Monday, 29 June 2015

Kawan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Good friends are like the stars, you don't always see them but you know they're always there.

Suka sangat dengan quote ni, terima kasih pada kawan yang sudi kawan dengan aku. Saat aku down tahap maksima, kamu menawar diri sendiri untuk membantu, terharu sangat. Eh! macam ke arah hendak bersastera pujangga je ni, haha.

Suka sangat baca komen yang ditinggalkan pada entry Kehidupan yang lepas, aku baca ulang baca, ulang baca lagi dan ulang baca lagi, terasa macam 'oh! aku masih punya kawan' walaupun ruang lingkup aku hanya sekitar rumah.

Lepas baca bloghijau, kamu wassapp aku bertanya khabar, kamu menyapa aku di instagram, sungguh aku terasa berharga, gittu. Apapun terima kasih kawan-kawan, semoga persahabatan sentiasa terjalin harmoni, berkekalan inshaaAllah. Korang memang supporter terbaik.

Walaupun kamu hanya memberi aku hanya sepotong ayat. Ayat paling mudah dan senang dan aku terima dengan perasaan gembira. Cukup menggembirakan. Terim kasih kalian. Ok dah, pendek je entry hari ini, hero berdua tu sudah mula buli membuli. Jumpa lagi, daaa...

Wednesday, 24 June 2015

Kebuntuan. Kebosanan. Kekosongan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Time for hibernation. Bulan Ramadhan begini tidak banyak aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh dibuat. Aku baru sahaja habis mengemas dapur, aduhaiii macam baru lepas keluar sauna rasanya, menitik-nitik peluh. Hendak cerita apakah hari ini ye, let me think.

(.......................................................................) kebuntuan serius, hahaha.

Lately, kadar motivasi dalam diri aku menurun, berita tentang entry kali lepas masih lagi menghantui tetapi sudah boleh tersenyum sedikit selepas dua hari, cuma perkara yang satu lagi ini benar-benar membuat darah aku mendidih. Kesabaran habis limit sampai aku tidak bercakap dengan sesiapa yang ada dalam rumah ini selama dua hari. Mogok bercakap.

You may not always end up where you thought you were going but you will always end up where you are meant to be

Aku tinggalkan handphone bercas dan pergi mandi, hanya ada Adli sahaja dalam bilik. Sempat membalas beberapa wassapp daripada kawan-kawan, sebaik sahaja aku siap mandi, siap bersolat aku mendapatkan handphone macam biasa, itukan ibarat sahabat kedua. 

Langsung, blank screen siap retak pada satu penjuru. Hanya mampu dengar vibrate sahaja gambar langsung tidak ada. Jahanam! Apalagi, mengamuk kuasa 8 lah aku. Adli kata, Auni naik sekejap berebut mainan campak nota tiga tu tanpa rasa bersalah. Minah ni memang dendam dengan aku ke apa? Eeeee....besar kecik-besar kecik-besar kecik aku tengok semua orang dalam rumah ni tau, panas!

Tuan Erwandi langsung tidak mahu ambil tahu, ini memang bukan takat mendatangkan amarah, malah aku sudah putus asa untuk menggunakan sebarang handphone atau lebih tepat sebarang gadget. Zaman sekarang tanpa gadget? ermmm, ketinggalanla jawabnya.

Esoknya hari sekolah Auni, janganlah berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini, dengan instinct aku keluar awal untuk ambil Auni balik sekolah, betul pun dia keluar awal. Biasanya cikgu akan sampaikan berita melalui group wassapp. Nota tiga pun sudah "bye-bye" macam mana aku hendak baca wassapp. Tawakal sahajalah.

Sampai hari ini, aku rasa macam....tah, aku sudah siapkan Kad Hari Raya untuk kawan sekolah, entah macam mana aku hendak menghubunginya, sedih betul hidup. Yang lagi buat aku rasa macam merajuk habis apabila tuan Erwandi menyatakan hendak tukar nota tiga dengan telefon tangan lain, andweih!!!!! aku tidak mahu.

Aku suka sangat dengan nota tiga tu, hadiah ulangtahun pertemuan yang ke-11 tahun gittu. Walaupun pennya sudah punah tidak sampai satu minggu. Walaupun sudah mati screennya tidak sampai satu tahun, keduanya dikerjakan dek Auni. Dia memang dengki sungguh dengan nota tiga tu, hendak main dia tidak tahu kata laluannya. Telefon tangan aku yang sebelum ini pun, jadi tidak siuman bila dengan Auni. Aku serik.

Mungkin, kejadian ini terjadi untuk menyedarkan aku tentang tanggungjawab penuh kepada keluarga, menyedarkan aku tentang menghabiskan masa dengan hanya meladeni kerenah anak-anak. Menyedarkan aku tentang kehidupan disamping keluarga adalah segalanya namun begitu...nota tiga tetap terpenting juga untuk aku terus berhubung dengan keluarga, sobs!

Jika mahu hubungi aku, silala email ye. Buat anak-anak KuTuppy2015, kakAyu barang kita sudah poskan, puanUmmi, barang sudah aku orderkan. Iffa, tumbler aku belum pos lagi, tunggu dalam masa terdekat ni ok. Harap adalah yang membaca entry entah apa-apa hari ini, sekian. Daaa...

