Thursday, 20 February 2020

Selipar Baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Segalanya berjalan dengan tenang dan macam biasa, bila ada tuan asben ni, secara automatik schedule ai akan lari tune sedikit. Niat di hati hendak mengayuh basikal sebaik sahaja menghantar sekalian anak ke sekolah, namun buka sahaja pintu terdengar pula mesin mencuci pakaian sedang beroperasi. Menderum-derum bunyinya bagi ai beringat ada pakaian sedang di cuci. Terus sahajalah ai tutup pintu dan ke dapur menemui mesin pencuci, ada lagi beberapa minit untuk selesai. Sementara menunggu bolehlah housekeeping daripada depan ke belakang, macam biasa.

On TV drama Thirty But Seventeen sedang ditayangkan, wow Ahn Hyo Seop dan Yang Se Jong la, sambil mengemas sambil menonton, kekeke! TV on, penyapu ai kepit di kaki sambil jemari membalas whatsapp, busy jadi mak ni. Kawan-kawan bertanya khabar ai setiap hari, alhamdulillah. Masih ada yang peduli, gittu! Sebenarnya, ai menunggu drama Romantic Doctor Teacher Kim 2, episod paling terbaru malam tadi semasa ai ke kelas. Biasalah tn asben tak update decoder Astro, makanya ai kena menunggu encore SBS 393. Setel menghantar tuan asben dengan pandangan mata sahaja, ai menyambung menyelesaikan semua kerja. Dapat juga tengok RDTK2 Ahn Hyo Seop again, cuma taktahu ending dek ai kena keluar ambil hero yang berdua tu balik SRA, sokey petang nanti ada lagi encore (harapan dapatlah tengok).

Tunggu dan tunggu dan tunggu, akhirnya nampak juga kelibat mereka berdua, alhamdulillah sekarang saling tunggu menunggu usai solat Dhuha. But satu masalah bila sudah bergabung ni, mereka suka sangat berlari. Ai pun tak faham kenapa perlu berlari sedangkan ai memang setia menunggu mereka di situ tidak ke mana-mana. Adli buka sahaja pintu kereta, ai serbu dengan pertanyaan,
"kenapa tinggal adik tu?"
"selipar dia putus umi". jawab Adli sambil jari ligat pusing bermain button penghawa dingin. Ai tepuk tangannya, gatal betul. Mata ai terlekat dengan kelibat Arrizqi dari cermin sisi. Berlari. Berhenti dan mengheret kaki, alahaiii kesian.
"umi selipar saya tercabut, tengah lari-lari tercabut, susah pulak tu nak betulkan". Dengan tercungap-cungap Arrizqi menghabiskan ceritanya.
"tu la, suka sangat berlari siapa suruh, hausla tapak selipar tu!" ai keraskan sedikit nada suara.
"eh! umi semalam kan hujan saya pakai kena air depan pagar sekolah tu, umi kata haus?" Adli mengeluarkan kenyataan berbaur lucu dan buat ai jadi geram.
"eee, hang ni kan. Haus tu tapaknya da rata, da tak boleh grip tanah untuk kasut dan selipar lah, hang haus memang la kena minum air". Ai terangkan sambil menoleh kepada Adli yang sudah pun tergelak kecil. Saja, nak memainkan ai dak ni.
"so? hendak beli selipar ke? sempat ke?" ai bertanya sambil kepala berfikir, NTShop, SC. Hendak ke bandar memang tidaklah, jauh sangat. Arrizqi perlu selipar untuk pakai esok.
"SC ada selipar ke umi? saya nak selipar macam kakak, macam umi pakai tu". terang Arrizqi.
"ada tapi selipar jepun je la, yang tahan lasak tu". ai menjawab sambil memikir lagi. Terus ke SC tanpa apa-apa lagi, perlu berebut dengan masa.
"sempat la umi, kan belum 11.30 lagi. Kita mandi 11.45 hari ni tak apa, kan ada PJ." eh! Adli ni, dia pula yang atur jadual kita, tengokla kejap lagi siapa paling lambat bersiap.

