Thursday, 27 May 2010

kempunan lagi


Ye, hari ni dua kali aku letak entry, sebab aku dah tak tahan nak makan Nasi Lemak Ayam Pandan kat Murni. Hadoiii!, semalam aku dah meredah dengan pnIzma, suasana lengang dan rezeki kitorang dapat parking-selalu memang sarat giler kat Murni tu.

Tengok² pintu kedai tertutup elok je, adeiii! meleleh je air liur. Terus je ke PopeyeLouisianaKitchen TTDi. Kemain menyimpang jauh AmanSuria ke TTDi.

Hari ni gagah lagi, mau menunaikan hasrat anak tekak. Namun, hasrat kecundang lagi. Barulah tau, kedai itu diubahsuai. Memang telah menjangkakannya, sebab ramai gilers peminat² Murni. Lokasi jalan² cari makan terus ke DaveDeli's memandangkan sudah gaji.

Hahaha, oiii pnIzma bukan ko kena belanja aku ke, sebab menang. Aku tak kisah pun, janji aku dapat mashed-potatoes yg sedap hingga menjilat garfu tu. Hahahaha! dalam perjalanan ke DD tu sempat la menjilat bibir nampak aiskrim McD, konon balik kang singgahlah.

Hampeh, bila dah kena sogok ngan mashed-potatoes, semuanya jadi hilang ingatan, pe tah lagi Toys R Us ada kat ruang legar tu, rasa mau borong beli tok Oni. Sempat gak aku menyambar, cekak ngan FlashCard.

kad imbas Oni, akanku paksa dia jadi pandai :p

Bila dah sampai opis, ada tayangan drama mandarin ke tionghua-aku tak sure pulak, adeiii dah la aku home-alone Malay dalam ni, dok kecoh pasal claim, mc yang berterabur atas meja PA, oiii cikPA kot ye ko tak nak dah opis ni, silala bereskan kije²mu itu, tak sanggup aku dengar suara² halilintar ni. Adeiii!

Setelah pnIzma pergi meninggalkan aku, lidah aku ni terasa-rasa nasi lemak ayam pandan lagi. Apakah aku? teeeettt...nehi².

Esok aku sudah mau berangkat ke Bukit Tinggi, salah info pula mrAbi ni, bukan kat Genting ye, tapi Bukit Tinggi, erk! dulu honeymoon kat sana dapat Oni, kali ni? apakah? wowowowo...sila kembali ke asal ok :). Baju semua belum kemas, tak tido la aku malam ini.

~)@ sape nak tolong jaga Oni seminggu? sila angkat tangan? pengasuhnya mau bercuti @(~

6 comments:

Iman's Umi said...

Ayat apakah aku...teett...tu mmg dot3....sebut aiskrim mcD, teringat lak blm bayar lg rege aiskrim flavour twist chocolate si Jari Jemari smlm...hehehe, mintak halal agak2 leh x...pastu burger GDW (btl ke?) baru McD sungguh sedap....suh pengasuh Oni bwk Oni bercuti skali blh ke? Hehehe

ch@ said...

umiIman -> hahaha leh lak camtu eh, errr pengasuh dia bwk bercuti? mau meraung mak Oni ni haaa, kerinduan :)

pakurawan said...

paksa anak jadi pandai. woosh.

huhu.

Nida n' Hanafi said...

aminnn... semoga dapat kembar tiga..hahaha

ch@ said...

hazen -> hahaha! takkan sampai hatinya pun.

ch@ said...

kakNida -> skali gus? huhuhu! mau nangis agaknya :D