Saturday, 28 March 2009

Rombongan Perkahwinan

Cewah, beria je tajuk nya, aku gi kenduri Izma, beliau merupakan “ex-classmate”, “ex-roommate” , “ex-housemate” dan juga “officemate” kpd aku, punya la bermakna ada kawan macam dia. Aku rasa ini kali ketiga aku attend kenduri kawen kawan² secara beramai-ramai. Selalu tu pergi selamba katak je, meredah dgn abi.

Antara ahli yg telah mem”follow” aku dan abi ialah, Five, Pali, Semah dan Sham (Dobot) turut serta Zura dan suami (Shah) serta anak (Piya) yg tlh sedia menunggu di rumah Izma. Sampai di rumah pengantin, Semah seperti biasa dgn kelaparannya, tak kurang juga abi dan kawan² terus shj menuju meja makan. Sedang kami riuh rendah bertanya khabar antara satu dgn yg lain, dtg pula Lan (Jantung) bersama kawannya.

Antara topic yg agak hangat pd tgh hari itu ialah, kereta polis (borak² antara Shah dan abi <- dua² PDRM), kereta Sham yg tlh bertukar kereta baru, khabar kawan² yg lain terutama persoalan perkahwinan CT (Akak) bersama pasangan Batu, khabar perkahwinan Liza dan Amir serta Dai’en bersama pasangan yg bakal berlangsung selepas ini. Tidak lupa juga kempen Earth Hour.

Setelah bertukar-tukar cerita kami yg wanita ini, pergi menerjah Izma yg sdg bersiap, haru sekejap bilik pengantin tu, sempat juga la meng”interframe” dgn jurukamera Izma, trimas. Kitorang beransur pulang selepas bergambar, dan berharap akan bersua lagi :p

Kepada Izma; selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Pulang dari Semenyih, aku dan abi terus balik Langat utk membawa kereta Waja abi yg tlh dipinjam oleh abah selama seminggu. Selepas aku solat Zohor, kami beransur pulang. Aku memnadu Kelisa, Abi memandu Waja.

Malamnya, abi mengajak ke pasar malam, mencari makan malam. Aku meminta abi membelikan seluar pregnant dan aku beli sehelai baju. Hihi! Trimas abi.
< Piya, Shah, Abi, Pali & Five
< "interframe" Zura&Piya, Izma, Sham & Semah
> ahli rombongan sebelum bersurai

No comments: