Friday, 29 January 2021

Bila parent ke sekolah 3.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Haaa, dah macam trilogi pula tajuk tu. Anak tiga, tetiga berlainan hari dan berlainan kejadian. Malam tadi aku sudah start susah hati, kepala mula hendak overthinking. Esok, esok aku tidak ada geng hendak wefie, means tiada kawan hendak berborak. Hendak menunggu esok, kepala otak aku sudah berselirat. Aku whatsapp Sha'adah, kakak, Khaida dan Sha untuk dapatkan kekuatan. Berdoa agar perjalanan tugasan aku berjalan dengan lancar pada keesokkan hari.

Awal pagi aku sudah bersiap, jap 8.15pagi aku sudah bergerak untuk menghantar buku teks Arrizqi, buku tahun dua dan terima buku tahun tiga. Hari ini aku tidak berhasrat untuk merewang jauh sebab aku akan jumpa Khaida petang nanti. Aku parking kereta bersebelahan pagar kedua sekolah sahaja, barisan parent sudah pun panjang. Disebabkan dikelilingi dengan orang yang tidak aku kenali dan tidak peramah, tambah aku juga malas hendak beramah mesra hari ini, makanya aku main TownShip saja. Urusan sangat mudah pada hari ini, menunggu pun tidaklah lama. 

"kakak lagi? hari-hari jumpa kakak." kata pengawal yang sedang menjaga pintu pagar. Ye, pengawal biasa tu la, yang bertubuh besar dan berkulit gelap. Dia yang biasa rajin benar menegur aku, hahaaa...
"nak buat macam mana." aku menjawab sambil menyambung bermain game, tidak berhasrat untuk memanjangkan perbualan.

Hari ini tiada tulis nama di meja, terus sahaja dipanggil masuk untuk pulangkan buku dan mengambil borang, sudah tiga kali aku menulis di borang yang sama tetapi berlainan nama pemilik buku. Famous sudah tulisan tangan emak ni di sekolah. Melihat kelas semasa Arrizqi kosong, aku gegas sahaja mendapatkan guru kelasnya. Owh! ini teacher BI Arrizqi tahun lepas, jadi guru kelas pula pada tahun ini.
"good morning teacher!" sapa aku beramah pada awal pagi begini. Lama betul tak wish sejahtera dengan cikgu kan? zaman sekolah dah lama berlalu.
"ye good morning puan, nanti sekejap. Ini emak atau kakak?" tanyanya. 
"emakla." aku menjawab dengan tangan masih sibuk menulis borang lagi. Guru kelas meja sebelah sudah melirik sama. Aduh!
"saya pun dah pening dengan sistem tu, kenapa nama dia tidak ada. Tak apa, nanti saya minta boss buatkan. Jika ada apa-apa saya inform puan." ini hal disebabkan nama Arrizqi tidak muncul dalam sistem sekolah sebagaimana sekelompok dengan Adli dan Auni.
"baiklah, jika ada apa-apa teacher info je la saya, thank you teacher." aku terus menonong balik, berterima kasih pada pak gard.

Melihatkan gerai nasi lemak singgit Arrizqi ada buka, aku singgah sebentar dan ke rumah kak Maria untuk mengambil stok coklat kiriman pelanggan. Sampai rumah, macam biasa berlengas dengan kerja rumah dan memantau daktiga dengan kerja sekolah mereka. Siap aku masak tengah hari, Khaida call mengajak aku temankan dia mengisi minyak kereta. love you Khaida.

Elok tn asben ke tempat kerja, Khaida sampai. Kami keluar untuk mengambil barang-barang dagangan dan diagih kepada pelanggan setia, hahahahaaaa! Kelakar, sempat pula singgah beli takoyaki, walhal tempat duduk belakang kereta sudah penuh dengan makanan. Alhamdulillah! bercerita dengan Khaida tanpa berkesudahan. Dia menghantar aku balik, dia ke sekolahnya semula. Alhamdulillah. Selesai tugasan hari Jumaat yang berkat ini, semoga semuanya baik-baik sahaja menjelang esok hari dan hari seterusnya. Thank you Khaida! LOΛE.

clingy girlfren, thank you darling!

dah tak clingy, seorang darjah 3 seorang darjah 4.

