aku bukan siapa-siapa.........
masih aku ingat lagi detik kali pertama aku berjumpa dgn dia. aku baru aje menjadi ahli kelab koperasi sekolah, muka selamba dek and ada malu² ayam sikit. budak baru katakan. sedang aku duduk menanti kedatangan orang datang membeli buku di kantin sekolah, dia datang kepada aku. tiba-tiba...'muka ni macam penah nampakla' ceh ayat nak mengorat la tu. 'ada kakak?' dia bertanya lagi. aku geleng tanpa suara, siapa pulak dia ni? serius memang aku tak kenal.
surat pulak datang kepada aku, berjela², mcm² cerita, hari². aku hanya reply dgn nota kecil dgn panggilan pertama 'usop sontorian' - hahaha!
dia habis skolah dulu, lastday dia bersekolah meminta aku berbuat sesuatu kepadanya. anggap dia mcm keluarga sendiri - nice! dia sangat nice.
berjumpa kali pertama selepas dia habis sekolah, di dewan makan asrama. aku tak paham sungguh tentang apa yg diborakkan. tidak bertemu lagi selepas itu. sehinggalah hari terakhir aku form 5. dia menyuruh aku memilih tempat belajar di KL, supaya dia boleh tengok²kan aku :D sweet.
tahun pertama aku belajar di KL. putus lagi, tidak berjumpa. mrAbi pulak yg aku jumpa. haha! tahun kedua, tarikh hari ini dia telefon aku. mama bagi nombor. terkejut mujur tak jadi beruk. gembira tak terkata. 'seminggu lagi kan beday sya, tu yg cari sampai dapat' katanya lagi. still contact, sehingga aku habis belajar tak jumpa pun.
1st time jumpa balik, bookfair. tak ingat tahun bila. samar². aku sangat terkejut, berbeza sangat². but dia tetap nice macam dulu² jugak. bertemu dgn buah hati tersayangnya. bertemu mata dgn familynya, menjadi sebahagian ahli familynya, berkunjung ke rumahnya, aku cuba menjadi terbaik utknya. aku sangat gembira aku mempunyainya.
'nak ganti balik menjaga sya utk tahun² yg dah terlepas' katanya lagi. dia kotakan janjinya selepas itu. sehinggalah...insiden itu sampai ke pengetahuan ku. apakah insiden itu? tentunya bukan sesuatu yg baik, menyebabkan aku kehilangannya. aku kehilangan sebelah sayap sokongan. mujur ada penggantinya namun ia tetap tak sama.
namun hari istimewanya pada hari ini, aku akan tetap mengingatinya hingga bila², kerana dia masih ku anggap ahli keluarga aku, kerana isterinya tetap menjadi kakak aku hingga bila². kerana anaknya, menjadi anakku jua. tak kira la dia di mana pun.
Selamat Ulangtahun Kelahiran
buat
enZaiful Nizam bin Wagiran aka Along
= 29hb April 2010 =
~ semoga diberikan kesihatan yang baik utk menjalani ibadah harianmu, adikmu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu ~
buat
enZaiful Nizam bin Wagiran aka Along
= 29hb April 2010 =
~ semoga diberikan kesihatan yang baik utk menjalani ibadah harianmu, adikmu sentiasa mendoakan kesejahteraanmu ~
sentiasa mengingati orang² yg aku sayang. terima kasih kakLong kerana menjaga diriku di sini.
-)@ kerana dia aku di sini... ;) @(-