Monday, 30 March 2009

Kedua Kali

Hi, aku ada temujanji dgn doktor hari ni, nak “check baby”. Hari ini jugak aku kena “scan” baby yg dah pun masuk 24 minggu 1 hari, mesti cute kan? Abi hantar aku sampai pintu klinik je, lps tu dia balik. Sesorang je gi “check up” kalo tak tahu bertanya la, bukan susah pun kan? Dlm hati sedey gak sebab smua org dtg dgn suami masing².

Aku kena buat pemeriksaan rutin terlebih dahulu, cek air kencing-ok, timbang berat badan-naik hanya 1kg sahaja, aiyoo :( dan cek tekana darah-ok, selepas tu aku kena naik tingkat 3 utk “scan baby”, inilah part yg paling mengujakan.

Hantar borang dan tunggu, sempat aku berbual dgn seorang ibu hamil berbangsa cina yg sdg menunggu, siap baca surat khabar lagi :). Nama aku dipanggil, siap utk melihat baby, wah! Detail btl doktor yg bertugas ni, semuanya diukur, dari kepala hingga ke kaki. Dari belah kanan ke belah kiri.

1st time aku nampak baby dalam rahim, “cute”nya dia, he’eh! Bibir dia sama macam abi la, terus teringat kat abi, rugi abi tak ikut. Jantung, paru-paru, buah pinggang, tulang belakang, semuanya sihat. Cuma, jantina baby tak nampak la. Tak pe biar surprise, kan aku nak sediakan kelengkapan serba hijau, hehe! Doktor nak tengok muka dia pun, dia tak menoleh, puasla doktor tu pusing²kan alat tuk scan tu, akhirnya mencuba dia menoleh juga, tgk umi dia, dua kali, itu pun sekejap je. Sempat jugak doktor tu menelek bibir dia, sumbing atau tak, semuanya normal. Tiba-tiba mulut dia terbuka, “ewah! Nak tunjuk kat mak dia la tu” selamba je doktor tu berkata, tersengih je la aku. Selesai sahaja scan, aku turun utk bertemu dgn doktor pula.

< 24 minggu 1 hari tumpu kpd bibir dia, sama macam abi kan?











Menunggu lagi, temujanji pun pkl 10.15pg, so mmg ada masa lagi la ni, boringnya jgn dikatala, mujur dlm beg aku byk kelengkapan, siap biskut, air, komik sinchan, paper, smua nya ada. Lantakla orang lalu lalang, nasib aku tak tidur je :) tak lama tu, ada sorang kakak ajak aku berborak, best gak dgr pengalaman org lain ni.

Bila kakak tu masuk jumpa doktor, aku pun masuk juga, bilik yg berlainan, aku kena cucuk utk elak kancing gigi. Adus! Sengalnya tgn kiri aku ni. Selepas amek ubat dan buat temujanji akan datang, aku tipon abi suruh amek. Nasib baik tak kena ambil darah lagi, huhu! Gelak je pembantu jururawat tu, bila aku kata “org kena sebelah tgn, saya kena dua belah tgn” pasrah je la.

Saturday, 28 March 2009

Rombongan Perkahwinan

Cewah, beria je tajuk nya, aku gi kenduri Izma, beliau merupakan “ex-classmate”, “ex-roommate” , “ex-housemate” dan juga “officemate” kpd aku, punya la bermakna ada kawan macam dia. Aku rasa ini kali ketiga aku attend kenduri kawen kawan² secara beramai-ramai. Selalu tu pergi selamba katak je, meredah dgn abi.

Antara ahli yg telah mem”follow” aku dan abi ialah, Five, Pali, Semah dan Sham (Dobot) turut serta Zura dan suami (Shah) serta anak (Piya) yg tlh sedia menunggu di rumah Izma. Sampai di rumah pengantin, Semah seperti biasa dgn kelaparannya, tak kurang juga abi dan kawan² terus shj menuju meja makan. Sedang kami riuh rendah bertanya khabar antara satu dgn yg lain, dtg pula Lan (Jantung) bersama kawannya.

Antara topic yg agak hangat pd tgh hari itu ialah, kereta polis (borak² antara Shah dan abi <- dua² PDRM), kereta Sham yg tlh bertukar kereta baru, khabar kawan² yg lain terutama persoalan perkahwinan CT (Akak) bersama pasangan Batu, khabar perkahwinan Liza dan Amir serta Dai’en bersama pasangan yg bakal berlangsung selepas ini. Tidak lupa juga kempen Earth Hour.

Setelah bertukar-tukar cerita kami yg wanita ini, pergi menerjah Izma yg sdg bersiap, haru sekejap bilik pengantin tu, sempat juga la meng”interframe” dgn jurukamera Izma, trimas. Kitorang beransur pulang selepas bergambar, dan berharap akan bersua lagi :p

Kepada Izma; selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Pulang dari Semenyih, aku dan abi terus balik Langat utk membawa kereta Waja abi yg tlh dipinjam oleh abah selama seminggu. Selepas aku solat Zohor, kami beransur pulang. Aku memnadu Kelisa, Abi memandu Waja.

Malamnya, abi mengajak ke pasar malam, mencari makan malam. Aku meminta abi membelikan seluar pregnant dan aku beli sehelai baju. Hihi! Trimas abi.
< Piya, Shah, Abi, Pali & Five
< "interframe" Zura&Piya, Izma, Sham & Semah
> ahli rombongan sebelum bersurai