Thursday, 30 July 2009

Untuk Auni

MySpace
Hari ni sedang aku berehat sambil berangan aku, tipon aku bunyik.

‘norerdina auni ada?’ he’e suspend jap aku dibuatnya.

‘itu nama anak’ aku jawab lantas teringat ada saudara dari KL mengirim pemberiannya. Dah sampai kot.

‘owh! Ada wakil tak tuk ambil barang di Skynet Kota Tinggi, (dan dinyatakan skali alamatnya). Maka mama lekas meminta bantuan salah seorang staf di tempat papa bekerja yg kebetulan masih berada di Bandar Kota Tinggi utk mengambilnya.

Dan selepas beberapa ketika, kiriman itu tiba di tangan aku, dgn rasa tak sabarnya aku lekas shj mengoyak pembalut pemberian tersebut. Tara......sehelai baju sepadan dgn sepasang stokin berwarna hijau utk auni, comey sgt. Terima kasih bonda Faizzah!!!.

daripada bonda Faizzah

daripada aunty KakLong, aunty Su & Cik Is

daripada Tok G (Easter)

daripada aunty Min

*kepada aunty Aqies, umi auni mintak maap sebab hadiah aunty tak sempat nak snap masa kat Desa Aman hari tu, nak snap sekarang bajunya belum dicuci lagi, maaf ye aunty Aqies =)

Sunday, 26 July 2009

Pelawat

Aku baru sahaja dilawati oleh kekawan sekolah, sayang betul aku pada dorang ni, setia dan rajin membuat lawatan dan memenuhi jemputan undangan perkahwinan. Memang aku sangat tabik kepada dorang yg tak pernah melupakan rakan sekolah yg lain apatah lagi rakan sekelas.

Dorang tadi, dalam perjalanan balik dari undangan perkahwinan kawan sekelas kitorang, terlanjur melalui jalan yg sama dorang datang singgah utk melawat cimey auni. Sesekali, aku teringin juga utk joint dorang berkonvoi memenuhi undangan perkahwinan, so aku harap tercapailah impian aku nanti =)

Terima kasih utk teman aku yg setia, Haliza, Iffah, Farhan, Zarin dan Ar. Tak lupa jugak buat Min yg terlebih dahulu dtg melawat serta Amir dan keluarga (kawan kpd mr.abi).

*kepada Agypt, Selamat Pengantin Baru – cepat timang anak yerk =)

Monday, 20 July 2009

Aku Kini

Hi, aku masih lagi menjalani tempoh berpantang, walaupun bersalin secara operation tapi my mum tu menjaga aku bagaikan aku bersalin secara normal, seronok apabila berpeluang melalui tempoh berpantang begini. oh ya, buat pengetahuan semua aku sudah pun boleh membuang air kecil tanpa menggunakan tiub-syukur pada Allah. aku juga nak berterima kasih kepada smua yg m'doakan kesejahteraan dan kesihatan aku.

Cimey Auni pun semakin membesar dan semakin nakal, tak sangka sudah hampir tiga minggu usianya, tak lama je lagi m'jelang sebulan, sekejapan masa berlalu, mesti semua org tak sabar nak tgk wajah cimey auni kan? hehe =) aku cuma boleh nyatakan bahawa bentuk mukanya adalah sama dgn aku dan yg lain-lain smua ikut mr.abi-kata anak abi! Kepada yg berpeluang melihat wajah cimey auni, diharapkan bersabar juga tuk wajahnya yg terbaru-pipi dia dah mcm buah tomato =)

Keadaan aku?aku semakin tembam, tapi apabila aku m'gunakan khidmat penimbang mr.abi berat aku masih sama seperti aku belum mengandung, berat aku kembali kepada 43kg. akan tetapi aku tak berapa jamin, keadaan aku slps berpantang nnt, mungkin tembam mcm belon agaknya. sabar je la. tak mengapalah nnt kan entry aku seterusnya ya-kepada sesiapa yg mengikuti perkembanganlah!