Wednesday, 17 May 2017

Arrizqi dan pengalaman pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😉.

Malam sunyi awal, seorang sudah lena atas sofa, seorang lagi di atas karpet dan seorang lagi masih melayan mata yang hampir terlelap. Pantang cikgu hendak bawa naik bas, semuanya mendengar kata tanpa gagal. Adli-Arrizqi sahaja yang akan naik bas esok pagi, Auni dan aku routine macam biasa sahaja.

Pagi tiba, macam biasa yang bangun paling awal ialah Arrizqi, dia tidak boleh menjadi yang terakhir besiap ke sekolah atau pun ke mana-mana, tantrumnya akan datang membuatkan hati emak sakit di awal pagi. Maka, siapkan dia dahulu. Syukurnya, dia seperti Auni bila bangun pagi, buka baju dan terus ke bilik air. Kadang dia mandi sendiri, kadang emak yang mandikan, biasanya awal pagi ke sekolah, emaklah yang kena untuk mengelakkan waktu setengah jam terbazir macam tu sahaja. Lambat sedikit maka akan beraturlah kereta untuk masuk ke kawasan sekolah Auni nanti.

Pagi ini juga emak perlu meletak kereta di perkarangan sekolah kebangsaan Auni dan berjalan kaki ke sekolah agama, hrmmm emak anak tiga jalan beriringan di tengah-tengah sesak, mujurlah Auni hanya menurut tanpa bantah. Tidak pula dia merengek hendak ikut Adli dan Arrizqi sama-sama naik bas atau merengek penat kena berjalan kaki awal-awal pagi (kebiasaannya hantar sampai depan pagar sekolah) dek kerana emak tidak mahir sangat hendak memandu menongkah arah simpang tiga sekolah agama malah pernah kemalangan di simpang yang sama maka kita jalan kaki sahaja. Bersenam.

Tiba di perkarangan tempat meletak kereta, bas lawatan Adli-Arrizqi sudah tiba menunggu, eh! Awal pula bas kali ini, jadi lekas-lekas sahaja menghantar Auni kemudian menunggu Adli-Arrizqi yang akan bertolak ke Balai Bomba berdekatan. Menunggu bas penuh, macam-macam ragam anak dapat dilihat, comel-comel belaka make me feel wanna hug them so much. Dengan pakaian sukan rasmi sekolah, mereka nampak sangat seragam. Apabila bas telah penuh, mereka bertolak dan emak kembali ke rumah dengan tugas kebiasaan menunggu cikgu text waktu mengambil anak-anak pulang nanti.

Hari Jumaat, boleh lengah-lengah masa sedikit berikutan Auni masuk sekolah petang agak lewat, sedang emak berperang dengan rumah sebaik sahaja mengambil Auni-Thaqif pulang sekolah agama, cikgu Khaida memberitahu bahawa mereka sudah pun bertolak balik. Kerana terlalu sibuk tidak sedar masa yang berlalu. emak keluar semula untuk mengambil Adli-Arrizqi yang turun di hadapan sekolah kebangsaan Auni.  Daripada jauh sudah nampak kelibat Adli yang bagaikan tidak sabar-sabar untuk masuk kereta, ini yang emak bimbang, Adli sangat aktif dan ligat berbanding Arrizqi. Walaupun dia abang tapi perhatian penuh perlu diberikan kepadanya. Emak nampak cikgu Khaida sudah pun memekik, isk la! Kereta emak belum betul-betul berhenti lagi, dia sudah menerkam. Dan macam biasa, emak perlu pasang telinga luas-luas dan tanya seorang demi seorang, pening bila dedua bercerita. 

Emak tanya Arrizqi dahulu, pengalaman pertama Arrizqi naik bas. Budak-budak bila di bawa berjalan, walaupun peluh berjujuran, selagi pengalaman tidak dicerita, mereka tidak akan diam. Bila Arrizqi sudah selesai dengan ceritanya, emak beralih kepada Adli pula.
“bosanla, sama je macam ‘minggu’ lepas, kan abang da pergi” huh! Emak hanya mampu tersengih, ye ini kali kedua Adli pergi melawat balai bomba, bila emak kata abang tak payah pergi, kasi adik sahaja yang pergi, dia menjawab.
“nanti siapa nak jagakan adik?” errr… ok. Memang diakui oleh cikgu Ain dan Khaida, Adli… bila di sekolah dia sangat brotherhood, dia protect adik sangat dan aku tahu juga bila Arrizqi ni, ikut mood kalau dia ok dengan abang, dia baiklah. Bila sebaliknya, ya ampun… emak hendak jadi Ultraman rasanya bila jadi pengadil tidak dipedulikan, cis!

Tiba di rumah, mereka terus sahaja tidur sebaik sahaja menukar baju, keletihan. Tidak lama kemudian, emak perlu keluar semula untuk menghantar Auni dan Thaqif ke sekolah kebangsaan pula-bukan last trip, phew! Mujur ada abi Erwandi untuk menunggu di rumah. Jika tidak, terpaksa jugala emak angkut Adli-Arrizqi campak dalam kereta. Emak betul-betul tak rasa yang surirumah ni, betul-betul suri dalam rumah, bahkan emak rasa kerja emak macam tidak berhenti sahaja, adeih! Whatever pun, emak happy bila anak-anak happy dan sihat sentiasa.

Album:
The best education you will ever get is traveling. Nothing teaches you more than exploring the world and accumulating experiences.



 Elok pula dua-dua sedang minum air.


 Dah ramai-ramai, emak memang tak dapat nak cam anak sendiri.

Jadi, lepas ini kita cerita tentang kakak Auni pula, entah berapa lama masa emak hendak menaip entry akan datang nanti, jumpa lagi, daaa 😙.