Thursday, 19 May 2022

Sedikit Kegembiraan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Aku berkurung hijau dan pashmina kelabu menunggu Adli-Arrizqi keluar daripada sekolah. Kak Alifah~ ibu kepada kawan Adli melambai sebaik sahaja mata kami bertemu. Menghampiri tempat aku berdiri, cuaca tidaklah panas menyilau tapi kering juga dirasakan. Baru tadi kak Alifah mengajak aku minum, tetapi aku berpuasa hari ini. Dapat parking jauh, takut Adli-Arrizqi tak jumpa jadi aku turun daripada kereta menyambut mereka. 

"Anak dara kita sudah keluar!" kata kak Alifah berpapasan dengan Fatin yang sebaya Adli.
"2 teruna kita belum keluar lagi, lambat pula. Darjah 4 tu biasanya lambat. Jam 1" jawab aku sambil menyambut perbualan. 
"Akak..." aku menegur seorang lagi member sama menunggu anak balik sekolah kebetulan lalu di hadapanku.
"Eh Sya! amboi cantiknya berbaju kurung sopan, melayu sejati." aduh akak ni, melebih sangat pujiannya. Akak yang tidak kuingat namanya namun ku kenal wajahnya. Maka berboraklah kami di hadapan gerai loching. Adli melintas, membetulkan begnya sambil diperhati kami bertiga. 
"Anak Sya darjah berapa?"
"lima sebaya dengan anak kak Alifah ni" Adli kuberikan kunci kereta dan menuju kereta, aku menunggu Arrizqi. Sambung berbual sementara bas tiba. 
"Dah ada yang sekolah menengah?" tanyanya lagi. Mungkin dia lupa Auni sebaya dengan anaknya. Banyak lagilah persoalan akak peramah ni kepadaku, ku jawab seadanya. Hah! rupanya, anak-anak sulung kami berada di tingkatan 1 kelas yang sama. Lekas sahaja kami bertukar nombor handphone. Laaa, kan ke masing-masing ada dalam group yang sama. Endingnya, aku nampak Arrizqi yang sudah pun melintas menuju kereta. Ku kenal tubuh halus dan beg sekolahnya itu.
"hah! dah boleh balik, panas ni" kata kak Alifah. Tapi aku rasa sayang pula nak habiskan pertemuan ini. Sehinggalah...
"duduk mana?" tanya akak peramah kepada kak Alifah.
"ok time to go, dah jumpa kawan taman kan?" aku berlalu sambil diketawakan dua orang kakak yang baik itu, terus ke kereta dan melayan drama dalam kereta pula. 
Keduanya tidak sabar nak balik sebab nak pakai baju raya ke sekolah agama nanti. 
Mengingatkan baju raya itu, aku terlupa aku belum gosokkan lagi kerana sibuk menyiapkan tag goodies untuk Shuriza, merebus ketupat mini dan layan Kdrama (omooo~)
"Jom umie, kita setelkan bahagian atas dulu!" ujar Arrizqi.
Siap menggosok dan bersolat aku ke dapur. Adli-Arrizqi bersiap, belum jam dua sempat bergambar. Arrizqi tidak sabar-sabar hendak ke sekolah. Sekian cerita yang membuatkan hatiku berbunga-bunga. Alhamdulillah!

Simple je.

Adli-Arrizqi, bujang dah dorang.

9 comments:

Ako Retna said...

hahahha masuak sini mcm baca novel tau! :p

ch@ said...

kak Retna: kita memang saja mengarang ala novel kekonon.

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Seronok je beramah mesra dengan mak-maka yang menunggu anak balik sekolah ini..
Handsome dua-dua..

mrhanafi said...

macam baca novel la pulak...very good storytelling

ch@ said...

Sha Mohamed: itu je pun kawan-kawan yg ada, kadang2 saling bertukar menu.

Hanafi Abdullah: hihiii terima kasih singgah. dulu ada juga cita-cita nak jadi penulis.

Syu Deris said...

Terpaku terpana terkesima kejap. He3.
Terhibur baca. Macam baca novel.

ch@ said...

Syu Deris: alhamdulillah, terima kasih sudi layan kisah orang biasa ni.

Sha Mohamed said...

Saya dah lupa nak komen apa lepas nampak rak buku belakang anak teruna sis tu.. Teruja tengok rak buku yang penuh buku.. hehehe..

ch@ said...

Sha: Sha dah komen pun sebelum ni, baru perasan ke? ada lagi satu bilik begitu juga Sha, cuma baru satu rak penuh buku, satu lagi bersepah barang macam stor gamaknya.