Thursday, 19 May 2022

Sedikit Kegembiraan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Aku berkurung hijau dan pashmina kelabu menunggu Adli-Arrizqi keluar daripada sekolah. Kak Alifah~ ibu kepada kawan Adli melambai sebaik sahaja mata kami bertemu. Menghampiri tempat aku berdiri, cuaca tidaklah panas menyilau tapi kering juga dirasakan. Baru tadi kak Alifah mengajak aku minum, tetapi aku berpuasa hari ini. Dapat parking jauh, takut Adli-Arrizqi tak jumpa jadi aku turun daripada kereta menyambut mereka. 

"Anak dara kita sudah keluar!" kata kak Alifah berpapasan dengan Fatin yang sebaya Adli.
"2 teruna kita belum keluar lagi, lambat pula. Darjah 4 tu biasanya lambat. Jam 1" jawab aku sambil menyambut perbualan. 
"Akak..." aku menegur seorang lagi member sama menunggu anak balik sekolah kebetulan lalu di hadapanku.
"Eh Sya! amboi cantiknya berbaju kurung sopan, melayu sejati." aduh akak ni, melebih sangat pujiannya. Akak yang tidak kuingat namanya namun ku kenal wajahnya. Maka berboraklah kami di hadapan gerai loching. Adli melintas, membetulkan begnya sambil diperhati kami bertiga. 
"Anak Sya darjah berapa?"
"lima sebaya dengan anak kak Alifah ni" Adli kuberikan kunci kereta dan menuju kereta, aku menunggu Arrizqi. Sambung berbual sementara bas tiba. 
"Dah ada yang sekolah menengah?" tanyanya lagi. Mungkin dia lupa Auni sebaya dengan anaknya. Banyak lagilah persoalan akak peramah ni kepadaku, ku jawab seadanya. Hah! rupanya, anak-anak sulung kami berada di tingkatan 1 kelas yang sama. Lekas sahaja kami bertukar nombor handphone. Laaa, kan ke masing-masing ada dalam group yang sama. Endingnya, aku nampak Arrizqi yang sudah pun melintas menuju kereta. Ku kenal tubuh halus dan beg sekolahnya itu.
"hah! dah boleh balik, panas ni" kata kak Alifah. Tapi aku rasa sayang pula nak habiskan pertemuan ini. Sehinggalah...
"duduk mana?" tanya akak peramah kepada kak Alifah.
"ok time to go, dah jumpa kawan taman kan?" aku berlalu sambil diketawakan dua orang kakak yang baik itu, terus ke kereta dan melayan drama dalam kereta pula. 
Keduanya tidak sabar nak balik sebab nak pakai baju raya ke sekolah agama nanti. 
Mengingatkan baju raya itu, aku terlupa aku belum gosokkan lagi kerana sibuk menyiapkan tag goodies untuk Shuriza, merebus ketupat mini dan layan Kdrama (omooo~)
"Jom umie, kita setelkan bahagian atas dulu!" ujar Arrizqi.
Siap menggosok dan bersolat aku ke dapur. Adli-Arrizqi bersiap, belum jam dua sempat bergambar. Arrizqi tidak sabar-sabar hendak ke sekolah. Sekian cerita yang membuatkan hatiku berbunga-bunga. Alhamdulillah!

Simple je.

Adli-Arrizqi, bujang dah dorang.

Friday, 13 May 2022

Aidilfitri 1443h-2022: Turn Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Baru lepas basuh lantai ampaian dan mop lantai hall, peluhnya lencun t-shirt. Rest kejap sambil menaip entry tentang Aidilfitri, kan Raya tiba-tiba makanya haruslah abadikan kenangannya. hihiii. Di mana kalian masa pengumuman Raya? Aku berada dalam kereta dipandu tuan asben yang baru sahaja keluar daripada rumah abah, memulakan perjalanan untuk pulang ke Johor.

Aku sudah belek status whatsapp, ramai yang update menyatakan esok Raya, bila aku suarakan pada tuan asben namun tuan asben juga sependapat dengan aku, Raya pada hari Selasa, sehinggalah lepas satu persatu status whatsapp di update menyatakan esok Raya dan ok, esok Raya. Group family Johor riuh, group family Selangor pun begitu juga, ada rasa kelakar, ada rasa sayu, ada rasa macam tak percaya dan ada rasa seronok.

