"kobid la umi"
"malasla umi, nanti duduk dalam kereta je, handphone umi bawa" ada saja jawapannya. Aku sendiri tidak tahan untuk tengok suasana rumah sampai tahap cari hobi baru bercucuk tanam. Apa sahajalah yang ada di dapur tu, habis semua aku semai sampai menjadi. Memang bukan bidang hobi aku namun demi tidak mahu sesak dengan suasana rumah, aku terpaksa.
"malasla umi, nanti duduk dalam kereta je, handphone umi bawa" ada saja jawapannya. Aku sendiri tidak tahan untuk tengok suasana rumah sampai tahap cari hobi baru bercucuk tanam. Apa sahajalah yang ada di dapur tu, habis semua aku semai sampai menjadi. Memang bukan bidang hobi aku namun demi tidak mahu sesak dengan suasana rumah, aku terpaksa.
Aku dikira agak bernasib baik jugalah bertemankan si Khaida, yang kadang datang untuk kidnep aku supaya temankan dia, ke kedailah, ke sekolahlah, ke banklah, Khaida kan seorang guru, kadang tu dia sibuk menguruskan tugasan untuk anak muridnya, keseorangan di sekolah boleh mendatangkan ketakutan tiba-tiba, sekolah tempat dia mengajar tidak jauh dari rumah aku.
Kadang lama sangat tidak bercakap live ni, hilang skill bercakap, lupa dengan tatabahasa yang tunggang terbalik. Jika dengan Khaida, janganlah ada salah frasa ayat memang dia akan membahan dua hari dua malam kadang sampai berjumpa balik semula diingatnya. Tidak sabar hendak pergi vaksin 2nd dose dengan dia nanti, doakan semoga urusan kami dimudahkan. Eh! bukan ni nak cerita...
Ahaaa, ni aku heret daktiga ni main di luar rumah, depan pagar je pun. Kasi hirup udara luar sambil keluarkan peluh. Asyik PdPR and games sampai mata aku yang letih melihatnya meskipun yang mengadap gadjet tu bukan aku. Aku ajak dorang main bubble, hahahaa! aku beli RM 2.12 je sebatang, beli masa keluar dengan Khaida, di NTShop. Harus cari kedai yang tidak ramai orang.
Masa aku bawa balik tu, daktiga tidak hairan pun. Aku paksa jugak dorang main kat luar sambil tengok pepokok yang baru-baru nak naik tu (dah subur cantik baru interframe), hehe! Jadilah dapat main 2 hari sebelum semua habis dalam bilik air. Tunggang langgang dibuatnya bila 2boys together. Sekarang ni, hujan turun saja bila hari sudah petang. Daktiga berguling dalam rumah sahaja semula.
Macam sedang terbang pula. Terbanglah buih-buih! |
Cuti lagi, nak ajak main badminton pula, tapi kena standby bulu tangkis banyak-banyak dulu pasal peratus nak terbang atas bumbung tu tinggi.
3 comments:
budak2 ni dh terbiasa dok umh mmg gitu la.. nasiblah anak2 akak kalo boring diorg sendiri yg main bola kt dlm carporch.. nk main kt luar pandai pulak diorg takut sbb jiran dpn umh kitorang penah positive covid
kak Mim: carporch penuh. Kereta motor smua dok dalam.
anak anak pun dah biasa dengan norma baru ni. Rasa takut nak keluar rumah. Sesekali perlu juga ambil udara luar rumah. Main badminton kat depan rumah tak sah kalau bulu tangkis tu tak melekat kat atas bumbung. Memang kena get ready extra.
Post a Comment