Cari kawan biar macam cermin, 
kita gembira, dia pun gembira,
kita sedih, dia pun sedih,
jangan cari macam duit syiling,
depan lain belakang lain.

Wednesday, 27 January 2021

Bila parent ke sekolah 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Tajuk dua kali, hari ni tired benar. Dua  hari lepas buku teks Auni, kali ini turn Adli. Halaaa Syasya, jenuh mikir outfit, sudah sedia malam tadi tapi lain pula yang diselongkar pada pagi ini. Hari ini banyak agenda meskipun dalam tempoh PKP. Bersiap awal lagi pagi ini sambil memikir siapa pula hendak ku ajak wefie hari ni, hehe. Ada, Linda.

Aku sampai di sekolah lebih dahulu dan menunggu dia. Hari ni beratur panjang tidak seperti sebelum ni. Mungkin kebanyakan parent mempunyai tugas lain, makanya mereka get ready selesaikan penyerahan buku teks anak-anak pada sebelah pagi, aku memang suka urusan awal-awal. Sekejap lagi bolehlah aku merayau sementara boleh keluar.

Kelas google meet Auni dan Adli terpaksa tinggal, phone aku bawa bersama. Tidak mengapa, balik nanti aku catch-up kan tugasan mereka semula. Berborak macam biasa, jaga jarak, wefie tetaplah- steady. Menunggu giliran belakang Linda, masuk dengan dia sekali dan berjumpa dengan guru kelas Adli. Aku masih belum dapat terima si Adli ni sudah masuk tahap dua, rasanya masih baru dia berada dalam darjah tiga. Selesai memulangkan buku tahun tiga, aku mengisi borang penerimaan buku teks tahun empat pula. Mengisi borang sambil berdiri menunggu giliran.

Aku menghampiri meja guru kelas Adli sambil memberi salam, owh... ini guru kelas Auni sebelum ini.
"emak Auni." katanya. 
"ingat lagi ustazah, tapi kali ini adiknya pula Adli."
"nombor puan, masih ada lagi saya simpan. Saya memang suka membebel dalam whatsapp." hehe. Ustazah ini menjadikan aku tidak kekok untuk berbual. Aku membantunya mengira buku teks, mengisi borang lagi, dan berbual tentang satu dua perkara tentang pelajaran dan pembelajaran. InsyaaALLAH sama-sama kita harungi musibah ini dengan kental dan tabah.

Usai urusan, aku kembali ke luar pagar, mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan yang memang sudah biasa sangat nampak muka aku. Mendapatkan Linda yang sedang menunggu di tempat menunggu bas, kami bergagasan ke kereta masing-masing. Berpamitan dan memandu pulang meninggalkan ke sekolah. Berjanji akan ketemu semula minggu hadapan, jika ada rezeki.

Sebelum pulang, aku singgah di Elews Mart membeli sedikit keperluan untuk daktiga. Sejak membesar dengan jayanya ni, mulut perut memasing bagai tidak dapat di control. Makan sahaja. 

Kami berkawan daripada anak pertama bersekolah tabika, sekarang mereka sudah 12tahun.

Adli pakai baju Thaqif, from Linda yang sebaya dengan Auni sekarang. Kitorang memang suka tukar-tukar baju, sebab Linda hanya ada seorang anak lelaki, aku pula hanya ada seorang anak perempuan.
Alhamdulillah...

Petang, Hani hantar frozen koci dan cho badak. Kak Maria juga datang menghantar coklat yang aku pesan. Tidak  lupa semalam, Khaida datang hantar pop-corn. Alhamdulillah, syukur rahmat Allah swt. Aku masih ada satu hari lagi untuk berurusan dengan sekolah, menghantar buku Arrizqi pula. Oh my! 

Aku suka sangat quote ni:
Rezeki itu milik Allah swt, semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain,
InsyaaAllah, Dia akan memudahkan lagi rezeki kita.

Monday, 25 January 2021

Bila parent ke sekolah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Mula-mula dapat maklumat hanya parent sahaja yang perlu mematuhi prosedur memulangkan buku teks anak, aku oke je. Tapi bila masa dekat dengan hari kejadian, aku rasa macam gelihati pun ada. Parent kena beratur, ikut SOP masuk sekolah. Rasa macam, back to school balik semula. Zaman sekolah dedulu, hehe.

