Tuesday, 17 August 2021

Kebudak-budakan sangatkah? hahaaa!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

When your life brings you down, your hobbies brings you up! Have hobbies!!!

Kisah semalam.
Cuaca mendung saja diluar, bakal hujan rasanya. Aku sudah tidak endah pepokok di luar rumah tu, keterlebihan air ke, malas aku hendak ngejakan sesejuk ni. Hari ini bangun awal dengan target hendak mop lantai rumah, melekit semacam bila dipijak. Biasanya aku pakai selipar dalam rumah- kaki tidak tahan sejuk lantai, selipar telah selamat dalam tong sampah berikutan sudah dua kali aku hampir terjerumus kerana sudah haus. 

Subuh, sapu rumah dulu, mop lantai, eh! macam awal lagi, scroll handphone update instagram, update planner- Eh! hari ini birthday kakanda yang sama nama denganku, kak Shahida dan birthday isteri kepada kawan tempat kerja suami, Puan Ummi- dedulu team perkep sekarang tidak lagi. Aku memang begini bila someone yang aku sudah kenal, baik dengan aku, selesa dengan aku, aku akan ingat selagi punya ingatan- InSyaaAllah! Selesai hantar ucapan dan bertanya khabar aku meneruskan mengemas dapur yang bagaikan mahu terbalik.

@sya2chwimi

Selesai dapur, sambung lagi duduk dimeja dan buka pula buku PdPR. Bismillah... selesai take note, kejut Adli yang akan Google meet matematik. Sambil layan dia Google meet aku scroll Pandamart. Arrizqi sibuk hendak roti, biskut, jajan rutin seminggu sekali. Sambil tunggu pandamart aku menyambung mengemaskini buku PdPR. Hari ini sepertinya tugasan yang masuk agak lambat. Mungkin terpengaruh dengan faktor cuaca barangkali.

Planner dan buku PdPR.
(picture throwback)

Aku menyusun kertas planner untuk jadikan planner 2022 nanti, halaaa kita recycle je apa yang ada- aku bukan kisah sangat planner official yang cecantik tu, sebab aku lebih suka notebook biasa yang diisi dengan luarbiasa, ahaaa gitu. Nanti kita cerita pasal planner ni k. Tengah susun, Pandamart sampai. Done! 

Bangun buatkan milo untuk daktiga, terdengar bunyi motor berhenti dipintu pagar. Owh! spegetti grill chicken air tangan kakak Aida- jiran setaman, yang dipesan dua hari lalu sudah sampai. Kegemaran Arrizqi, aku pesan dua pack puas makan tidak berebut. Belum sempat habis membebel, datang lagi sebuah motor, kali ini duyan crepe air daripada cikgu yang juga jiran setaman, kegemaran Adli- dia makan 4 daripada 5 crepe tu. Inilah masalah bila sudah terjebak dengan group geng satu taman, ada saja!

Meneruskan aktiviti random klik youtube entah macam mana terjumpa pula video Sakuragi Hanamichi, arghhh pitamlaaakan melayan hobi Syasya ni, siapa pula kali ni? Pemain bola keranjang Slam Dunk. 4 hari aku pulun baca siri komiknya dalam malai (Arrizqi said Malay) version. Rasa macam teruja pula hendak tengok siri animasinya. Ok, layan sampai episod 3 baru ingat hendak mandi pagi, ahahahahaaa! tengok jam sudah masuk Zohor, sempat share dengan tuan Asben nak tengok Sakuragi. He said, dia dah muat turun siri animasi Slam Dunk ada dalam harddisk, siap mengajar aku macam mana nak buka harddisk tu di tv. Yeay! Pergi mandi dulu...

Sakuragi Hanamichi.
Kiri: Baru masuk training.
Kanan: Bila sudah rasmi jadi pemain.

Selesai mandi, time for me 100% rileks sambil temankan daktiga buat kerja sekolah- mesti tunggu dan buat kerja sama-sama di ruang tamu. Aku layan Sakuragilah sambil-sambil. Hendak main games sebelah malam kerja sekolah mesti siap pada hari yang sama. Macam biasa, Arrizqi yang akan siap sepenuhnya. Adli walaupun sudah aku bantu, dia tetap lambat. Dia memang suka termenung. Dapat pun tengok Sakuragi sehingga tuan Asben balik kerja, welcome back asben!

"wah tengok Slam Dunk!" kata tuan asben sambil buka langkah besar berikutan ruang tamu berantakan dengan buku.
"abi, saya dah buat kerja sekolah, malam ni saya main komputer boleh?" Arrizqi bersuara sambil mengemas buku. 
"mainlah dik!" dan tuan asben terus berlalu untuk mandi. 

Inilah suasananya.

Sekian kerja aku seharian siang di rumah, hahahaaa! Sudah 37 tahun layan animasi, nasiblah!

5 comments:

Ako Retna said...

Rs nya sekali je kot layan slam dunk ni hehhe.. Ater kita x paham sgt animasi tu ��

ch@ said...

kak Retna: animasi ni kena layan dari awal, tetiba tgk1 episod je, memang tak paham la. best! kita suka.

babYpose said...

Salam, rutin produktif sesambil layan animasi..

Azhafizah MN said...

orang dewasa pun ada sifat kebudak budakan juga. Rasa macam normal. Tak pernah lagi tengok Slam Dunk ni tapi pernah lah nampak komik ni zaman sekolah dulu. dulu rajin gak kumpul komik. Tapi zaman sekarang ni dah mudah nak dapat bahan bacaan komik online. Buku fizikal pun dah kurang diterbitkan.

Musim hujan ni memang tak belek sangat pokok tapi lebih risau pokok dalam rumah pulak kurang cahaya. huhu

ch@ said...

babYpose: buat naik semangat, gitu!

Azhafizah MN: kita lebih suka buku fizikal daripada online. memang asben collector comic dari zaman bujang lagi, dia beli komik sampai habis kilang pun tutup. hahaaa!

Kita baru nak belajar tanam pokok dlm rumah.