Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Lepas bancuh secawan kopi, isi planner. Feeling ala lepak di cafe kononnya, dalam kepala berserabut kerja rumah yang mesti dibuat namun, hati menyatakan MALASNYA! dengan cuaca mendung, angin sejuk, suasana tu jadi calm sangat membuatkan rasa nak duduk bawah selimut sambil layan Netflix.
Hapuskan semua itu Syasya! come-on! kau kena tadabbur surah Al Kahfi hari ni, adeh!
Mari kita belek sya2blackwhitenote2023, yes! planner for 2023. Belum habis bulan Januari, that note hampir sahaja hendak bersepai. Glue belakang depan tercabut, glue depan belakang tercabut. Begitulah nasib planner hasil tangan sendiri. Hendak berjimat sangat konon, but aku suka sangat. Biarlah kena glue setiap kali mengisi sekalipun, buat emosi rasa healing. Yang penting isi dalamnya, mengisi aktiviti yang bakal dibuat, sudah dibuat dan hilangkan geram, hehe!
sya2blackwhitenote2023 |
Notebook hasil daripada kertas buku latihan sekolah daktiga yang masih kosong. Dikumpulkan dan dijilid, sayang hendak dibuang pasalnya membeli dengan wangkan? marilah kita kitar semula buat apa yang patut, jeles juga tengok member lain cantik belaka. But, takpelah! biar kita tanam rasa lebih menghargai dengan barang yang masih boleh diguna pakai. Hasil daripada pengumpulan kertas buku latihan, aku dapat buat 6 buah buku nota untuk digunapakai semula. Aku beri pada daktiga dan Syafiqah, buatlah buku rojak pun tak apa, usah di biar kosong. Aku ambil 2 buah, satu untuk planner satu lagi untuk planner projek paper art.
Risiko buat buku nota sendiri ni, hahaaa potensi untuk kertas berterabur tu sangat tinggi berikutan hanya gunakan peralatan di sekeliling aku sahaja, apa yang boleh. As long as cermat penggunaannya, just go on. Bila tengok daktiga punya helok je lagi, walaupun sudah kelihatan seperti belacan, entah apa di isi, aku tidak peduli. Tengok mereka menggunakannya pun, sudah buat hatiku kembang.
Aku suka mengisi planner, aku suka hendak tengok kertas bertulis dengan tulisan tangan sendiri, walaupun buruk amat kelihatannya. Sendiri juga yang hendak membacanya, jadi tidak mengapalah, yang penting emosi ku senang juga, hati ku juga yang gembira. Selesai isi planner, aku mulakan tugas di tingkat bawah dahulu sebelum beralih ke tingkat atas. Alhamdulillah, itu sahaja aktiviti awal pagi aku setiap hari.
Tu je la kot, ok bye!
Today's song: Pentagon, Sparkling Night.
Weather: Cloudy and Raining.