Aku tidak cukup tidur akibat menonton drama sampai larut malam, then bangun awal pula sebab bersahur maka paginya, mulalah badan rasa macam tidak boleh control. Aku memang tidak boleh langsung tidak cukup tidur sekarang ini, faktor kesihatan dan faktor umur sungguhlah! aku gagah juga cover mata tidak cukup tidur, iyalah sudahlah separuh muka kena tutup maka tinggal mata sahajalah yang boleh dikenali cikgu dan kawan-kawan nanti.

Sebenarnya, aku agak teruja juga, dapat keluar rumah, dapat jumpa kak Su, setelah lama sangat berkurung dek PKP ni, boleh kena gangguan mental dibuatnya asyik sedut udara dalam rumah ja, rindu hendak sedut udara kenduri kawen, kedai makan, padang dan shopping mall- hehe! argh... kobid ni! so dek sudah lama sangat tidak ke sekolah, tetiba pula aku terasa hendak menangis, rasa macam hendak pitam pun ada. Nerves tu tak payah cakap la, entah berapa kali keluar masuk tandas hendak menyampaikan waktu memanaskan enjin kereta. Resah betul.

Aku whatsapp dengan Sha'adah, I need her right now. She calm me as always, haih. It's just school Syasya, you can! Just take a deep breathe, keep calm. Kak Su ada nanti. Aku tinggalkan rumah dengan berat perasaan, libang libu. Entah apa yang kepala aku fikir susah-susah sangat, serabut. Aku meletak kereta bersebelahan kereta Linda, jengah ke dalamnya, tidak ada orang. Aku menunggu dalam kereta sahaja, kak Su lambat sedikit. Linda muncul dalam whatsapp, pantang teringat lekas sahaja capaian instinct tu sampai, dia bertanya aku di mana. Linda sedang beratur menunggu giliran untuk masuk sekolah. 

Tidak lama aku nampak motor kak Su lalu and aku berdoa banyak agar mudah urusan aku hari ini. Mengunci kereta, menjinjit 16buah buku teks Auni untuk dipulangkan dan mendapat yang tahun ini punya. Sedikit kuat suara aku menegur kak Su yang baru turun motorsikal. Memasing dah macam ninja, kena guna loud speaker sikit. Kami beratur, sempat aku menegur Liza yang sudah selesai urusannya. Walaupun bertopeng separuh muka, aku masih menegur jika kenal. Argh! lupa bahawa azam tahun ini hendak jadi pendiam. 

Berborak dengan kak Su macam biasa, dia di hadapan aku tah macam mana aku boleh masuk dulu pula, hahahaaa. Alhamdulillah mudah sahaja urusannya, berkenalan dengan guru kelas 2021 Auni yang sedikit tegas dan mengambil tugasan untuk PdPR dipondok pengawal. Sambil berjalan sambil masukkan buku teks ke dalam beg, Syasya dia memang ikut-dan saja. 

"anak kelas apa?" tanya pengawal menjaga kotak tugasan.
"6 Sinar" aku menjawab sambil mengorek pen dalam beg.
"ambik situ, tandatangan sini, buku sudah beli?" tanyanya lagi.
"aiii hari tu kan kita dah jumpa, beli buku." pengawal berbangsa India bertubuh besar, berkulit gelap itu memandang aku yang sedang menulis, atas bawah. Lama.
"buku boleh beli online, ooo kakak. u pakai mask I sudah tidak cam." pengawal tu lagi, hahahaaa... 
"aduhaiii, takpe nanti kita jumpa lagi. Terima kasih." aku tinggalkan pondok pengawal dan menunggu kak Su di luar pagar. Pengawal keselamatan itu memang sudah kenal aku sebenarnya, dia yang menjaga Adli dan Auni masa Arrizqi bersekolah jauh darjah satu lepas, tambahan pula dia kenal sangat dengan kereta kelisa tuan asben. Rare.



Kak Su keluar dan kami berpamitan untuk kali terakhir, hendak mengopi pun tidak boleh. Jadi hye-hye-bye-bye sahajalah. Alhamdulillah. Aku singgah ke kedai untuk membeli barang keperluan dapur, menghantar tart pesanan kak Miza dan balik ke rumah. Selesai tugasan hari ini, syukur.