Ai ke SC juga, terus menonong sampai di esculator,
"hrmmm sedapnya bau roti, nanti kita beli roti umi." ye Adli lagi.
"roti selipar dengan pelekat." dia menambah checklist tiba-tiba. Dan tiba-tiba juga dia ghaib daripada escalator. Menyesal pula ai berjalan tanpa menoleh belakang. Sambil mulut dia bising, dia tidak sudah-sudah ulangalik bermain dengan escalator barang-barang.
Ai memilih selipar untuk Arrizqi, selesai baru sedar Adli tiada.
"haaa tu la abang ni, sibuk sangat main tangga bergerak tadi, mana tah perginya." Arrizqi memimpin tangan ai, sambil dia menoleh kiri dan kanan.
"dia main tangga tu tadi umi". omelnya dengan wajah yang juga cuak.
"ni yang saya malas bawa abang, macam ni la jadinya." ai mengomel geram sambil mata meliar dari rak ke rak.
"ABAAAAAAANNGGG!!!" suara Arrizqi nyaring bergema di ruang aras dua SC.

Terdengar suara Arrizqi agaknya, Adli muncul dari celah baju. Ai menjeling geram.
"korang kat mana? saya cari korang..." tersengih, muka cuak melihat jelingan tajam emaknya.
"main tangga tu lagi, kan dah tak jumpa!" thanks Arrizqi tolong bebel untuk ai. Ai memang sudah letih betul hendak berdrama dengan Adli ni sempat ai tekan telinganya, geram.
"ooo kat sini selipar, umi saya nak juga." nada sayu, jeles dengan Arrizqi.
"abang punya elok lagi kan, nantilah!" sambil memerhati Adli membelek selipar yang dipakai.
"umi tengok ni, dah lebih. Kaki saya dah lebih." alasan dia membuatkan ai belikan juga. Payah shopping dengan ai, beli satu pakej tiga cuma terpaksa beralah sebab ai tidak dapat mengagak size kaki Auni.
"pakai cermat-cermat sampai raya nanti." ai berpesan sambil turun ke aras bawah semula. Riang pegang selipar baru sambil ke rak roti.
"saya pergi ambil bakul umi". Adli menawar diri dan terus hilang. Hrmmm, dah rela ambil bakul mesti banyak roti yang dia mahu borong.
"saya nak ni..." Adli ambil tiga untuk adik dan kakak.
"saya ambil ni..." Arrizqi ambil satu sahaja untuk diri sendiri.
"ambillah tiga dik, saya nak jugak..." suruh Adli. Ai tergelak sambil memerhati. Arrizqi ambil tiga tapiii...
"umiii saya nak 2 bole? lagi 1 yang coklat." Arrizqi menarik hujung baju ai sambil menunjuk another bread. Comel muka bikin ai cair.
"ambillah, dah jom cari barang lain pula". Selesai buat pembayaran siap beli toothbrush warna blue untuk kakak. Dorang ni, tahla... kadang sayu tengokkan. Pilih berus gigi untuk kakak je kot, nak yang cantik-cantik je, siap ada penutup la, tu la... ni la... Adli ni sangat details.
Selesai membuat pembayaran, ai singgah kedai runcit pula untuk membeli beras, sempat di pesan Arrizqi hanya beras sahaja, mereka perlu bersiap untuk ke SK.

Sampai di rumah, buat hal sendiri-sendiri sehingga masa ke SK. Hantar mereka berdua sesi petang tunggu Auni pulang sesi pagi. Selesai hantar Auni ke SRA, berperang dengan dapur pula. Sedang perang ternampak pula sebakul baju belum bersidai, ya rabbiii... ai is lupaaa hahahaaa! Sambil menggoreng ikan, sambil sidai pakaian. Isteri je mampu buat dua, tiga kerja dalam satu masa, haha. Since tuan asben pun dah balik, konon dapatla berehat dari ambil anak3 pulang dari sekolah, namun jam terus berpusing ke angka 5, 5.05 petang. Hrmmm, ai juga, tak mengapalah. Selagi punya waktu, rehatlah macam raja atas sofa tu, buatlah. Sudah terbiasa, one day ai sudah tidak ada nanti, pandai-pandailah.

Cuaca sangat berhabuk dan panas, ai menerima pesanan ringkas dari kak Su, emak kepada kawan baik Auni meminta bantuan untuk mengambil anaknya sekali, tapi nanti sekejap, ai perlu menyampaikan pesanan ini kepada Auni yang berada di SRA sedangkan ai memang sudah tidak masuk SRA, hanya menunggu di SK sahaja. Teringat kakWan, teringat kakAni, teringat kakSuraya syukur alhamdulillah dikurniakan mereka-mereka ini, ai berpesan pada mereka bertiga. Ai turun mengambil Adli dan Arrizqi, menunggu Auni moga-moga pesanan ai tadi sampai kepada Auni.

