Monday, 2 April 2012

Masih lagi membahan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah surat permohonan untuk membuat lawatan sambil belajar diserahkan, eh? sambil belajar? dan jawapan sebagai balasannya adalah positif makanya akiviti untuk berkumpul adalah 'jadi'.

Macam biasalah, kalau sebut fasal mahu keluar berjimba, emaklah paling membusykan diri. Menyediakan itu ini supaya tidak ada apa yang tertinggal. Kalau boleh semua benda hendak diangkut.  Setelah call sana-sini-situ akhirnya kami orang pertama sampai di rumah yang dijanjikan.

Rumah ada baby baru, Hanan Zulaikha. Baby setelah dua tahun menunggu oleh pasangan Yasturainee Izma dan Zulkhaime, alhamdulillah baby Hanan keluar dengan sihatnya. Oh, sudah ada yang tempah ya so Adli, kena cari lainlah. Siapa mahu kat awak yang berbadan tough tu? takpe Adli, kamu tetap kacak di mata umi walaupun tough. Muahahaaa.

Tidak lama kemudian, sampai lagi dua buah kereta. Yang pasti, dorang kawan-kawan aku juga. Satu tempat belajar, dan macam biasalah bila berkumpul orang-orang ni jugalah. Siti bersama Batu dan Raisha. Azura bersama Syah dan Piya serta Aan. Bila sudah berkumpul, bukan sahaja untuk melawat baby Hanan, akan tetapi saling membahan antara satu dengan lain.

Gelak-gelak-gelak, bertingkah kata, gelak-gelak-gelak bertingkah kata. Pokoknya, rumah atuk baby Hanan tu jadi riuh dengan geng satu tempat belajar ini. Anak-anak? Auni sudah geng dengan kakak Piya, Aan dan Raisha. Berpeluh-peluh hilang ayu berbaju gaun. Adli? letih tunjuk skill di suap makan, susu dan tidur. Dia bawa diri sendiri je. 

Adli mengejar pensel kakak Auni.

_
Punyala cantik keluar daripada rumah. 
Gambar sebelah, setelah sampai di rumah baby Hanan dengan hingusnya, YaALLAH Auniii.

Adli maintain. Kacak untuk umi macam biasa.

Lengkap sudah keluarga ini. Syukur.

Adli dengan mama Zura, lahir di tarikh yang sama 27th September. Adliii, jangan garang macam mama Zura ok. Huihuihui!

Nota hijau: Sekian sahaja entry cuti-cuti Selangor. Muahahaaa.

10 comments:

Izan Ishak said...

syoknya jalan2 tgk bby baru... ni yg buat teruja n tak sabar2 ni... hehe...

Salina@IbuAqil said...

Sonok dpt berkumpul ngn geng2 lama ni kan deq cha.. ;)

Imaan09 said...

seronoooknyaa..
dan saya suka baju pasang-pasang auni n adli..chomell!

Bond@ While@ said...

serius..adli dah rupa auni skit. acuan same. :) bila lah dpt jumpa ea. hihi..

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah lengkap dah sbuah keluarga ye..mesti happy sgt tu kan..

ohho, same like arif la, comot momot gara2 berhingusan..huu~ skrg dh ok sket, si adik plak..alahai~

Adli maintain encem, mahal senyuman dia ye..hehe~

ch@ said...

kak izan:
hihiii, nnt pergi tgk kak izan pulak.

ibu aqil:
sgt seronoknya.

leaimaan09:
jenuh mencari yg mcm ni, nnt nak cari lagi. sedondonkan? kita mmg nak sgt cari gaun for auni, t-shirt for adli. now, dah tahu mana mahu cari.

bonda QWP:
kan-kan-kan. abi tu dia mcm seteru ngn alonglah. tak boleh sebut nama along langsung. tapi, dia mmg taktau kes2 dulu tu. tak pnh story pun.

kak ieyna:
betulla kak. yg kita perasan, bila adli sesema (mak dia mnm air sejuk) then kakak auni pun sesema.

Jue said...

comel kamu berdua..merahnya...

sal ya said...

seronok tgk baby baru. cuba bandingkan dgn adli. pergh... besar kan adli?! hehehe...

sitiebby said...

cun je baju adli dan auni. Kdg2 sy pun suka borak dgn anak sulung, mcm borak dgn org besar bila dia pandai balas2 borak.
rindu plak nak berkumpul dgn geng belajar dulu.

ch@ said...

kak jue:
puas jugala cari baju sedondon utk dorang ni.

kak anis:
hahahaaa. tu la tu. tgk baby alahai fragile. nak pegang mcm tak reti sudah.

sitiebby:
call la tanya, boleh jmpa2 mcm ni. kitorang ni mcm dah satu keluarga.