Tuesday, 12 January 2021

Daktiga: Aktiviti rumah tok papa mama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Edisi throwback!

Tengah aku syok marathon Kdrama, tuan asben whatsapp tanya jika hendak balik Johor atau tidak, uiii... sudah mengantuk lagi di sorong bantal, memang harus lena terus la jawapnya. Opkos lah, mahu-mahu-mahu. Dengan tidak semena-mena terus ajak balik pada keesokkan hari, wah! Pembelajaran dalam talian masih lagi berbaki satu minggu, kitorang semua sudah sampai di Johor. Hendak bercuti lama di Johor, harus mengangkut hampir 1 almari outfit. Tahu sahajalah, daktiga makin meninggi memasing plus lama sudah tidak balik, baju yang tinggal di rumah tokmamapapa harus mengecik dan singkat belaka.

Kebetulan kami balik, adik yang di Johor juga tawakal balik sama. Happy tokmamapapa semua berkumpul, kami ni tidaklah ramai mana. Berkumpul semua pun, masih patuh SOP masih tidak cukup 20 orang, hiks! Diikutkan, aku tidak mahu berlama di rumah mama ni, tetapi memikirkan daktiga tu hari-hari main games (mengadap komputer) sepanjang bercuti, diminta main basikal keliling rumah pun mereka naik malas, dengan alasan covid makanya dengan sengajalah aku mengikut routine hujung tahun setiap tahun.

Hari pertama, kedua, ketiga elok je lagi. Masuk hari ke seterusnya sudah mula berbunyi kebosanan. Bila sudah pandai uruskan diri masing-masing ni, bila keadaan sunyi tiba-tiba, mulalah aku dengan mama kebimbangan. Mencari di mana mereka bermain di luar rumah. Hendak keluar bershopping sangat pun tidak boleh, mereka sendiri menyatakan mereka bawah umur, tidak dibenar masuk ke kedai. Bila paksu dorang balik, dapatlah tumpang bermanja, tumpang kereta pergi kedai. 

Hari-hari tokpapa beli bekalan nasi lemak, kuaci, biskut, roti dek kerja mulut memasing asyik hendak makan sesaja. Daripada kucing liar berkeliaran di rumah tu sampailah kucing menjadi jinak dikerjakan daktiga. Pokoknya, memang ada saja aktiviti keluar peluh dibuatnya, baju bertukar setiap kali basah dengan peluh. Kalau sudah tengah hari tegak pun boleh bermain badminton, hah! mau kata apa lagi... usah demam sudah.

Sebelum tuan asben menjemput pulang, paksu sempat ajak main pasir dipantai. Itu pun, sudah 3-4pantai dilewati tidak boleh masuk kerana angin kencang dan ombak kuat. Tokpapa dan tuan asben pun berpesan supaya tidak mandi di laut. Dorang ini takut ombak, cuma nakkan pasir pantai tu je. Hasrat di hati hendak korek pasir puas-puas sambil dengar angin pantai dan berlari-lari. Habis main pasir dan membersih, mencari makan di Sedili Besar, kononya hendak makan celop-celop malangnya tidak ada rezeki, kedai tutup. Kami singgah makan di jeti sahaja. Kali pertama aku jejak kaki di Sedili Besar ni, biasanya sampai Sedili Kecil sahaja beli keropok dan balik, tapi kali ni paksu bawa jejak kaki ditanah Sedili Besar. Dapatlah makan ABC dan borong nasi lemak buat makan malam.

Balik tu terus keletihan, tuan asben sampai pun aku sudah lena diulit mimpi, tau-tau sahaja nampak kelibat dia dalam bilik, hahaha! Kami balik rumah sendiri sehari selepas itu. Jarang aku nangis bila bertolak balik Sg. Buloh, tapi balik kali ini aku jadi sayu, jadi sedih sesedihnya. Entahlah mengapa, entah dapat bersua lagi entahkan tidak selepas ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan sentiasa dalam rahmat Allah swt- insyaaALLAH!



tokpapa beli mainan, tokpapa sendiri yang main. hiiiks!



Sampai patah lastik tokpapa dikerjakan dakdua ni.

Kerjaan lepas baik berkhatan.

Muka ada happy mau ke tepi pantai.