Sempat Adli dan Arrizqi menge'paw' air, ternampak Auni beriringan dengan Alisya. Syukur, pesanan diterima.
"umi, Iman naik dengan kita kan?" tanya Auni.
"ye, sampai pun pesanan, siapa cakap dengan kakak?" ai bertanya sebaik sahaja mereka masuk kereta.
"emak Rabiatul (kakAni)." jawab Auni dalam kekecohan Adli dan Arrizqi bercerita sama. Haru biru.
"umi kakak harap Iman naik dengan kita hari-hari." suara Auni. 
"itu kena tanya mommy dia la, abah dia yang rajin tunggu bila Alisya ada kelas." ai menjawab dan memulakan perjalanan balik rumah.

Sebaik sahaja ai menghantar Alisya ke rumahnya, jadual malam pula bermula. Ai akan mengerah mereka makan malam dahulu, mempromosi ikan masak kicap ai. Haaaaa, barulah berbaloi berperang dengan dapur petang tadi. 

Eh, tadi hendak cerita selipar sahajakan? jadi sekian cerita kejadian semalam. Akan bersambung lagi ke kisah lain pada masa akan datang.

Wednesday, 19 February 2020

Legakan kepala.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ai membelek lagi poster Avengers Fitness dan Zumba, poster kerja tangan sendiri hahahaaa sambil kepala otak mencari masa sesuai untuk cabut lari ke kelas sekejap pada malam tadi. Sekarang jadual kelas ai bergantung kepada jadual kelas tuan asben. If I can, ai tak mahu bawa yang bertiga ikut sama, sudah namanya pun "me time" makanya ai wanna be alone just with my friends. Lagi pula mereka sudah pun berulit dengan sekolah sewal pagi dan petang, tepat jam 7am to 7pm, makanya biarlah mereka berehat dengan lebih awal di rumah sahaja.

Bila kebenaran diberikan, ai akan kerah anak3 makan, mandi-solat, buat kerja sekolah lebih dahulu. Tetapi mereka akan lebih alert sekiranya ai lambat bersiap.
"umi kata nak pergi zumba?" tanya Arrizqi.
"nak pergi bersiap la ni." aku terhegeh-hegeh bersiap sehingga jam ke angka 8.30pm.
Ai keluar dengan menonong sahaja, rasa tak sabar hendak meninggalkan rumah, hahaaa! Ai is tired maksima, mahu menyedut udara selain rumah dengan rasa tenang dan aman tanpa gangguan, only me and friends.

Ai tiba di Avengers kakIda dan Nabila menghantar whatsapp menyatakan mereka telah pun sampai dan berada di kelas. Alamak, ai is menyampah betulla ada 3 4 orang lelaki melepak di pintu masuk untuk ke Avengers. Ini belum perjalanan untuk naik ke kelas yang di aras tiga, huaaaaaaaa!!! Berani tak berani ku gagah juga, kesian dengan mereka yang dah sampai hendak turun menjemput ai pula. Ai ni sejenis malas hendak menyusahkan orang, selagi mampu buat sendiri, ai buat.

Selesai pendaftaran di aras dua, ai naik ke aras tiga tanpa menunggu lagi. Ada 4 5 orang yang telah tiba termasuk kakIda dan Nabila. Tergelak mereka dari dalam melihat ai main babacak di pintu kaca kelas. Macam biasa menyengih sampai ke telinga. Allahuakhbar, ai is rindu sangat dengan kelas coach Marsha ni. Coach merangkap kawan baik, inshaaAllah. Ai gave them hugs, aduhaiii rindu sungguh sampai rasa hendak menangis. Dan selalunya bila ai ada partner, ai milih port belakang sekali kerana ada kipas dan aircond. Partner tak ada, makanya ai port dibahagian depan sahajalah, hehehe!

Baru 3 lagu ai dah pancit, huiii penat lain macam. Rasanya ada 3 minggu ai tak datang kelas, hahaaa! haru betul, peluh jangan kata la, meleleh-leleh. Tshirt tiga lapis basah semua, pening-pening lalat hendak habiskan kelas selama sejam. Rancak sangat, sehingga jam melewati angka 10pm. 
"ooo tadi mula kelas lambat." ujar kakIda dan ai hanya angguk. Bella sudah pun tersandar keletihan, anak kakIda tu kelaparan pun ada juga. Dia mengirim ai untuk apa-apa makanan, tapi keliling situ semuanya kaum putih belaka. 

