Tuesday, 20 October 2020

Sya2time dengan boifren dan PPUM.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Planning terkejut, dia di sana aku di sini (dia outstation), tiba-tiba ajak pergi RUKA di PPUM. Mimpikah? aku sememangnya hendak pergi klinik perempuan, tapi bukanlah secara terkejut begini. Bagi aku ready mental dan fizikal dahulu kerana hubungan aku dan hospital/klinik adalah tidak begitu rapat sekali. Sudah di ajak, mengapa tidak diikut saja. Okeylah, mari kita temankan dia. Penuh berselirat kepala otak aku memikir soalan untuk pakar perunding kesihatan nanti, sambil berdoa dipermudahkan urusan pada hari kejadian. Anxiety datang, aku tak suka betul.

Hati memang sangat tak tenteram, libanglibu bagaikan hendak buat persembahan final projek depan khalayak ramai. Tahun ini sahaja sudah 2 kali aku ke hospital dan sekali ke klinik. Mulanya hendak naik motor sahaja, jenuh aku cari suaipadan ootd nak bermotor, rupanya berkereta pula. Dia ni, sukaaa buat perubahan mendadak tanpa notis, aku lemah betul bila dia tukar last minit. Maklumlah aku ni jarang sangat keluar rumah, bila berkereta dapatlah ber ayu-ayu sikit. Bila aku bersuara, dia kata aku bising. Jadi aku layankan je la rentak dia. Perjalanan merentas daerah, Selangor-KL merangkap menempuh sekatan jalan raya berkali-kali.

Sampai juga di RUKA, ikut SOP... masa-masa ini jugalah aplikasi hp buat hal, aku tak suka-aku tak suka. Tuan asben sudah pun lepas pintu, tinggal aku yang diluar ini, lepas tu? mendaftar lagi sekali, mengambil nombor untuk bertemu doktor pula, leganya daripada penjaga pintu, penjaga kaunter juga pengunjung lain semuanya ramah-ramah berlaka. Jika tidak, maunya aku meraung sesorang kat situ, menonong terus balik. Mood aku memang jangan dibuat pasal.

Aku terpisah dengan tuan asben, dia di tingkat yang sama, aku ditingkat bawah. Macam magic pula bangunan ni, haha. Jadi, proses yang aku malas setiap kali ke temujanji hospital = menunggu. Dekat jam 11am baru dapat masuk  ketemu doktor, berbincang, mendapatkan nasihat dan siap. Aku hendak buat papsmear, entah macam mana kebetulan aku datang bulan pula, hrmmm tak jadi la nampaknya. Memandangkan tuan asben sudah pun siap dan menunggu di kereta, aku perlu ke kereta sendirian. Satu lagi kelemahan aku, mencari kereta sendiri di parking lot. Halaaaaaaa... 15 minit aku berlegar dilobi bawah tu, 3 4 kali aku melintas jalan, bangunan yang ku cari tidak kutemui. Aku lost.

Tuan asben hanya beri arahan melalui whatsapp sahaja. Setelah berpeluh beberapa ketika akhirnya aku berdiri lama di tiang traffic light dan memutar ingatan semula sewaktu datang bersama tuan asben tadi. Come on Syasya, you can! Hendak sahaja aku bertanya pak polis yang ramai di ruang legar itu, baru sahaja nak bertanya aku ternampak food court yang diperkata tuan asben. Alhamdulillah. 

Keluar sahaja pintu lift terus nampak kelibat dia di dalam kereta, jika tidak memang aku kena bebel la nampaknya. Kami terus sahaja mencari jalan pulang, aku mengajaknya ke Speedmart, alahaiii bila lagi hendak bermanja kan, kikiii... dia  berhentikan aku di Eliew Mart, kali pertama aku pergi Eliew Mart ni, murah ke? hrmmm...  balik rumah banding harga, Speedmart lagi murah, bukan semua barang la, mungkin ada setengah barang Speedmart lagi mahal, aku takde masalah mana-mana pun, insyaaALLAH boleh sahaja.

Balik rumah, bersilat menyiapkan makan tengah hari, Auni minta buatkan mi goreng basah, lately jadi perhatian dia pula. After that, rehat sekejap layan konsert Nu'est sebelum bersilat lagi untuk makan malam, Allahuakbar- memasak sahaja aku sejak PKPB ni. Tidak mengapalah, janji just stay at home. Right! masak tu best cuma hendak mikir menu tu, ikut tekak aku tibai ja, ini aku kena fikir empat mulut yang lain lagi, hehe. Mujurlah ada mr Google. Search saja!



Padang bola on my face, haha!
Menunggu tu boring...


You don't have to defend or explain your decisions to anyone. It's your life, live it without apologies. - Mandy Hale  

5 comments:

Kakmim said...

siap dah baca cerpen cha... gagah kau kakmim baca ayat demi ayat.. baris demi baris... perenggan demi perenggan... bglah ucapan tahniah cha... hahahaha

ch@ said...

kak mim: usahla rasa terpaksa kak mim, hahahaaa...

Sha Mohamed said...

Kita punya masalah yang sama.. Susah betul mencari parking kereta.. Jenuhlah mengingat tetap rasa sukar.. Boleh bayangkan keadan Cha masa tu.. Bertabahlah..

ch@ said...

kak sha: kan kak?, kita mmg akan gagal setiap kali mencari perking, tak dpt bayang if i lost kat mall besa2 sesorang, rasanya mmg terus cari cab balik rumah. lantakla kereta kat parking. haha.

Salina@IbuAqil said...

Mee goreng tu menggoda sungguh lah..
Terliur!