Ready going back Sg. Buloh, panjang umur kita berjumpa lagi-insyaaALLAH!

Kembali ke Sg. Buloh selepas dua minggu di rumah tokpapa mama dengan routine biasa. Membiasakan diri dengan suasana rumah pula. Membuat persediaan-persediaan untuk buka sekolah. Sekolah atau tidak, kita bersedia sahaja. Sekurang-kurangnya semua sudah ready bila kata sekolah kembali dibuka dengan norma baru. Semoga baik-baik sahaja. 

Wednesday, 6 January 2021

Sya2time: Kelas zumba.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sejak jatuh sakit tahun lepas, aku memang berhasrat untuk berhenti kelas zumba ni, maklumlah heart rate aku sangat tidak stabil untuk buat aktiviti lasak, then semakin lama aku fikir semakin aku rasa jadi tidak sihat, aku perlu bersenam sebab masa muda aku dahulu sememangnya aku sangat aktif. Berlari di padang ialah hobi aku, jika tidak berolahraga, aku bermain bola jaring. Zaman muda aku memang sangat suka aktiviti yang agak lasak. Aku bukan yang terlalu budak buku. 

Jadi bila jadi pasif bertambah pula jarang sekali hendak mengukur shopping mall, rasa macam makin mereput pula. Entah macam mana cukup lama pelawaan coach Marsha ku tolak, akhirnya aku buat comeback. Wah gittu! Kebetulan Shuri whatsapp aku untuk beritahu dia telah booked kelas Sub30Core untuk aku pada Isnin akan datang dan aku tanya dia santai-santai sahaja untuk kelas malam ini. Kelas zumba, coach Marsha. Thanks Shuri tolong dealkan untuk aku dan onz dengan tema gold black and yellow.

Aku pakai yang simple sahaja, as me as always tidak bergalak sangat, kakak tidak tahu, coach pun tidak tahu, yang tahu hanya Shuri semata-mata, siap dia bayarkan untuk aku. Aku sampai dan parking dengan jantung hendak tercabut, nerves untuk kelas zumba pertama pada tahun 2021 ini. Aku menanti Shuri sebenarnya, akan tetapi aku telah nampak kereta kakak dahulu. Ini teruja... ingatkan kakak seorang rupanya dia dengan sister Nora, sister ni pun... setiap kali nampak muka aku mesti dia pujuk minta aku ke kelas zumba, "jomlah adik, jomlah adik!, bila ada ko datang kan Sya, aura tu jadi lain tau." ayat dia pancing kemain.

Aku berdiri di kaki lima, dengan mask sambil memeluk botol air. 
"kak Nora!" aku menyapa suara separuh kuat bila ternampak sister Nora keluar dari kereta kakak Ziela.
"kak Nora!!!" aku kuatkan suara sedikit lagi, bagi dia mendengar.
"hei... kau, adik! Sya...join kelas? serius ni? macam mana kau boleh dapat selit ni? betul kau join malam ni? bestnya!" suara dia lebih kuat daripada aku tadi. Aku pun dah tersipu-sipu di kaki lima kedai ustaz Ebit Liew tu. Orang yang sedang makan di restoran bertentangan juga ikut menoleh. Aduh! kakak lekas-lekas tutup kereta mendapatkan aku.
"eee, macam tak percaya, datang kelas malam ni. Mesti dia ganti kak Lela tak join, rezeki kau dik." kata kakak, sambil kami melangkah naik ke kelas. Jantung aku macam hendak gugur. Kelas zumba masih ikut SOP, bertanda dilantai untuk menjaga jarak.

Aku menelan liur berkali-kali, argh! sungguh aku tidak biasa dengan suasana ini. Nampak kelibat aku agaknya, Shuri menghampiri.
"hai student baru!" hahahaa jahaaattt! Serius, aku sangat  kekok waktu ini, melihat keadaan masih awal, sister Nora ajak bergambar. Habis sesi bergambar tanpa peluh, aku duduk ikut tanda main games. Hendak bayar duit kakak dan Shuri, mereka tidak mahu ambil. Duit kakak duit kelas Sub30Core. Duit Shuri kelas zumba, masalah betul bila tidak ada online transfer nih. Shuri kata dia belanja sebab aku datang hari ini, alhamdulillah. Semoga Allah swt lindungi sahabat-sahabat kesayanganku ini, berikan kesihatan yang baik, juga limpahkan rezeki yang melimpah untuk mereka semua.