Kita baru sahaja berbincang tentang menu untuk sahur esok hari masa berbuka tadi, tahu-tahu sahaja sudah Hari Raya. Kami tiba di simpang empat terletak sebuah masjid, dengan rasa masih tidak percaya, akhirnya laungan takbir Raya kedengaran, Allahuakbar! Akhirnya percaya atau tidak, terkejut atau tidak, pasti esok Raya. Di Johor, mama sudah mula bersilat, rezekinya keluarga adik aku sudah pun berada di rumah mama.Di Selangor abah yang tadinya rileks sahaja juga memulakan operasi persediaan untuk menu Raya bersama dengan adik bongsu tuan asben. Siapa sahajalah yang tidak panik di kala ini namun harinya tetap akan tiba dan perlu di rai.

Arrizqi juga masih belum bersedia untuk Raya, dia berfikir ada peluang satu hari lagi untuk berpuasa dengan tokpapamamanya, bila aku kata esok dah Raya, dia terdiam dan akhirnya tertidur. Perjalanan tetap diteruskan, kerana rancangan asal memang kami akan berhari raya di Johor pada tahun ini setelah dua tahun beraya di Selangor. Alhamdulillah, perjalanan di permudahkan. Jam 8pm aku bertolak, kami sampai di Johor jam 12.30am. Traffik lancar, syukur. Sebaik sahaja aku sampai, sedulang ketupat sudah siap berisi beras minta di rebus. Mereka meninggalkan tugasan ini untuk aku, kerana aku membawa peranti Periuk Nasi Noxxa, hahaaa! Dan sesi merebus bermula sebaik sahaja aku selesai berkemas dan uruskan daktiga. Esok Raya, lauk dah siap, ketupat mesti ada. Akhirnya, ketupat berjaya habis direbus jam 4am. Jadilah dapat tidur sebentar sebelum bersilat semula pada pagi Raya. 

Rindunya suasana kesibukkan begini, iron baju, bersedia untuk makan, bersiap untuk ke masjid, dan bermaaf-maafan, sayu hati ini makin sayu, rindu hati ini makin rindu... haaa gitu! Segala puji bagi Allah swt, segala terima kasih hanya untuk Allah swt, dengan izinnya keluarga Bani Ab Latib yang sederhana besar ini dapat berkumpul. Syukur.

Anak-anak juga sudah pandai bersiap sendiri, pandai minta untuk bergaya. Memotret diri masing-masing pada hari Raya. Biasanya hari Raya pertama begini, memang tidak ada aktiviti melainkan lepak makan dan makan, namun Ina mengajak aku menemankannya ke AEON Kulai, kepala aku mula berkerja, jom ajak mama kita tinggal anak-anak, just three of us. Mulanya dia seperti berat hati, namun aku nyatakan tak apa, tuan asben juga ada untuk temankan, Auni juga boleh tengok-tengokan sepupunya itu. End up! berjaya juga ke AEON dengan berbusana Aidilfitri, haaa barulah boleh OOTD.



Inilah yang menanti orang Selangor.

Balik tabir.

Kids nowadays.


Sesekali.

Masuk outlet by outlet, beli barang-barang kegemaran tanpa gangguan, syukur Alhamdulillah. Akhirnya kami mengopi di Starbucks. Time for pulang, tidak boleh lama-lama, anak-anak sudah mula bertanya, sabar je la. Jadi hari Raya pertama kami mencipta kenangan manis sendiri, kali pertama kami keluar bertiga setelah lama sangat merancang. Suka dan puas hati.

Berhenti di sini dahulu, aku hendak menggosok baju hero-hero untuk sekolah agama petang nanti, daaa.

Monday, 9 May 2022

Kek Aiskrim - yeay!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang masih meminjamkan kehidupan sehingga ke hari ini. Salam Aidilfitri 1443h bersamaan tahun istimewa 2022, sekejap sahaja kita sudah berada pada hari raya ke lapan dan pejam celik-pejam celik daktiga sudah pun mula bersekolah.

