Wednesday, 15 March 2017

Emak dan "me time".

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Annyeonghaseyo! hiii, daku muncul, twehehe. Gila sakit segala sendi penangan minum air kelapa dekat setengah jag, aduih! baru la tersedar bahawa diri telah tua dan umur hanya angka semata-mata. Air kelapa pior free daripada tabika perpaduan Sya2bro, lengkap pula dengan ais memang enak sangatlah di minum ketika cuaca panas memerit, peluh membasahi badan, dan tekak kering yang memang tersangat memerlukan air. Minum sampai terlupa petaka yang bakal menimpa. Peduli apa! Puas.

Ahad, hujung minggu yang sepatutnya bermalas-malas di atas sofa, menonton rancangan kegemaran sambil makan kudap-kudapan, “plup” bagaikan mentol yang tiba-tiba meletup terbakar, angan-angan yang sepatutnya tadi lenyap sekelip mata. Jam 5.30am kalau waktu hari bersekolah aku snooze sampai tahap ia tak larat hendak bunyi, bangun mandi dan bersiap. Kena bangun awal sebab sebakul baju sudah bersedia untuk disidai, dan sediakan sarapan untuk Oulat, Catboy dan Gekko, hahaaa. Kalau tidak diasingkan memang bergaduh sahajalah sebab akan ada seorang yang akan makan lebih.
Sya2kids ni pula, memang saja bila hari cuti elok bangun gather-gather, baik je duduk rapat-rapat main ipad. Baring sama-sama sambil tengok tv, cer hari sekolah? Aduhaiii, aku rasa macam hendak letak bom sebiji kasi bangun, siap ada drama sebabak dua. Pagi yang sepatutnya indah habis tercemar dek kena jerkah, mood yang sepatutnya elok, habis jadi terbalik tune nya, hangen!

Aku turun setelah bersiap, jam sudah pun melewati angka 8.30pagi, janji Melayu, ahaks. Aku masih depan cermin membelek diri, membelek jerawat, hoi! Pergi gotong royong je la, takpayah beria-ia, kejap lagi habis bercat satu badan, macam dua tahun lepas, jadi aku bersiap ala-ala budak sekolah sikit, kena pakai kasut sebab konon tidak mahu kena cat nanti, kalau boleh hendak buat kerja indoor je. Kononlah!
“umi hendak pergi mana?” soalan from Arrizqi as always.
“umi nak pergi jumpa kawan dia la tu” Adli tolong menjawab, berikutan minggu sebelumnya aku memang keluar jumpa kakak-kakak aku yang berlima tu.
“saya hendak pergi sekolah korang berdua la” aku menjawab sambil bersalaman dengan mereka bertiga.
“ooo, saya tau… umi hendak pergi gotong-royong” Adli teringat.
“adik nak ikut umi” huh! Mandi pun tidak, ambil masa lagi hendak tunggu.
“duduk dengan abi pulalah, saya hendak hilangkan tekanan, penat asyik tengok korang je, tinggal dengan abi sekejap, nanti dah siap makan tu, letak kat dapur, nak mandi baju, tuala ada kat atas. kalau hujan, kasut sekolah jangan lupa angkat. Bye!” aku pun keluar dan hidupkan enjin kereta.

Parking diperkarangan sekolah sudah pun penuh, ini yang aku rasa bersalah manatah hendak ku letakkan si tobot w ni, aku letakkan sahaja tobot w dihadapan deretan kedai berhadapan sekolah, oh teacher Ain juga baru sampai, lekas-lekas aku datang kepadanya.
“oiii, akak cun, meh sini. Tolong saya angkat nasi lemak” huih! Bertuah punya budak.
“eh! Kita pakai baju sama la, akak pakai baju apa?”
“pakai baju tabika la, yang sukan haitu” aku menjawab.
“owh! Baju saya lain tapi da sedondon kaler, saya suka” teacher sorang ni memang sangat excited kalau nampak muka aku. Mau tidaknya, saban tahun dia lantik aku jadi pembantu dia, selagi aku ada selagi tu jawatan tu memang akan aku je yang pegang, haaa macam tu la dia kata setiap kali sebelum mesyuarat perlatikkan ahlijawatankuasa baru.
Masuk dalam kelas, techer Khaida tersengih menyambut kedatangan aku.
“eh, mana kau tahu pakai baju kaler pepel?” sebaik sahaja aku bersalam dengan dia.
“tah, aku tarik je daripada almari. Nak pakai cecantik tingat nanti mesti kena cat” aku menjawab sambil menurunkan kerusi.
“betul-betul-betul, haini kita mengecat, jom la makan dulu, nanti baru buat kerja” dan aku duduk makan nasi lemak bersama teacher Khaida. Masuk tahun ni, dah 4 tahun aku berkawan dengan teacher Khaida ni, sebaya dengan aku jadi kami memang ber’aku-engkau’ sahaja dengan dia. Dia pun takdehal.

Usai makan, aku terus memulakan kerja, cabut rumput, mengecat lima ketul tayar, sambung mengecat papan bangku, sambung lagi mengecat lidi-lidi pagar, part yang last tu, memang betul-betul matahari sudah atas kepala. Tengah haus-haus, ada pula orang offer air kelapa sejuk, pergh! Tidak cukup secawan.  Sambil duduk menyejukkan badan, melayan borak-borak, dan selesai semua orang balik seorang demi seorang maka sampailah giliran aku untuk balik, malasnyaaa. Aku hendak balik awal, yang berdua tu minta aku menunggu dorang juga, bergerak sama-sama. 

Selepas azan Zohor, kami balik ke destinasi masing-masing, meninggalkan sekolah yang sudah naik serinya. Esok cuti. kenapa aku tiba-tiba rasa sakit kepala pula bila kata cuti sekolah ni? Adeih! So tamatlah “me time” aku untuk setengah hari. Balik sahaja rumah, macam biasalah, workload untuk hari Ahad, gosok baju sekolah, menonton 2days1night. Sempat lagi kan? Ok see you next time… daaa ;)

Album:

 Sekarang, dorang musim Oulat, Gekko dan Catboy, apa-apa je la...

 Ikut tema as usual.

 Memang balik rumah mendapat, baju ber'cat', seluar ber'cat'.

Puan sebelah tu, eksyen je. Dia datang minta cat pink, tiba-tiba ajak pose skali.

Cat pagar di tengah panas mentari, memang da sunburn dua orang ni.

 Dua orang jiran yang tinggal berhampiran dengan sekolah.

 Misi JKR, membina jalan raya untuk anak-anak.

 Teacher Ain dan teacher Khaida yang tahap sporting nya di luar kebiasaan. Kadang dorang ni gila, hahaha...

 Diari Umi: tentang emak dan tiga askarnya.
 I need a little me time.
Notahijau: nak tengok Innocent Defendant sat. Daaa...😍😍😍