Aku duduk lagi sehingga coach Marsha tiba. Shuri adalah manusia yang paling tak sabar hendak tengok reaksi coach Marsha, aku juga. 
"tu orang baru." kata Shuri.
"mana?" Shuri tunjuk aku yang sedang main games.
"haiiiiiiiiiiiiii, you datang kelas aiiiiiii!" hahahahaaa her respon lebih cepat daripada tindakannya. Nak hugs takboleh, jaga SOP. Kami hai-hai saja. Rindunya.

Habis kelas semua bergegas berterabur hilang, coach ni... baik-baik orang tidak kenal dengan aku, habis semua kantoi, dia doklah ter Syasya-Syasya-Syasya menyebut nama aku. Sampai aunty owner tu pun kata, "dia dah lama sangat tak jumpa!" ihiks... Alhamdulillah, selesai juga kelas zumba pertama dengan rasa separuh nyawa nak hilang. Semput!

Aku terus sahaja balik rumah setelah kelas selesai, waktu sudah lewat malam untuk aku berlama-lama di luar. Ihiks, sekian! Semoga ukhuwah ikatan persahabatan antara kami kekal hingga bila-bila. Mereka tetap ada, mereka tetap mereka bila bersama dengan aku. Jika tidak suka, kami lemparkan depan-depan muka sahaja, 
"I tak suka, tapi... " - coach Marsha.
"kakak, aku tak suka la macam ni." - aku. 
"ala apa ni, bencilah!!!." - kakak Ziela.
"lantak kau la, malas aku layan!" - sister Nora.
"alaaa, bencilaaa macam ni. Tak suka nya..." - Shuri.

Haaa, ayat tidak suka yang buat kami always together walaupun tidak berjumpa. Syukur aku dipertemukan dengan mereka yang sentiasa berfikiran positif dan bila part negatif tu, ia akan jadi mereng bersama-sama, masuk air terus. Semoga covid ini diangkat ke tempat asalnya semula, semoga kehidupan kita menjadi baik-baik sahaja. Semoga kita terus berukhuwah hingga bila-bila, insyaaALLAH!


Syasya-Shuri same without notice.





Monday, 4 January 2021

Sya2time: Kelas Sub30 Core! Lambat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Buka puasa je dah 15minit, mujur sudah siap dengan outfit kelas dengan tudung pun sudah siap bergosok. Urgh! pack betul time bila kelas bermula jam 8malam. Jeling jam 7.35malam usai solat Maghrib. Oke mari layan tudung, bergaduh dengan Momo sebab ia tidur atas tempat menggosok. 

Baru hendak hidupkan enjin kereta, kakak whatsapp menyatakan dah sampai, tempat aku berdepan dengan Shuri, uiiiiii awal betul minah ni. Macam the flash bawa kereta. Aku bergegas meninggalkan rumah kali kedua untuk hari ini, ye la siang tadi pergi beli barang dapur, kehabisan semua stok daktiga tu memasing macam mesin menelan makanan. Lapar semedang bertambah dengan cuaca sejuk.

Alhamdulillah jalan lengang, parking depan kedai Ustaz Ebit Liew dan berhegeh menyarung kasut. Sampai depan pintu studio, alamak macam mana nak buka pintu ni? haha... oke ada loceng. Naik tangga sudah mendengar suara coach Sara memberi penerangan. Alamak-alamak! kakak pilih port agak depan.  Maka, tempat aku lebih depan daripada dia. Aduh, aku hendak membentang yoga mat aku sendiri ni, malu dowh!

"mek ko lapik atas tikar tu." kata Shuri yang memerhati aku membetulkan gulungan tikar hijau.
"lapik atas je dik." kata kakak pula, dedua memerhatikan aku yang di depan mereka berdua. 

Baru rasa semangat sikit dengan warna kegemaran, hehe. Alhamdulillah, selesai kelas dengan jayanya. Kakak ajak melepak, tetapi aku kena terus balik, hari sudah malam, tuan asben kerja dan bermalam di opisnya. Jadi, next time kita lepak bersama k. 




I DON'T FIND THE TIME TO WORKOUT.
I MAKE TIME TO WORKOUT.