Habis kelas, terus cabut balik rumah, anak-anak sudah pun lena di ulit mimpi. Alhamdulillah sudah masuk tidur semuanya. Ai menghilangkan peluh sambil menyidai baju yang dibasuh Auni sebelum ai ke kelas tadi. Dia perlu memakai baju tersebut pada esok pagi, perlu jemur di bawah angin kipas. Selesai kerja mengemas dapur, menyidai baju, ai bersiap untuk masuk tidur. Mandi, solat dan tidur. Esok kena bangun awal, routine berjalan seperti hari semalam. Alhamdulillah. 



Tenaga ai bagaikan bercas, walaupun badan terasa lenguh-lenguh akibat lama sangat tidak ke kelas. Otak pun terasa lapang sahaja, fresh. Baiklah, nanti kita menyambung kembali kisah untuk hari ini pula. Sekian kisah semalam, haaa gigih kan update bloghijau, yeah! Baiklah, ai mahu bersiap untuk ambil anak3 pulang dari sekolah. Semoga hari kalian baik-baik sahaja, inshaaAllah.

Monday, 17 February 2020

Routine 2020.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Eh, senyumankan satu sedekah. Free je, bukan payah hendak senyum pun. Rutin ai berjalan macam biasa, same goes as last year, chaos plus hectic = chaotic (pandai-pandai sendiri buat formula) hahahaa! Auni dan Arrizqi mudah sahaja bersiap, Arrizqi banyak persamaan dengan Auni. Si Adli ni alahaiii, entah berapa kali ai tinggalkan dia sebab lambat bersiap, tapi tidak serik juga. Jenuh!

Semua buat sendiri sudah elok, tapi dia punya masa termenung tu tahap rasa nak kejut dia jam 5.45am pun ada. Itu belum part drama-drama lain lagi tu. Walaupun begitu, Adli ni pemegang rekod kedatangan penuh ke sekolah agama (sebelah pagi) berbanding yang dua lagi ada sahaja alasan hendak monteng. Lagi-lagi Arrizqi, sudah sampai di sekolah dia buat muka toya. Walhal kena denda di sekolah pagi, tantrumnya membawa ke sekolah petang. Ai malas betul hendak melayan drama di panas-panas terik tengahari, tambahan pula Adli ber'vest', kasihan pula dia berdiri lama-lama demi melayankan si adik.

Hari Isnin memang akan terkenan Monday blues, syukur Arrizqi mood baik-baik sahaja hari ini, awal pagi dah menyengih tayang gigi besar. Still, Adli juga yang ketinggalan. Ai sudah siapkan semua kelengkapan Adli dalam kereta. Auni dan Arrizqi juga sudah berada di dalam kereta, sebelum 7am, ai mesti sudah keluar rumah untuk mengelakkan kesesakan. Selesai hantar Auni, terus hantar Adli-Arrizqi dan ai terus balik rumah. Sekarang mood diet, jadinya ai terus sahaja balik rumah untuk menyambung kerja rumah. Housekeeping-laundry-update account-groceries checklist sambil layan drama Korea (nyempat laie). Pagi untuk rumah sahaja sebelum keluar semula untuk ambil Adli-Arrizqi di Sekolah Rendah Agama (SRA). Hari ini perlu tukar wang belanja sekolah, cukup RM2 seorang sehari akan habis RM12 hanya dalam sekolah, sebelum ke sekolah sudah makan-balik sekolah meng'paw' ai lagi. 

Keluar sahaja Adli-Arrizqi, ai ajak ke kantin untuk buat tukaran wang. Sempat ditegur Ida dan kakMidah (sama-sama tunggu anak-anak balik sekolah).
"hari ni datang dengan gerek ke?" tanya Ida diperhatikan kakMidah. Ai berfikir kejap, gerek? gerek tu apa? errr.... macam pernah dengar, mungkin dia maksudkan dengan basikal.
"basikal ke? hahaaa jauh sangat nak mengayuh pun. Peluh che ti nanti. Tergelak mereka berdua dengan jawapan ai. Ai pun membuka sedikit kisah tentang kejadian dua hari lepas. Habis ai dikenali orang sekampung, adoiii. Balik rumah perang dengan Adli lagi. Arrizqi sudah ready, Adli masih terhegeh lagi.
'encik pengawas, boleh lekas sikit tak?' sudah dalam kereta masih lagi ada yang tertinggal. Macam-macam hal. Sampai di sekolah, botol air Adli lagi tertinggal dalam kereta, argh! malas betul ai nak masuk dalam sekolah mencarinya. Kasihan cuaca panas tidak cukup air, ai hantar juga. 