Friday, 19 June 2015

Kehidupan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hidung tersumbat, keduanya tersumbat gara-gara air mata keluar macam air terjun, makin di pujuk makin deras pula, daripada tuala kecil sampai ke selimut basahnya, muka usah dikata sembab sampaikan hendak tengok cermin dalam terang pun tidak berani, bentuk mata makin tidak nampak terasa-rasa bagaikan Daesung, BigBang. Rambut kusut masai, daripada berbantal lengan sendiri berpindah pelukan, terusan dipujuk terasa makin susah hendak bernafas. Argh! payahnya hendak menerima hari mendatang apabila gambar di skrin scan klinik tadi sentiasa berulang tayang.

Aku hanya menduga tapi tidak menyangka lain pula yang jadinya tetapi apakan daya berita harus aku terima berikutan ianya berkenaan dengan badan sendiri. Tujuan sebenar aku ke Putra Medical Centre hanyalah untuk ujian PapSmear, datang bulan aku pada Mei lepas berlarutan sehingga hari ke-18, tersangat lama sedangkan aku tidak mempunyai sebarang masalah kedatangan miss P pada sebelum ini mengikut tempoh 7 hingga 8 hari. Sukar rasa hendak menjelaskan pada pakar sakit puan yang sentiasa bermuka manis dan tersenyum ini, sumbang bunyi suara aku menyusun jalan cerita yang lintang pukang memaksa aku menarik nafas dalam-dalam dan mengulang cerita yang sama dengan betul.

Nah, terasa bagaikan scan untuk mendapat bayi baru, hehe. Ketawa sumbing, tidak ikhlas. Keputusan scan untuk 5 minit itu betul-betul di luar jangkaan kotak fikiran. Hasilnya? 2cm x 2cm cik Cyst di ovari kanan serta, serta, serta....3cm x 2cm cik Fibroid di uterus. Hrmmm, haruskah aku bertepuk sorak sehingga kampung tergadai? ataupun menangis sehingga air mata darah?. Tidak!!! Aku diam dan tersengih sumbing, kerana doktor bermuka manis itu menyambung kembali ayat tergantungnya, pendarahan tidak terbabit dengan cik F dan cik C, mereka berdua masih boleh tidak dipedulikan kerana masih kecil, memerlukan penjagaan yang ketat untuk mengurangkan saiznya. Ia tidak mungkin hilang.

Next. Kita buat pap smear. Gagal dijalankan kerana pada awalnya bersih, sebaik sahaja kerangka transfomer tu dapat pada cik V, terus leaking. kena datang semula minggu hadapan. Buat masa ini hanya makan ubat menghentikan pendarahan. Entah apa pula keputusannya nanti, selagi tidak selesai selagi itulah susah hati. Jadi... tunggu sahajalah. 

Balik rumah, perasaan libang libu. Ketawa, senyum, bergurau dengan tuan Erwandi pun rasa macam palsu sangat. Berkobar-kobar hendak bertemu dengan encik Google bertanya lebih lanjut apa yang boleh dan tidak boleh tentang cik F dan cik C. Tanya tuan Erwandi memang entah belaka sahajalah jawapannya, Google dan bertahan sehingga semua anak-anak masuk tidur. Bertahan lagi sambil menyiapkan kad hari raya untuk pelanggan, katanya. Habis juga buat bersiap untuk masuk tidur namun mata masih degil dan tidak mahu lelap. Berkalih tidur pun, eh still terbayang kejadian-kejadian di klinik tadi sehingga membawa kesedihan yang tiada tara.

Pertama kali kot, mengalami kejutan perang saraf otak menerima berita tentang diri sendiri berkait pula dengan emosi, pergh! memang membawa berbaldi-baldi air matalah jawabnya. Tidak lama kemudian, tuan Erwandi balik daripada bertugas, masih tidak mampu menatap wajahnya dalam gelap. Dia pula yang mengelap air mata. Oh! tidak, ini bakal mengundang banjir. Memang betul pun, sampai tidak mampu bernafas menggunakan hidungla. Lama jugala sehingga dia memaksa aku bangun berjalan satu rumah jam dua pagi. Daripada aku sedih melampau sehingga aku jadi bahan gelak dia pula apabila melihat aku memicit-micit hidung sendiri sambil membebel-bebel.

Akhirnya, aku terlena juga dalam pelukan dia, feeling fresh dan tenang. Memujuk dan memujuk sehingga aku tersedar jam 4.30pagi waktu untuk bangun sahur. Puasa hari pertama, diharapkan lebih baik daripada tahun lepas, mudah-mudahan. Semoga aku terus tabah dan kembali ke posisi dan emosi asal, inshaaAllah. I will try my best. Hwaiting!!!

You can cry and get upset. You can think the world is over and there's no hope. But end the feelings that very night and start fresh the next day. Life's short! - #88lovelife

Jadi, pembaca tersayang bloghijau ini semoga dapat berkongsi sedikit tentang hal-ehwal cik P dan cik C dengan aku, maklumlah aku kan beginner lagi, beginner is always tough. Sekian sampai sini dahulu jumpa lagi entry akan datang, daaa. 

Nota: Tiba-tiba ada entry kan? haha. Just sharing the feeling, give me some strength.