Wednesday, 8 February 2017

Menyesuaikan diri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bulan kedua tahun 2017, mengganti puasa hari ke-3. Memandangkan esok cuti, semua askar ada di rumah, makanya emak batalkan niat untuk berpuasa untuk esok, mana tahu tnErwandi hendak bawa makan di kedai, cewah! So, hari ini biasa-biasa je, bangun jam 5 pagi, snooze sampai 4 kali barulah bangkit turun katil, turun tangga dan bersahur bagaikan dalam perpustakaan, senyap sunyi apa pun tidak berbunyi, hahaaa.

Selesai mengemas dapur, ke bilik uniform sekolah, memilih 4 pasang baju untuk di bawa naik ke bilik sya2kids. Sediakan semua kelengkapan mereka bertiga sebelum bersiap secara total di tingkat bawah. Auni bangun dan bersiap berpakaian sekolah agama. Aku menyediakan tiga jenis air setiap hari, 1. Milo for sya2kids. 2. Air manis panas untuk tn Erwandi dan 3. Air sejuk untuk di bawa kesekolah (jika ada permintaan). Jam 7pagi keluar untuk menghantar Auni ke sekolah agama, brotherhood akan diuruskan oleh tnErwandi.

Balik sahaja menghantar Auni, aku mengemas rumah sambil melayan brotherhood. Hari ini, Adli siap dahulu, segak berunifom dengan pesanan 
"umi, abi kata umi yang hantar kita hari ini". Arrizqi masih di atas dan turun tidak lama kemudian. 
"eh! bila umi balik ni?" tanya Arrizqi sambil mencari beg sekolahnya. Aku menjeling jam, awal lagi. Menanti brotherhood menghabiskan milo, mengemas beg dan memakai kasut sempatlah aku menyapu ruang rumah sehingga selesai, menyarung tudung dan keluar memacu tobot w sekali lagi menghantar brotherhood. Keduanya ceria sahaja, berbalas cakap masing-masing. Diperkarangan sekolah terdapat dua tiga buah kereta ibu bapa yang sama-sama menghantar anak masing-masing, brotherhood bersalam dengan aku with a kisses. 
"Suahana...!" Adli menegur kawannya yang baru turun motor.
"Cuhana bang, Cuhana" itu Arrizqi, pelat S lagi, mereka berlari kecil masuk pintu pagar sekolah, alahai sangat comel dengan uniform sekolah. Mereka masuk sahaja kelas selepas meletak kasut, barulah aku bertolak balik ke rumah. On tv, pagi ini encore Hwarang yang aku tidak dapat tengok malam tadi (tv kena conquer). 

Sambil menonton tv, tangan melipat baju yang telah kering, tnErwandi bersiap handsome, aku biarkan sahaja dia dengan handphone tidak sudahnya, bagaikan aku dan Korea begitu la dia dan handphone. Masa berlalu, aku mengemaskan barang-barang untuk dibawa keluar bersama dan terus mengambil Auni pulang daripada sekolah agama nanti. Hari ini perlu keluar awal, aku perlu singgah dia pos laju untuk mengepos pesanan koleksi Hobbies Art. Tidak lupa lilin sebatang pesanan kakLinda, emak kepada kawan Auni, hari ini anak kami perlu bawa lilin, warna air, kertas lukisan subjek seni. Selesai mengepos barang aku berangan sekejap dalam kereta, melayan @sya2ablatib (personal IG) dan sya2hobbies (untuk hobbies art).

Tidak sedar masa berlalu, aku turun daripada kereta dan ke kantin untuk membeli nasi lemak rm1 dan nugget 10pcs rm2.50. Selesai menu tengahari untuk sya2kids dan tn Erwandi. Berjumpa pula dengn kakLinda dan kakAzi (kawan baru).
"ini tinggal kat mana? tak pernah nampak pun?" kakAzi tanya aku, kakLinda tolong jawab bagi pihak.
"ooo, kawan Linda la ye, tu la nampak dia selalu senyum je, tapi fikir-fikir tak pernah pula kenal, selalunya kalo orang tak kenal ni, masam je, macam takde apa-apa" kakAzi berborak dengan kakLinda.
"siapa suka senyum?" aku menyampuk, aku sedang sibuk berurusan dengan kaunter dan order.
"hang la" kakLinda memaling muka pada aku. Sengih!
"nama apa?" kakAzi tanya lagi. Aku suka orang macam ni. Mesra.
"Syasya" 
"Anak darjah berapa?" 
"dua, sama dengan anak Lin la" kakLinda tolong jawab lagi. Aku memang dengan kakLinda ni je, sebab anak dia Zikri satu kelas dengan Auni.
"ooo anak berapa?" eh, dia interview kita la pulak.
"tiga kak, 8thn, 6th, dan 5thn" jawab siap-siap, mohon takde soalan lagi.
"Syasya umur berapa? rasa muda lagi ni"
"33 sudah" aku menjawab nak terbalikkan nombor dah tak boleh.
"haaa, akak 37. Ooo anak tiga ea, tapi muka tu macam baru 24-25thn je" kakAzi lagi. Ahaih!
"hah, banyak dah la umur kita, tapiii kakAzi, terima kasih-terima kasih!" hiii...

