AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan
Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
(1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa
komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang,
palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b)
memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan
aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan
dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan
atau tanpa mendedahkan identitinya dan
dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau
mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,
adalah melakukan suatu kesalahan—
(2) Seseorang yang secara sedar—
(a)
dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan
aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial
kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan
rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk
digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
adalah melakukan suatu kesalahan.
(3)
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi
setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
sumber rujukan dari http://www.skmm.gov.my/
No comments:
Post a Comment