kebetulan nak hantar keychain cha menang bglah auni buku sekali.. keychain tu dapatkan.. gegegegege.. jgn hilang sudah...
hebat mak die sbb rajin jd cekgu kat rumah
Waaah pasti dikerah ummi jd cikgu ni, dpt present buku... :-)
Auni bijak, grg juge ye..samalah arif tu, si adik nasib jens cool..
kakNad, eija:
hiks...
yana:
terima kasih yana, keychain? xde pula sampai. aiyak...
eima:
hahaa, cikgu garang.
kakIeyna:
uiii tgn dia, cpt je nak cepuk adik.
alaai... kesian adli.
kakSal:
takleh jg bg dia, smua dia pakat masuk mulut.
Post a Comment