Rabu, aku suka dengan hari ni, sebab ianya hari yang tengah-tengah sebelum cuti hujung minggu. Kepala aku pening sungguh, mungkin terlebih tidur. Ada pulakkan? haha.
Dalam pada terbanyak tidur, aku terjaga juga jam 3.45 pagi, cikOni nak susu. Pelik, aku rasa dah mimpi macam-macam, tidur mati orang katala. Tapi... tetap terjaga juga dan macam tahu-tahu cikOni nak susu. Bukan sahaja malam tadi, tapi setiap malam.
Tak juga malam, pokoknya tiap-tiap kali cikOni mengamuk, melalak, merengek.
Sampai tahap mrAbi pernah tanya aku, macam mana umi tahu dia nak susu? macam mana umi tahu dia sakit perut?. Haha time ni la aku berlagak, tengok la mak dia siapa? tapi, biasanya aku sengih je. Sah-sah cikOni duduk dalam perut aku selama 35minggu. Mestila aku tahu dia mahu apa. Naluri keibuan gittu.
cikOni kan minum susu badan, jadi intinct tu memangla kuat. Walaupun hanya dua bulan berikutan keputusan susu, cikOni tetap membesar dengan cerdiknya. Sekarang ni aku dapat rasa perubahan kesenangan menjaga dia berbanding masa dia kecil dulu.
Panggil je, Oniii... dia akan datang, 'hah' katanya. Dia akan bergayut kat kaki aku sepanjang aku masak kat dapur, naik rimas aku dibuatnya. Time tu keluar periuk belanga.
Dia dah tahu ketawa, dia dah tahu malu, dia dah kenal orang sekelilingnya, dia tahu bila mrAbi pakai baju cantik mesti nak pergi berjalan, kekadang bila aku ingat masa dia lahir, air mata mengalir tak pasal-pasal. Touching.
Oniii mana gigi, dia tunjuk gigi. Oni mana lidah, dia keluarkan lidah, siap buat gaya macam viper kereta lagi, Oni mana kaki, dia hentak sebelah kaki, siapa nama Oni... dia angkat tangan kiri. Bestkan? Seronoknya perasaan.
Yang bestnya, orang sibuk beraya, makan kuih raya, dia layan TV. Seorang aje, takde kawan pun, ralit dari berdiri, dia duduk. Tak hirau langsung lintang pukang orang yang bermain disekelilingnya.
Tak sabar aku nak balik berjumpa dengan buah hatiku yang baru seorang itu :D
~)@ Bergelar emak pada usia begini, memang sungguh bererti. Dapat belajar bidang pengurusan keluarga anak & suami, pengurusan pembahagian tugas-tugas rumah, bahagi lagi dengan tugas kat opis. huaaa... tak calang-calang ni.
9 comments:
seronoknye.. yann pon tak sabar jugak lah. hihi. :D
nanti bila dah betambah,maka tangan dan kaki si ibu akan bertambah secara automatik..hehe.magis!;)
btol..mmg srnok jdk ibu..dh ada anak sndiri..kita lebih memahami erti kasih syg keluarga kan..
bertuah merasa menjadi seorang ibu, mama, emak, mummy, ummi or apa saja panggilan nya.. sangat bertuah kerana merasa nikmat mengandung, melahirkan & membesarkan mereka.. syukur alhamdulillah!!!
yann:
cepat² yann, jgn bertangguh.
kakDonut:
yezzaaa... itu kalu kena lbh pantas, tegas dan menggunakan kuasa super saiya.
kakEija:
betul kak, betul. kalau dulu akak nasihat kita mcm ni, mmg tak masuk otak la, tak amik port pun.
kakIna:
yups. aminnn. kita dah rindu nak pregnant ni. ahaha... :D
tsenyum bc entry cha neh.
dengan umur cha skg neh dh ada ank.
an ni, kawen pun belum. lambat lg la nk merasa. haha
yaa ibu berjaya!!!
pasni leh tmbah lagi sorang.. *__*
tgk cik oni pun kata nak!!nak!!
hihihi
Kk, i like dis.. ibu ibu... engkaulah ratu hati ku.. :)
ann:
terima kasih sebab baca ann. syg ann. takpe, itu semua rezeki. insya-Allah, sampai rezeki ann nnt.
ain:
terima kasih, masih belum sempurna. pandai la awak cikAin.
shiQa:
ngeee... shiQa tak pernah tak suka. pelik akak.
Post a Comment