Dan selepas itu perbualan terhenti serta merta, berikutan anak-anak sudah berlari ke luar pintu pagar. Aku bergegas ke astaka untuk menunggu Auni-Thaqif, 
"wah banyak shopping" tegur seorang kakak pakai spek mata, ini orang kampung aku. Johor. Aku taktau nama dia, tapi memang sure dia kakak, huahaha! aku memang suka panggil orang kakak-kakak-kakak. 

Auni dan Thaqif keluar serentak meskipun tidak satu kelas. Bergegas sahaja ke kereta kerana cuaca sangat panas pada jam 11pagi ini. Aku menghantar Thaqif ke rumahnya dahulu sebelum balik ke rumah, sampai di rumah terus sahaja aku menyiapkan makan tengah hari untuk Auni dan menghabiskan masa kerana jam 12tengah hari aku perlu mengambil brotherhood pula. 

Auni bersiap sepantas kilat, syukur sangat dengan Auni, dia sangat berdikari. Aku hanya cakap sahaja, dia buat semuanya. Jadual waktu, daripada darjah satu lagi Auni uruskan sendiri. Dia kata, 
"umi susun jadual tak betul" huahaha. Ampunkan mak naaak! Dia tidak kisah pun pasal penampilan pembalik cermin dia, memang beza dengan aku yang suka betul dengan cermin. Dia boleh sarung tudung lembik tu tanpa tengok cermin, itu belum part dia bersauna lagi, pakai t-shirt dengan seluar panjang dalam baju kurung. Dia takut aku marah, lekas-lekas dia masuk dalam kereta.
"nanti panas, saya buka la kat sekolah" malas sudah aku hendak bersoaljawab dengan dia. Aku rasa rimas betul tengok dia, dengan beg bagasi tu, yang memang aku sedia malas untuk tolong bawa. Sendiri mau, sendiri bawa ler.

Adli aku lambai daripada kereta, berpeluh main. Arrizqi masih menyiapkan kerja. Adli sudah seperti samseng kampung sahaja dengan kemeja yang terkeluar, peluh di dahi, hidung dan leher. Berlengas. baunya, hendak pitam aku. Arrizqi masih belum nampak.
"adik tak siap kerja umi, dia buat lambat dengan cikgu Khaida" 
"tunggu adik la sekejap, saya datang awal hari ni" aku menjawab. Selalunya memang aku lewat sedikit. Arrizqi keluar pagar sekolah, mukanya masam mencuka. Aku hai pun dia buat saja je. Masuk kereta, dia menjeling Adli. Ok, aku faham.
"tak, abang tak tinggalkan adik, saya yang panggil abang tadi" tak layan hokey! Aku terus memandu ke rumah Thaqif, dia sudah menunggu untuk ke sekolah kebangsaan. Haaa, bawa bas lorong pula jenis muat satu kenderaan, maaf la ye encik, tak muat kereta kami ni nak lalu. Terpaksa encik tu mengalihkan kereta, dah encik pun tahu satu lorong, janganla tinggal kereta di tempat laluan orang. Isk-isk-isk...

Aku berhenti di tepi pagar sekolah sahaja, menurunkan Auni-Thaqif, mereka masuk sahaja pagar sekolah, aku bergegas balik rumah. Hendak singgah di kedai, Adli sudah pun buka semua butang kemejanya, minyak kereta tinggal 1 bar je weih! tu yang kepanasan. Hadoilah! terus je la balik rumah. Arrizqi buka semua baju dan seluar terus ke bilik air, itu memang habit dia. Aku lagi uruskan uniform dorang lencun dengan peluh. TnErwandi bangun dan bersedia untuk keluar setelah aku sahaja yang keluar masuk-keluar masuk daripada tadi. Mohon balik sebelum 5.30ptg jika bawa tobot w. Aku perlu menunggu Auni-Thaqif sekali lagi balik sekolah petang nanti.

Cerita ni sambung malam, tapi malam kan sudah untuk rehat, jadi... selamat beristirehat. Daaa...

Gambar next time... imagine je la, kehidupan "SURI rumah" yang workaholic.