Majlis perkahwinan keluarga.

Wednesday, 19 February 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku bukanla hebat sangat pun, hanya surirumah dan tidak punya apa-apa harta melainkan keluarga. Sedikit bakat yang orang lain pun boleh sahaja hendak belajar jika tekun. Kalau boleh, aku hendakkan life yang tidak diketahui orang, boleh je hendak buat akan tetapi jika minat sudah menulis tu ada, makanya hendak diluahkan sahajalah. 

Ok, hari Rabu begini, kita buka cerita tentang majlis perkahwinan satu-satunya adik lelaki aku, lebih popular dengan panggilan, Naz, Tholl, pakCu dan Adik. Aku suka je sakat dia panggil adik depan kawan-kawan dia, haha. Dia malu. Sudah pun selamat diijabkabulkan pada 9hb Feb lepas, seminggu selepas itu majlis sebelah aku pula. Macam biasa, orang sibuk dengan majlis aku sibuk dengan trio, mujurlah ada adik abi, makUsu Mira sungguh rajin terasa ringan sedikit kerja aku dengan bantuan dia. Abi pula sangat memberikan kerjasama apabila sudi disedondonkan dengan anak-anak. Mak suka!

Tema waktu nikah, ialah kelabu, katanya. Sekali yang datang sebas, merah menyilau. Papa, mama aku bawa sebas orang felda. Tidak mengapalah, senang hendak cam bila anak-anak aku kelabu belaka. 

Trio with grey, terima kasih bondaWiya sudi pinjamkan baju kurung untuk Auni.

Family aku. Tengok trio tu, kemain galak buli kucing.

Tahniah untuk pakCu, dan selamat datang makCu.

Mempelai yang dirai. Memang hangat tak hengat!

 Trio with red and navy blue.

Family potret sebelum balik.

Dengan hanya sekali lafaz, trio mendapat makCu Ina, hendak panggil makUsu juga confuse dengan makUsu Mira, so reka gelaran sendiri, makUsu, makCu dan pakCu, hah lantak! Selesai majlis sanding sebelah tengah hari, kami terus berangkat pulang ke Sg. Buloh.

Dua hari sebelum majlis di Sg. Sibol, keluarga kecil aku berangkat pulang. Majlis sambut menantu diadakan di Dewan Serbaguna Felda Sg. Sibol makanya, aku balik hanya sesaja. Balik makan-makan-makan dan makan. Sampaikan Mira pun kebosanan berikutan tiada kerjaan sangat. Papa, mama menggunakan perkhidmatan katering, goodies bag sudah siap-siap dipacking dengan bantuan warga kendarat, makanya memang aku jaga askar sahajalah, kikiii. So layan gambar je la. 

Trio with black. Adli paling tidak terkawal, hari itu dia tidak mahu dengan orang lain, hanya hendak dukung dengan emak sahaja. Tidak boleh bla betul! sakit sendi emak malam tu.

PakCu dah rupa Psy, Oppa Gangnam dah. Sabar je la kan. 

Hangat dari biasa, memang lepas ni tunggu majlis trio pulala.

Best action on that day.

 My family as always. Tengok emak tu, 47kg je padahal. Say no to glitters shawl, haha.

Beloved sister in law, makUsu forever. Terima kasih Mira kerana sabar meladeni anak-anak saudaramu.

Macam yang aku kata sebelum ni, aku tidak pandai buat cerita part by part, semua aku pulun satu entry, hahaa. Amacam! kalau mahu worldless Wednesday, boleh baca entry ni hari lain, kekeke.

Nota: Hot tak kakak pengantin tu? ahahaha. Sabo je la. Sekian sahaja majlis besar dalam keluarga aku. Aku juga yang tidak buat-buat majlis untuk anak-anak. Tunggu rezeki datang bergolek-golek, inshaaALLAH.



9 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Alhamdulillah majlis berjalan lancar
Tahniah dapat adik ipar :)
Selamat pengantin baru pakcu n makcu

Masya said...

sgtt hot akak pengantin tu hahaha ... lain dr kebiasaan pakai tudung mcm tu...

wa... ringannya 47kg tu berat x ngandung dulu.. dulu lah yer.. ni dah cecah 5 angka x jumpe 4 dah hahahaha ... ;p

selamat pengantin baru buat adik cha..

Cik Jue said...

cantik tema..kelabu hitam..i like..

mamaarifakeem said...

Alhamdulillah, selesai sudah..
Tahniah buat pasangan, tahniah juga, dpt adik ipar :-)
Kian berkembang nanti keluarga... best2x :-)

Cantik tema kelabu hitam... nampak gojes ! :-)

Zura@Iwan said...

alhamdulillah..
semua berjalan lancar
sonok tgk trio CHa
sedondon je..

slmt pgntin br buat adik cha..pakcu dan psgan mkcu..

cantik la pakaian pgntin color grey + black tu..

http://akusukapurple.blogspot.com said...

hi adik ijau hehehe

macam ni...boleh tak nk suh cha tulis kembali detik-detik hamilkan rizqi...yelah tak perasan dan tetiba tau peknen kan...

lepas tu cabaran membesarkan anak-anak.

nanti story ni saya akan keluarkan di dalam majalah Ibu & Anak. kalau sudi respon -respon ye lah

ibu Aleesya & Aqeel
@ Fiza 019-9888 473

eima said...

selesai sudah majlis.. penat tak ... tambah2 la musim panas ... berkenduri plak ...

ch@ said...

kakIeyna, kakNad:
Selamat sudah, tq utk ucapan dan doa.

Eima, sisYana:
hot sgt, pakai sut tu pun hot kemain, asyik cari kipas ja.
tq for wish.

kakJue:
mcm anggun gittu kan...?

kakZura:
mak trio yg suka sedondon, kerah abi carikan baju.

sisFiza:
erk? apa? kuar majalah? errr...

Sweetmama said...

Selamat pengantin baru buat adik cha dan pasangannya..

cantik pengantin, cantik tema kaler kelabu hitam, kakak pengantin pun cantik..:)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in