Aku masih belum boleh move-on dengan sambutan kecil hari ulangtahun kelahiran pada tahun ini, biasalah Mei kan bulan kesayangan aku. Tahun ini, aku just macam biasa sahaja, pada 6 Mei lepas, aku baru sahaja balik daripada Johor selepas merayakan Aidilfitri di Johor, rumah masih lagi berantakkan dan tugasan mengemas masih tidak selesai-selesai. Mendobi rasa berbakul-bakul, walhal outfitnya hanyalah untuk lima orang sahaja.

Aku duduk di meja kerja kegemaran macam biasa, wah ada poster Nu'est from kakak Auni, kakak for your info Nu'est ni sudah tidak ada, mereka sudah membawa haluan mereka masing-masing. Tapi tak apa, sebab buatan tangan kakak Auni, akan saya simpan poster ini sebagai kenangan 2022. Terima kasih kerana ingat hari ulangtahun kelahiran saya, love u!

Sedang aku mengemas dapur, tuan asben memberikan ucapannya. Ikut rancangan hari ini, kami akan beraya di bahagian Kajang dan Bangi jadi aku bersiap sebelum keluar rumah kisahnya. Bila balik nanti, tidaklah tekanan sangat melihat situasi rumah. Kami ke rumah emak saudara tuan asben, kakak tuan asben selepas itu, hampir cekang perut aku dengan makan, alhamdulillah. Selepas Jumaat sambung lagi ke rumah bapa saudara tuan asben, ye semuanya belah tuan asben. Aku ni, manalah ada saudara di sini, ada pun aku sudah sedia tahu jawapan tuan asben walau belum aku utarakan hasrat, dah selalu! Telan sahajalah.

Bila sudah tiada tempat di tuju, asben terus mengajak membeli periuk nasi, periuk nasi Noxxa aku sudah selamat berada di kampung untuk diguna pakai oleh mama. Aku malas hendak mengangkutnya semula balik rumah sendiri. Selesai memilih-milih, tuan asben menambah satu lagi pemerah jus, wah betul-betul struggle nak diet ni, hihiii! tapi yang teruja lebih ialah Adli dan Arrizqi.

Balik sahaja rumah, mereka bersiap dengan meja. Woaaaaah, ada kek aiskrimlah! Kebiasaannya Adli yang dapat kek aiskrim ni pasal harganya memang mengerikan, dan ulangtahun kelahiran dia jatuh waktu betul-betul selepas beberapa hari gaji. Jadi sebelum aku menukar uniform lain, wajarlah memotret sekeping dua gambar, terima kasih tuan asben, terima kasih daktiga. Tahun ini, rasanya tahun paling bertenang dan paling I love it. Daktiga pun sudah besar dan sudah faham dan sangat membantu dalam apa jua diminta pertolongan ikut kemampuan mereka. Aku kira, walaupun raya terkejut namun, semuanya berjalan dengan lancar dan ikut rancangan. Alhamdulillah, syukur pada Allah swt.

bigsmile...!

with daktiga

Malam itu 6 Mei, aku masih mengemas dan memunggah bagasi, kami akan pulang ke kampung sebelah tuan asben pula, sambil menikmati kek aiskrim yang juga tidak habis-habis, hehe! daktiga bila sudah dengan komputer dan handphone, memang tidak hirau makan minum. Bila masa sudah tamat, tahu sahaja perut lapar. Sabar sahajalah!

Dua hari selepas meraikan hari ulangtahun kelahiran, tuan asben gigih menghantar ucapan di status whatsapp nya, ini sangat jarang berlaku. Sampai aku dibahan dek adik-adik ipar, hahahaaa! nakal dorang ni. Terima kasih tuan asben, terima kasih daktiga dan terima kasih pada sahabat yang menghantar ucapan dan doa. Semoga kalian semua diberkati dan di berikan yang terbaik oleh Allah swt jua. Terima kasih! Jom sambung kerja, lepas ni kita story citer raya k, daaa...
JUST PRAY, EVERYTHING WILL BE FINE, INSYA'ALLAH!