Sempat lagi kena tegur dengan Masni, 
"datang tak naik basikal ke?" ya Allahuakbar. Ai is segan maksima. Sakit rahang dok menyengih.
"terkejut tau tak? aku bukannya pernah dapat pun. Segan weih!" 
"rezeki kau Sya, rezeki kau tahun ni. Ingat lagi mesyuarat dulu tu keliling dia semua dapat, dia sorang tak dapat. Sekali dapat... haaa grand tau." Masni galak bercerita. Kami sebaya.
"aku memang tak penah dapat. Nak datang pun aku malas." kata Siti pula, kami semua bergelak sambil menunggu anak-anak pulang sekolah.

Sebaik sahaja Auni keluar sekolah, kami terus pulang ke rumah, mujurlah Auni ni bersiap laju, dia perlu ke SRA pula. Tahun depan ai kena mengadap Adli,
'siapsiagalah! menagalah kakak hang if hang lambat Adli.' Selepas hantar Auni, ai singgah ke kedai runcit mencari lauk, masak sekali sahaja, untuk malam terus. Selesai masak masa "me time" sejam. Dapat tengok kdrama sekejap jadilah sebelum keluar mengutip anak-anak pulang sekolah. Rumah kena bersihkan biar dorang selesa bila balik sekolah. Arrizqi mencari kari ayamnya. Adli mencari rotinya. Auni mencari biskutnya, fuh! mereka akan dikerah makan dahulu, mandi, solat, buat homework. Mereka mengaji di sekolah. Arrizqi ikut mood. Adli selalu mengelak tapi alhamdulillah Adli dan Auni sudah membaca Al-Quran. 

Selesai semua mengemas buku untuk esok, ai juga bersiap untuk esok memikir outfit dorang, apakah telah gosok, perlu berpakaian sukan atau pun uniform sekolah. Mengira uniform yang telah kering, yang hendak dicuci, yang hendak dilipat. Masa untuk tidur, Arrizqi yang paling awal, sebaik sahaja kerja rumah siap dia akan bersedia untuk tidur. Diikuti Adli, yang ni biasanya esok pagi baru terhegeh-hegeh mengemas buku- macam biasa. Auni seperti Arrizqi, get ready untuk esok dan mengisi journalnya sebelum tidur. Alhamdulillah, selamat malam semua. Jumpa korang esok pagi.

Ai? belum habis lagi, si Adli tadi terlebih rajin tolong cucikan uniform sekolah, jadi ai kena pergi sidai sekejap. Kemas dapur, isi air panas, tambah air masak, prepare uniform untuk esok. So, ai pergi dahulu, jumpa entry lain kali. See ya!
throwback je :)
Mom and the kids.

Semoga esok lebih baik daripada hari ini, inshaaAllah! Fighting!!!

Sunday, 16 February 2020

Tuah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Syasya nampak di jari...
Eh? taklah-taklah, hahaaa. Saja.

Holla 2020, wah ini tahun yang disebut-sebut masa darjah 3 dahulu. Terngiang-ngiang lagi suara jiran ai yang very the busybody bertanyakan tentang ai pada tahun 2020 nanti.
"Syasya umur berapa masa tu nanti?" tanya dia. "36tahun" ai menjawab sambil membelek basikal.
"Syasya dah kawen ke belum masa tu?" tanya dia lagi. "dah, ada anak 2" selamba budak 9 tahun menjawab dengan penuh keyakinan dan berlari sambung bermain.

Sekarang,
Yes! bukan anak dua macam mama, tapi plus 1 lagi. Datang tanpa diduga, membesar dengan nama Cahaya Petunjuk Rezeki betul-betul pembawa rezeki. Alhamdulillah. Awal pagi Sabtu, Febuari 2020 ai bergegas meninggalkan rumah, hari ini perlu menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak3. Sudah semua bersekolah, makanya ai kena bertanggungjawab mengambil tahu dan mencedok maklumat-maklumat terkini di sekolah. Ai mengejut Auni, dia perlu ke tusyen di sekolah agama, tahun ini Auni perlu menduduki peperiksaan UPKK. Kelas tambahan telah bermula. 

