Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Memang core betul, rasa berbaloi termakan ajakan si kakak ni. Kali pertama datang kelas Coach Sarah ni, sebagaimana dia juga conduct class kali pertama selepas bersalin. Dia nampak berisi.
Posisi aku bersebelahan dengan kakak, hrmmm. Aku menarik nafas panjang, menenggelamkan perasaan sebati dengan suasana studio yang baru, aku suka studio ni, besar sangat dan rasa dapat bernafas dengan banyak. Lebih lagi, ikut SOP maka peserta yang menyertai pun sangat limited. Kakak, next time booking untuk aku siap-siap ye.
Lengkap penuh satu kelas, kami mendengar penerangan dari coach Sarah, siap dia demo sekali untuk lebih terang. Oh! aku penah buat exercise agak serupa dengan ini, cuma aku buat menggunakan aplikasi handphone saja. 15 minit sehari. Sejak tuan asben pergi bertugas dengan masa tidak tentu, jadual exercise aku pun ke laut mana tah.
1st step 6 sub 30 seconds per sub, oke mampu lagi senyum, gelak, bercakap. Masuk 2nd step 6 sub 30 seconds again, oke cool... take a looong deeep breath. 천천히 샤샤, 천천히! Aku jeling kakak di sebelah, wah... dia sungguh steady sedangkan aku rasa sudah semput benar, kakak buktikan zumba membantu dia bertahan untuk SUB30 CORE, sungguh inspirasi. Aku suka coach Sarah ni, peramah dia memang aku puji, dia suka naikkan semangat bila nampak memasing sudah rasa separuh nyawa, haha.
Aku? masuk part 3rd step, dah tak larat. Mulut aku memang semua perkataan hangul terkeluar. Kakak kat sebelah pun sudah mula berkeriut-keriut mukanya, aku? haha... aku struggle. Seriusla, step ke tiga memang kalah habis, hendak angkat badan pun tidak larat. Akhirnya jarum panjang jam berhenti di angka 9, alhamdulillah penyiksaan berakhir. Coach Sarah berlucu pun, aku sudah tidak mampu untuk ketawa besar lagi. Malam masih awal, kakak mengajak aku mengopi sebelum balik. What?
Kami hanya mengopi di kedai belakang bangunan studio, kakak mengajak. Katanya mi celop di situ sedap. Aku pun sangat jarang dapat makan mi celop, meh la kita. Aku selalu makan mi hun sup saja. Sebab sudah malam, jadi kami hanya order satu sahaja dan berkongsi. Ye order satu sekali yang datangnya, naaah! satu mangkuk tu sudah betul tapi saiz nya, 매우 큰! (sangat besar!). Awalnya, memasing rasa tidak mampu hendak habiskan, akan tetapi bila kita makan berteman ni, yang dijangka tidak habis tu lah boleh dihabiskan. Bila makan berteman, lauk yang biasa pun boleh menjadi luar biasa sedapnya. Betul?
Sekian habis semangkuk besar kuey tiow celop, habis sesi meluah perasaan, habis sesi bergosip, kakak melirik jam di tangan aku.
"kita kena balik sebelum zumba habis. Karang sesak." kata kakak.
"jom, kakak bayar!" hahahaaa senang sahaja aku mengeluarkan arahan. Sebab dia sudah keluar beg kecilnya, aku masih terhegeh-hegeh lagi. Sebelum ini kerap sangat bergaduh hendak bayar dikaunter. Alhamdulillah, kakak terima kasih untuk hari ini. Happy dapat keluar daripada lemas berlengas rumah. Syukur!
Do more of what makes you happy.
2 comments:
Salam tahun baru cha
kakretna: salam tahun baru akak...
Post a Comment