Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Telah diketahui, Adli sudah pun bergerak dengan pantas dengan hanya mengesot/kombat. Macam mana pun memang sudah maju dan laju ke hadapan. Letak atas tilam, tengok-tengok sudah tidak ada, rupanya bawah kerusi meja makan.
Letak hujung kanan tilam, tengok lagi sekali sudah pun atas lantai sebelah kiri. Berguling, mengesot dengan gembira tidak mengira badan tu super tough, angkat montot tinggi entah gaya hendak duduk atau pun merangkak, sebab seringkali tidak menjadi. Mungkin masih kegayatan. Ngeri untuk muka gebu itu menyapu lantai.
Paling emak pening apabila sudah berada antara kerusi-kerusi meja makan, tapi badan tidak boleh nak melepasi ruang-ruang yang ada. Ke hadapan tersekat, mengundur adalah mustahil. Apalagi, menangis adalah jalan terbaik.
Apabila rumah abi itu sudah hampir bergegar, datang kakak Auni yang penyayang untuk menghulur bantuan. Sayangnya, bantuan yang dihulur adalah tidak berpatutan dan memadai, kakak Auni main aci redah sahaja menarik adik Adli keluar tanpa memikirkan sebarang risiko-risiko lain, baginya yang penting ialah menarik adik keluar daripada celahan kerusi.
Semangat yang membantu yang boleh dicontohi, tapi raungan Adli makin jadi tidak terkawal. Kakak Auni diam, menepuk belakang Adli, memujuk. Berlari mengambil segala mainan, dan ruang lingkup sepah rumah semakin besar. Tangisan Adli masih belum reda sedangkan kakak Auni sudah lelah, kelihatan nafasnya turun dan naik dengan pantas. Kasihan.
Kakak Auni masih lagi tidak berputus asa apabila sama-sama berpanas di bawah kerusi yang sama, menemani Adli supaya Adli berhenti daripada menangis. Bola loceng, rattle, teether, anything softoys kecuali barang dia sendiri habis di bawa kepada Adli. Ya, tangisan Adli reda, kakak Auni lega. Bila Adli sudah agak leka segera dia memanggil emak untuk keluarkan adik.
"adik angesh ummi, adik angesh [adik nangis umi, adik nangis]"
"adik anash, nak cucu [adik panas, nak susu]"
Emak senyum-senyum sahaja sambil mengambil dan memujuk Adli. Kakak Auni menyambung kerjanya semula. Apabila Adli temankan kakak, usik buku kakak, kakak Auni ambil mainan Adli. Adli sudah bosan dengan mainan sendiri, masih lagi usik pensil warna kakak, usik kotak pensil kakak. Kakak sudah naik geram, kepala adik pula jadi mangsa. Tangisan bergema lagi. Haih!
Sepakat membawa berkat. Bawah meja rumah tok mama papa.
Berbaik-baik.
The war begin.
Hrm, Auni sayangnya ada, geramnya ada, kedekutnya ada, dia belajar daripada emaknya. Kedekut dengan mainannya sebab mainan Auni agak bahaya untuk Adli. Tidak sesuai untuk umur Adli. Itu adalah penyebabnya. Adli pun sudah ikut perangai kakak, suka makan kertas buku.
Nota hijau: Kalau tidak adik yang meraung, kakak pula minta manja. Kalau kakak di manja, adik pula cemburu minta manja juga. Bila dua-dua minta manja, memang emaklah yang jadi mangsanya. Kecoh rumah dengan tiga beranak ini.
11 comments:
sweet kisah dua beradik nie...tak sabar rasanya nak tengok aksi farisyah dan adiknya pulak...insayallah
samalah...iris pun dah maju kedepan...skang dah duk lam walker...senang...hehehe
hehe..Adli suka pegi bawah meja ye, sama la mcm Ziqry sampai skrg pun suka sgt nak duk bawah meja.
cute jerk auni, dah nmpk sifat kakaknya tu, Zaquan pun sama kadang2 main dukung jerk adik dia, kita risau dia main dukung jerk adik dia pdhal pd masa yg sama dia nak slmtkan adik dia..
ada² jer keletahnya... wahh adli nak jadi askar ker pandai mengesot?? ayah polis hihihihi...... amir pun dulu mcm tu.. memang tak merangak² lepas mengesot pandai duduk kejap terus pandai berdiri kat sofa atau meja.. macam meniti berjalan... tapi betul³ pandai jalan lamanya setahun 2 bulan huhuhuhuhu.....
suka kak izan bila bayangkan gelagat 2 beradik ni... kak auni ni mmg penyayang betul ngan adiknya ye cha. bagus... takdelah dia nak buli2 adiknya kan...
Alolololo!!!
Comelnya..
Ni betul "muafakat membawa berkat".. ;)
anak2 penyeri suasana ;)
hahahah comel muka adli cebik last skali tu... hihi
kak jue:
kita pun tak sabar nak jmpa kak jue.
cik mot:
kita takde walker kak, mmg nak kena beli.
eija:
auni main redah je. adli dah meraung sebatu. dia usaha juga.
yana:
auni 11 bulan dah cekap. dia jln dulu, terpaksa kita pulak yg mengejar.
kak izan:
kadang2 dia buli juga kak izan. ikut mood, mood dia baik mmg baik betullah.
ibu aqil, kak nad:
[like] hehe...
kak @eda:
tehehehe, muka cebik.
huyee...bestnye...adli dah boleh explore sendiri..lalala..hehe~
rumah kena bersih sentiasa la time gini kan..tk sabar nk tggu turn hakeem plak.. ^_^
kak ieyna:
hakeem tu lbh cpt progress drpd adli, so tak lama lagi la tu. tu yg payah tu kak nak kekalkan rmh bersih, lagi2 ada anak dara yg 'rajin sgt'
Post a Comment