Ai meninggalkan Auni di sekolah agama- nampak kereta ai sahaja kawan-kawannya melompat riang menanti Auni masuk pagar sekolah. Perangai serupa ai sungguh! alhamdulillah. Sebaik ai meninggalkan kereta, kakSu sampai dengan senyuman. Kami sudah berjanji untuk ke PIBG. Kebetulan kakSu menghantar Fahim yang juga ke kelas tambahan dan mengajak ai membonceng motornya. Pecah sejarah rekod dunia, ai ke mesyuarat dengan motosikal. Bergelak dengan kakSu dan sama-sama buat pendaftaran masuk. Anak tiga, sudah konpius nama kelas anak sendiri, itu belum lagi tersalah tulis, sampai tergelak guru yang menjaga meja pendaftaran. 

Ai duduk sebaris dengan kakSu, Linda dan kakWan, mereka kawan ai sejak anak-anak berumur 7 tahun lagi, dan sekarang anak-anak kami sudah 11 tahun. My clingy girlfriends. Hari-hari jumpa, hari-hari ketawa, hari-hari berseloka kasi hati gembira. Kami jarang membawang, kami suka tukar-tukar cerita hal kami-kami sahaja. Entah berapa kali menguap, ai pun tidak terkira. Kesan makan mi goreng sebungkus agaknya. Gelak kakSu melihat ai yang selamba makan habis. Itupun perut berbunyi lagi bila masuk jam 11pagi. Syasya memang tak padan kecik, perut macam stokin. Untuk hilangkan boring, ai berlawak dengan kakSu.
"kakSu, hari ni kita nak tunggu sampai habis. Nak tengok siapa yang dapat basikal tu nanti."
"ok, jom kita tengok siapa yang kena." jawab kakSu.
"sekalikan, kakSu dapat. Macam mana kakSu nak bawa naik motor?" ai dah gelak. Belum sempat kakSu menjawab ai sambung lagi.
"kakSu bawa motor beskal selit kat tengah-tengah." ai tengok kakSu gelak sambil tutup mulut.
"takpunkan, kakSu soh Fahim pikul kat belakang, kita dapat kita ikat atas bumbung kereta. Rasanya lipat seat kereta pun muat lagi beskal tu nak masuk." ai berjenaka sambil kepala otak membayangkan situasinya nanti. 
"hahahaaa, berangankan. kita memang tak pernah dapat pun cabutan bertuah ni. Saja nak tengok siapa yang sangat bertuah tu." selepas rehat dan sesi perbincangan acara cabutan bertuah di sambung lagi. Banyak juga nombor yang tidak bertuan. Sedang ai seronok melihat mereka-mereka yang bertuah yang kebanyakannya kaum bapa, tibalah cabutan yang terakhir. Ibubapa masih ramai lagi memenuhi dewan, berkemungkinan berperasaan sama dengan ai, menanti siapa pemenangnya.

"cabutan terakhir, waaah! ini memang nombor paling bertuah. Nombor ini bermula dengan 2, wah nombor ni sama dengan nombor rumah saya di kampung, lot 277 bla...bla... (guru besar terus berlucu)" ai tengah mendengar sambil bergelak dengan kakSu. Dalam hati, eh biar betul?, belum yakin. Dan sekali lagi diumumkan nombor 277. Wah!
"Sya... nombor Sya tu, nombor Sya tu!" kakSu teruja lebih.
"Sya... Sya punya 277." kakWan pula menyambut tangan ai suruh bangun. Dengan tepukan yang sudah bergema satu dewan. Secara automatik menggigil kepala lutut den, seriusla tak sangka. Ai mengajak Auni ikut sama berikutan guru besar minta datang bersama dengan anak. Alhamdulllah, ya Allahuakbar. Guru besar masih lagi mahu berlucu, minta ai tunjuk bukti nombor itu benar-benar 277. Sampai lenguh rahang ai dok menyengih, sudah rasa seperti mahu masuk akhbar tempatan pun ada. Syukur alhamdulillah. KakSu datang dengan handbag ai, terima kasih kakSu. Now, ai mikirkan bagaimana mahu membawa pulang, ai perlu ambil kereta di sekolah agama dahulu, meninggalkan Auni seketika.



Gigih mengangkat basikal masuk kereta berdua dengan Auni, lalu menapau nasi ayam bagi meraikan kejayaan, ahahahaaa! ini maunya jumpa 5 tahun akan datang baru bertuah lagi ni, if la panjang umur. InsyaaAllah. Permulaan yang baik untuk tahun 2020, syukur Alhamdulillah.

Rezeki itu sudah di atur oleh Allah swt. Alhamdulillah syukur!

Mesyuarat PIBG SK kali ke-40 | 15022020 SABTU