Assalamualaikum.
Bunga-bunga riang hatiku hari ini, acceh! hari ini, genap sepuluh tahun bergelar pengurus rumah tangga sepenuh masa, alhamdulillah! jauh daripada ibubapa, jauh daripada ahli keluarga, aku survive membesarkan daktiga sehingga sekarang. Syukur pada Allah swt.
pipi naik, mata jadi pembaris. |
Tiada yang istimewa, hanya rutin biasa sahaja. Siap mendobi, mengemas rumah, menyediakan hidangan pagi tengah hari dan bersiap untuk menghantar Auni- Syafiqah ke sekolah, kemudian menunggu Adli-Arrizqi pulang sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah Auni- Syafiqah, aku melirik kawasan tempat parkir kereta di sepanjang gerai jualan pelbagai menu berhadapan sekolah Adli- Arrizqi. Auni- Syafiqah turun di hadapan pagar sekolah dan aku kembali ke tempat parkir yang ku perhatikan tadi.
Hrmmm... sebiji truck 4x4 menghalang satu ruang parkir, aku mencari yang lain. Sebaik aku meletak kereta mata meliar kepada deretan gerai sambil kepala berfikir apa yang Adli- Arrizqi mahukan. Aku ke gerai apam balik, memesan 5 keping apam balik rangup perisa nestum, berjalan terus mencari gerai jual donat susu, rasa macam sedap melihat fizikalnya semalam. Walhal, di rumah juga ada donat. Aku beli sebiji sahaja meskipun kakak donat menawar aku dengan bermacam harga, hahaaa.
Melihat apam balik dipesan belum siap, aku menghampiri gerai ayam goreng crispy, pilih-pilih beli lima ketul.
"saya bagi akak satu, sebab ayam ni kecil". Alhamdulillah. Aku kembali ke kereta menunggu Adli- Arrizqi. Belum sempat mereka berdua tiba, aku kembali ke gerai apam balik, siap. Sementara menunggu Adli, aku mengunyah apam balik crispy. Sedap. Sebaik sahaja Adli masuk kereta, dia mengira apam balik yang ku beli, ada enam keping sedangkan aku memesan lima keping sahaja, wang pun ku bayar hanya lima ringgit sahaja, Allahuakbar murah rezeki daktiga hari ini. Aku minta Adli mendoakan peniaga-peniaga gerai di hadapan kami sekarang ini, dimurahkan rezeki mereka dengan penuh keberkatan.
Apam balik crispy RM1/pcs. |
Ayam goreng crispy RM2/pcs |
Sebaik Arrizqi masuk kereta, kami terus balik ke rumah bersiap untuk ke sekolah agama pula. Hari ini, hari terakhir Adli menduduki percubaan UPKK. Semoga kejayaan milikmu. Aku ke kedai runcit membeli lauk basah untuk masak makan malam nanti.
Sekian hari biasa-biasa untuk orang biasa seperti aku. Terima kasih kepada supporter hijaucantik pada sepuluh tahun yang lalu, kekal berukhuwah sehingga hari ini, terharu sangat dan bagai tak percaya, perkenalan kita masuk tahun ke sepuluh. Alhamdulillah!